OOO

Ahad, Julai 13, 2014

Resepi Popia Goreng Inti Sayur

Assalammualaikum semua

Popia goreng inti sayur ni akak dan suami ajer yang makan.  Imran kuang gemar sikit..budak sekarang memang payah nak makan sayur kan.  

Akak terbeli kulit popia yang kecik, agak payah nak buh inti dan gulung.  Terpaksa gak guna sebab malas nak keluar ke kedai..untuk Imran akak gulung dengan jejari ketam.

Bahan-bahan
1/3 sengkuang
1/2 bawang besar - dadu
isi ayam  dan udang - cincang
3 biji bawang putih-dadu
1/2 batang lobak merah-potong batang mancis
1 peket kulit popia
sedikit minyak dan garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 biji telur

Cara-caranya
Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau
Masukkan isi ayam dan udang dan kacau sehingga sebati
Masukkan garam dan sedikit serbuk lada hitam
Masukkan sengkuang dan lobak dan kacau lagi sehingga masak.
Akhir sekali masukkan telur dan kacau sebati dan bolehlah di angkat
Sejukkan sebentar dan bolehlah di di gulung dengan kulit popia.
Goreng dengan api kecil sehingga keperangan

9 ulasan:

  1. kak ina.. hari2 kak ina masak sedap2.. nani ni nak masak lebih2 makan sorang aje..huhu..sedihnye

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...sedap nyer popiah ni...:)

    BalasPadam
  3. Memang peminat popia nnt nk try buat, harap2 menjadi la.

    Entri terbaru saya dalam blog Promosi bulan puasa

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. kalau nak tau sedap ker idak bolehlah cuba buat yer

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...