OOO

Khamis, November 11, 2010

Al fatihah Shamrin Fotograf


salah satu kumpulan yang akak suka masa muda dulu

Kumpulan Fotograf adalah sebuah kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Fotograf di tubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang anak muda iaitu: Shamrin (Penyanyi), Amran (Gitar Bass), Abol (Gitar Utama) dan Ringo (Drum). 

Lagu-lagu hits kumpulan Fotograf seperti Di Alam Fana Cintamu, Luka Seribu Rindu, Nafas Kekasih, Korban Cinta, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Ke Pintu Kasihmu dan Terlena Dalam Jaga.

 Masa member fb bagi tau dalam pukul 9.00 lebih akak tak percaya..pastu Amy Search pun bagi tau jugak. Rupernya betullah.

 PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.
Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.
Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.
Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu. 
Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.
 kredit gambar http://www.hmetro.com
Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung  anak ke 3 Jasrizatul Akhmar Abu Saman serta 2 anak berusia satu  tahun Akmal Shamim dan  Akmal Danish lima tahun. 
Allahyarham juga mempunyai seorang anak, Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri, Noreda Mohd. Razali.
Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor sebelum solat Jumaat.  Al Fatihah buat arwah.


sumber dari sini

7 ulasan:

  1. lagu kumpulan ni mmg kegemaran kami dulu..
    Al Fatihah buat arwah..
    semoga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  2. takziah pd family arwah...al fatihah..sy pun dengar kat tv3 pagi tadi....

    BalasPadam
  3. takziah untuk keluarganya..
    pergi sudah sebutir permata..
    :(

    BalasPadam
  4. Takziah buat keluarga beliau. baru tau bila baca ni

    BalasPadam
  5. alfatihah! info tentang kematian ketika bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...