OOO

Sabtu, Januari 18, 2020

POKOK JANDA KAYA

Assalammualaikum semua

Balik dari rumah Yana hantar cucus balik semula ke Batu Pahat sebab pengasuh gi umrah selama 2 minggu.  Takkanlah tak nak tolong anak menantu kannn, kami jaga seminggu, besan jaga seminggu.

Tak pernah sampai lagi kat Pasar Tani Parit Sulong yang ada setiap hari Sabtu pagi.  Bila pekena roti canai lauk daging lembu, akak suruh suami singgah kat situ.

Parking pulak sebelah orang jual bermacam macam pokok bunga dan herba.  Akak pun rembat aa sebab harganya murah dari kat sini.

Salah satu pokok yang menarik namanya ialah pokok
UNIK KAN NAMA POKOK NI
POKOK JANDA KAYA😌

Bila balik rasa menyesal lak tak beli 😥

Selasa, Januari 14, 2020

RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE/SINGAPURA

Assalammualaikum semua

Lama sungguh tak update blog, bila dah pegang keyboard pc akak pun draftlah banyak banyak.  Sayang gak nak biarkan blog ni bersawang.


Bahan-bahan
  • 1 bungkus bihun (rendam sekejap)
  • 6 ulas bawang putih- tumbuk
  • 10 ekor udang basah-boleh jugak di tukar ke ayam/daging
  • 1 1/2 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-2 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit taugeh
  • sedikit sawi-dipotong kecil
  • sedikit garam-pasal sos tiram dah masin
  • sedikit minyak
Hiasan
1-2 batang cili hidup-dipotong serong
buat gak cili merahd dan cili api potong serung pastu tuang kicap cair.

Cara-cara
1. Tumbuk lada hitam bersama bawang putih hingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumislah bwg putih yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan udang  dan kacau lagi.
5. Masukkan bihun yang telah di rendam tadi. Masukkan juga taugeh dan sawi.
6. Kacau hingga sebati dan rasalah dulu sebelum di padam api..kalau tawar ...masukkan sedikit garam.
7. Angkat dan hiaskan bersama cili dan daun sup/bawang tadi.

KEBAIKAN POKOK KUNYIT HITAM

Assalammualaikum semua

Girang rasa hati bila terjumpa pokok kunyit hitam kat Pasar Tani, harga pokok agak mahal tapi dek sebab susah nak jumpa akak pun rembat lah satu.

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. Di India kunyit ini ditanam secara komersial kerana nilai perubatannya.
KEGUNAAN:
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi ( tumor joint) . Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.

Kunyit hitam di katakan dapat membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.
Ia sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, unik (rare) dan sukar diperolehi. Kandungan karkumin di dalamnya sangat baik sebagai bahan anti radang atau anti inflamasi bagi penyakit biasa dan kronik.
Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

Sumber : Google

Jumaat, Januari 10, 2020

RESTORAN NASI GULAI KANDAR SALAK TINGGI SEPANG SELANGOR


Assalammualaikum semua

Kadang kadang mood nak masak ke laut, gi aa makan luar.  Antara salah satu tempat makan kat area umah kami ni ada satu restoran yang kami panggi nasi gulai kandar melayu.😍


Kadang ambik ayam goreng, sotong, kambing ataupun limpa kesukaan suami.  
Harga pun ok lah juga.

Alamat
Desa Salak Akasia, 
Jalan Akasia 2, 
Salak Tinggi, 
43900 Sepang, Selangor



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...