OOO

Selasa, September 29, 2009

Kari burung dara aka burung puyuh


Beli burung puyuh ni kat pasar tani..yang bestnya dah siap salai...3 ekor RM10.00..besar tau burung ni...akak buat masak kari ..makan bersama dengan nasi halia....yang best tu sebab daging dia lembut sangat..lain kali boleh beli lagi.
Bahan-bahan

  • 3 ekor burung puyuh salai-dibelah 2
  • 6 ulas bawang merah-tumbuk/kisar
  • 4 ulas bawang putih-tumbuk/kisar
  • 1/2 biji bawang merah-tumbuk/kisar
  • 1 inci halia (halia ni lagi lebih lagi bagus..buang angin/hilangkan bau ayam)tumbuk/kisar
  • 5 sudu besar rempah kari daging (akak guna babas)
  • 3 biji bawang kecil (hiris, goreng..pastu campur dgn bahan kisar diatas)tak nak buat pun tak apa
  • 2 biji ubi kentang -dibelah  
  • 400gm santan pekat
  • 300ml air-terpulang pada kepekatan  yang di kehendaki
  • sedikit air
  • garam
  • sedikit air asam jawa

Bahan untuk menumis

  • 2 tangkai daun kari,  
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • 1 biji bawang putih - dihiris
  • 2 bunga lawang, 4 bunga cengkih, 1 btg kayu manis 
  • minyak untuk menumis

Cara-caranya


1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumis sampai layu dah naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk dan bersama rempah kari dan  masukkan sedikit air dan perlahankan api.
3. Biarkan sehingga terbit minyak dan kacau selalu.sambil dikacau dan masukkan sedikit garam.
4. Masukkan santan pekat bersama air dan biarkan sehingga mendidih.
5. Bila dah mendidih  masukkan pulak ubi kentang dan burung puyuh.
6. Biarkan sampai kentang empuk dan burung puyuh lembut dengan api sederhana.
7. Rasa garam dan masukkan sedikit air asam dan padamkan api.



post signature

4 ulasan:

  1. Erk. Saya tak makan burung. :D Kesian. Terbayang2 muka burung tu. :D

    BalasPadam
  2. raya tu hari adik ipar goreng kan burung puyuh berempah..perghhhh sedap betul lah k.ina.kalau kat giant atau care4 ada jual x k.ina, nak beli lah :)

    BalasPadam
  3. saya belum pernah try mkn burung ni. tp kata ipar saya sedapppp!!! kat psr tani mmg ada jual, tp x pernah beli lg. nxt time ler.

    BalasPadam
  4. pasar tani mana ye ada jual burung puyuh ni..terliur lak..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers