OOO

Selasa, Januari 14, 2020

RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE/SINGAPURA

Assalammualaikum semua

Lama sungguh tak update blog, bila dah pegang keyboard pc akak pun draftlah banyak banyak.  Sayang gak nak biarkan blog ni bersawang.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • 10 ekor udang basah-boleh jugak di tukar ke ayam/daging
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • sedikit garam-pasal sos tiram dah masin
  • sedikit minyak
Hiasan
1-2 batang cili hidup-dipotong serong
buat gak cili merahd dan cili api potong serung pastu tuang kicap cair.

Cara-cara
1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bwg putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan udang  dan kacau lagi.
5. Masukkan bihun yang telah di rendam tadi. Masukkan juga taugeh dan sawi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi.

2 ulasan:

  1. waalaikumussalam. feveret anak2 sebab bihun singapore kan tak pedas sangat ^_^

    BalasPadam
  2. Bihun goreng Spore ni fav anak dara SA ni kak...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...