OOO

Selasa, Mei 20, 2014

Resepi Rendang Itik Sedap

Assalammualaikum semua

Dah minum petang ker belum?
Jom layan rendang itik ikut resepi omak akak. 
Omak den kato ni resepi orang minang.  Nasib baiklah kat sini ado itik..sonang hati den :)

Bahan-bahan
  • 1 ekor itik-di potong 12
  • 1 1/2  sudu makan jintan manis*
  • 1 1/2 sudu makan ketumbar*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 1/2  sudu kecil lada hitam*
  • 15-20 cili kering*- (bergantung kepada kepedasan yang di ingini)
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai-3kisar- 2 titik hujung
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 helai daun kunyit-di siat-siat di simpul
  • 1/2 kg  santan pekat (beli yang kira kg ajer)
  • sedikit air-nak lembutkan daging itik
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak 
  • garam
 Cara-cara
1.  Bersihkan itik dengan tepung gandum, bilas dengan air  dan toskan.  Masukkan dalam p/cooker dan masak dengan api perlahan selama 20-30 minit.(kalau itik tua)
2.  Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *.  Kisar dengan sedikit air.
3.  Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup bersama 3 batang serai.
4.  Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan no 2.
5.  Biarkan berbau wangi dan kacu selalu dan masukkan pula itik. Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.  (klu guna p/c x pyh ikut step ni yer)
6.  Kacau dan masukkan santan pekat, sekeping asam keping  dan sedikit air.
7.  Biarkanlah merenih dengan api sederhana  dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan di simpul.
8.  Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam dan rasa.
9.  Bila dah agak pekat, kecilkan api..takut hangit...dan kacau selalu sehingga kering.(akak gunakan kuali non stick sebab tak melekat kat kuali)
Pagi esok buat puri makan dengan rendang buat sarapan

Isnin, Mei 19, 2014

Produk Serum Rambut NSA Beauty Terbukti Berkesan

Assalammualaikum semua

Tentu ramai yang mempunyai masalah rambut terutama yang memakai sentiasa memakai tudung seharian di pejabat ataupun berjalan jalan sepanjang hari.  Bukan sahaja anda, akak  juga mengalami masalah yang sama bukan.


Tak tahan betul  bila  kepala mengenyam kegatalan, takkan nak buka tudung dan garu depan orang ramai kan.  Rambut pun banyak yang gugur sampai rasa bila ikat rambut, makin lama makin keciklah pulak ikatannya.



Semua masalah ni dapat di atasi dengan Vitamin Hair Serum With Damage Reversal!

Di keluarkan oleh NSA Beauty Sdn Bhd produk ni memang telah terbukti berkesan tau.

Produk rawatan rambut ini adalah berasaskan herba dan dari bahan-bahan semula jadi dan paling penting tanpa menggunakan bahan pengawet yer.  Rambut akan sentiasa kelihatan sihat dan terjaga rapi walaupun bertudung seharian.

Kebaikan  NSA  Beauty Hair Serum

  • Melembutkan dan melembapkan rambut
  • Menyinarkan rambut
  • Rambut mudah di urus
  • Menggelakkan dari rambut bercabang
  • Merawat rambut rosak akibat bahan kimia & alat pendandan rambut
  • Melebatkan rambut
  • Rawat masalah rambut gugur
  • Menghitamkan rambut
  • Melindungi rambut dari sinar UV




ANTARA KELEBIHAN PRODUK :

  • Kulit kepala menjadi bersih dan sihat serta merapikan rambut yang kusut.
  • Masalah rambut bercabang  dan berbuah tidak ada lagi.
  • Menghidupkan sel-sel akar rambut serta mengelakkan rambut dari lesu dan tidak bermaya.
  • Pertumbuhan rambut baru serta menyelesaikan masalah rambut gatal.
  • Menghilangkan sakit kepala, stress dan juga migrain serta mengurangkan demam panas.
  • Yang paling best dapat merawat dan mencegah uban..al maklumlah dah berusia 50 series ni dah tentu uban dah mula ada kan.
Tak percaya!!
Meh tenguk testimonial baik punya dari penggunanya.

testimoni yang menggunakan hair serum ni




Vitamin Hair Serum dengan teknologi Damage Reversal oleh NSA Beauty memang telah 100% terbukti berkesan dalam masa 14 hari sahaja!



Harga serum ni cuma RM75.00 sahaja dan boleh bertahan sehingga 2 bulan.

Berita baik untuk pembelian pertama yer, ada diskaun 10%, caranya anda cuma langgan newsletter di www.beautymart.my

Apalagi jom dapatkannya sekarang juga.

Untuk maklumat lanjut :


Facebook : NsaBeautyOfficial
Jangan lupa LIKE sekali yer

Pembelian Online http://www.beautymart.my/products/nsa-beauty-hair-serum

atau 

SMS/WhatsApp "VHS" ke 010-8805320

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...