OOO

Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Selasa, Disember 01, 2015

Resepi Ayam Bakar Cajun Sedap

Assalammualaikum semua

Sekali sekali tak makan nasi, makan ayam camni bersama salad, tomato dan kentang russet yang di bakar bersama ayam.

Rempah cajun boleh di beli di pasaraya besar cam tesco ataupun giant, boleh cari kat bahagian herbs.



Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong potong 12
3 sudu besar mentega

Bahan Perap Ayam
3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar rempah cajun
2 sudu besar madu
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil mixed herbs

Cara2 menyediakan 
1. Basuh ayam bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan di atas dan perap kecuali mentega sekurang-kurangnya 1 jam..kalau nak sedap semalaman.
3.  Panaskan oven 200C dan lenser dulang pembakar dengan minyak sayur/oliver oil  dan masukkan ayam yang telah di perap tadi.  Letakkan mentega di celah celah ayam.
bakar dalam oven selama 1 jam (ikut oven masing2 yer).
3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.   
4. Boleh di hidangkan dengan nasi ataupun makan camtu sajer.

Selasa, November 11, 2014

Resepi Asam Pedas Ayam

Assalammualaikum semua


Sekali sekali layan asam pedas ayam ni memang best. Masak asam ni kalau nak masam tambah jer asam jawa, kalau tak suka boleh kurangkan ikut suka tekak kita sendiri yer.

Bahan-Bahan

1 ekor ayam di potong 16
2 batang serai-dititik hujungnya
3 kuntum bunga kantan-belah 2
1 ikat daun kesum-ambil daun

1 biji tomato-potong 4

1 cawan cili kisar

1/2 jus asam jawa-ikut kemasaman yang di ingini

Air secukupnya
Garam

Minyak dan sedikit gula

Bahan kisar/tumbuk
10 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 inci halia
sedikit belacan-tak letak pun tak apa

Cara-caranya
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis serai yang telah dititik dan masukkan pula bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan cili kisar dengan menggunakan api sederhana.
3. Kacau sehingga cili masak dan barulah di masukkan ayam dan biarkan ayam kecut sedikit.
4. Setelah itu tuang air secukupnya dan biarkan mendidih lalu masukkan jus asam jawa.
5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan gula bersama bunga kantan, daun kesum dan juga tomato.
6. Biarkan sebentar barulah di rasa cukup asam garam baru tutup api.

Rabu, Jun 13, 2012

Mak Suruh Grill Apasal Goreng Ayam Lemon Honey Rosemary Ni?

Akak gi keluar beli barang bersama manager dan anak kecik beli barangan dapur kat giant hari Sabtu lepas.
Sebelum tu akak dah perap dah seekor ayam ..kononnya nak grill lemon rosemary honey chicken ni.  Suruh Ira goreng dengan sikit minyak zaitun dalam non stick pan sebab dia tak pandai nak grill dalam oven..ala kira cam panggang dalam kuali.

Hati senang sebab pagi tu dah buat nasi goreng..nanti bolehlah lunch dengan ayam lemon ni..tapi bila sampai umah..erhmm di gorengnya ayam rosemary ni cam goreng ayam biasa dengan alasan mak tak cakap betul-betul...dia perasan cam akak suruh goreng dalam minyak yang banyak.   Nasib baik sedap..kalau idak dah tentu Ira kena pot pet pot pet dengan akaklah jawabnya.

Bahan-bahannya
  • 1 ekor ayam sederhana-potong 12
  • 1 biji lemon-ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan rosemary-kali ni akak guna fresh rosemary
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 sudu makan madu
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam

  • kentang, dipotong dadu-kalau bakar buhlah ni semua yer
  • karot, dipotong ikut suka
  • bawang, dipotong baji
kali ni akak blend ajer semua..pastu curah kat atas ayam 
tapi kalau nak tau cara sebenar kat bawah ni yer
 Cara-caranya

1. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam, jus lemon dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
2. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.(akak kelar-kelar kat bahagian isi..nak bagi serap segala rempah.
3.  Sebelum di bakar masukkan kentang, tomato dan bawang besar.
4. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam pada suhu 200-220 C atau sehingga ayam masak.

Jumaat, Mei 11, 2012

Ayam Panggang Dalam Oven


Tajuk tu memanglah ayam panggang dalam oven sebab akak bakar dalam oven..kalau panggang atas pemanggang letrik lain namanya.  Kalau panggang atas bara arang dah jadi lain gak nama dia bukan.  Bila akak malas masak..akak buat camni ajer..tak banyak kerja dan mudah di sediakan.
Bahan-bahan
1kg kepak ayam  bersihk dan tos.
5 biji bawang putih-tumbuk lumat
2 inci halia-tumbuk lumat
sos secukupnya-dalam 1/2 botol
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu kecil mixed herbs
sedikit mentega
2 biji kentang russet-potong lebar
1 biji bawang besar-hiris bulat
1 biji tomato
 
Cara-cara
1.  Lumurkan bawang putih, serbuk lada hitam, garam, mixed herbs dan halia ke seluruh kepak ayam.
2.  Campurkan  sos kraft dengan madu dan lumur pada ayam.  Masukkan ke dalam peti sejuk.
3.  Perap selama 3 jam-kalau tak sabar nak bakar dan makan 1 jam pun boleh.
4.  Panaskan oven 180-200C,(bergantung pada oven) masukkan mentega, hirisan  bawang, tomato  dan kentang di celah-celah ayam dan masukkan ayam ke dalam oven guna api atas bawah.
5.  Setelah 20-30  minit  gunakan api atas pula dalam 10 minit.
6.  Hidangkan panas-panas.

Bakar garlic bread..roti panjang beli kat giant...tapi tang sapuan tu akak buat sendiri..bukan susah pun...ambil butter dalam 6 sudu besar dan biarkan dalam suhu bilik.Tumbuk lumat 2 biji bawang putih dan campurkan dalam butter dan masukkan sekali daun pasli kering/daun ketumbar/mixed herbs (agak-agak.atau ikut suker).
 
jagung kukus, selepas di kukus masukkan merjerin, 
sedikit garam dan susu pekat (Rujuk kat SINI)
 
 kentang goreng 
 
dan sup campbell

Isnin, Mac 26, 2012

Ayam Panggang Berserai Lagi

 Kadang dek kerana bosan ashik makan berat, akak buat makan stail camni.  Tapi kenalah perap dulu ayam ni dari pagi, petang baru masuk oven. Dulu dah pernah buat..akak buat 2 kali ganda dari resepi.Akak ambil resepi dari blog hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam-akak guna kepak ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kali ni akak guna Russet potato sebab cepat masak dan  bawang besar - hiris 
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
 alahai..tersangatlah hitam tapi sodapp
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada kentang dan juga bawang. (tak buat pun..akak letak ajer macamtu). Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy. (malas nak buat jadi ayam nampak kering/hitam)
goreng ubi kentang
cuma panaskan  campbell soup
 Dek kerana malas akak masukkan kobis dan carrot dalam f/p..keluarkan baru masuk semua bahan yang lain

Bahan-bahan
  • 1 batang karot - sagat atau racik halus
  • 1/2 kobis -racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 1 sudu makan gula-optional
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-
Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan dalam petisejuk 2-3 jam.

Selasa, Januari 24, 2012

Ayam Goreng Ranggup Yang Memang Ranggup



Dah fikir nak masak apa tak hari ni?  Kalau ada stok ayam, pastu terfikir nak goreng ayam tu, korang boleh ikut resepi ini.  Sedap tau..anak-anak pun suka.  Memang betul kata teman masak memasak ayam ni potong kecik-kecik lagi sedap nak makan.

Akak mbil resepi ni dari blog cikmanggis, kalau makan panas-panas memang laju ajer, tak yah makan nasi pun tak per.  Akak ada gak tambah halia dan cara perapan pun lain sikit.   Kalau korang tenguk barang cam banyak ajer  korang janganlah malas nak buat tau.


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam-potong mengikut selera masing masing.Jika potong kecik lagi sedap.
1 cawan tepung beras pulut.
1 cawan tepung jagung.
1 tsp baking powder.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk perisa ayam.
1/2 tbsp serbuk cili.
1 tbsp tepung kastad.
5 ulas bawang putih.
1 tsp serbuk lada hitam.
1/2 inci halia, serbuk kari daging dan serbuk kunyit-akak tambah

Cara-caranya:

  • Tumbuk 4 ulas bawang putih dan garam secukupnya untuk di perap bersama ayam. (akak perap bersama serbuk kunyit, serbuk kari daging, serbuk lada hitam, serbuk cili  dan halia tumbuk)
  • Bancuh tepung pulut,tepung jagung,tepung kastad,baking powder ,lada hitam,serbuk perisa,serbuk cili dan garam dengan sedikit air.
  • Agak-agak seperti membuat adunan untuk goreng pisang.(Masukkan 1 ulas bawang putih yg di tumbuk halus)
  • Celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga ayam berwarna perang atau keemasan.
  • Sedap dimakan dengan sos cili.

Selasa, Januari 10, 2012

Resepi Ayam Goreng Berempah Hidangan Kenduri


Masa kenduri bulan lepas 31hb. Disember 2011 (Sabtu) kami menyediakan ayam goreng berempah.  Akak yang gi pasar beli 20 ekor ayam dan bersihkan sorang-sorang.  Fuhhh macam nak bukak kedai jual ayam goreng berempahlah pulak.  Terima kasih mak sebab tolong siapkan rempah ratus bahan perapan.

Resepi asal dari dayangjack tapi akak ada tukar bahan-bahan perapan.  Jangan marah yer Dayang.  Kami perap ayam ni semalaman  dan goreng pada pagi Sabtu dan dah tentulah bahan perapan kena berkali kali kali ganda banyaknya.  Alhamdulliah tetamu kata sedappppp. Cubalah yer

Bahan-bahan
  • 7-8 ketul ayam (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar kasar)
  • 1 inci halia (dikisar kasar)
  • 3 batang serai (dikisar kasar)
  • 1 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sudu besar  serbuk kari ayam (akak guna baba's)
  • 1 biji telur-akak tukar letak 1 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu besar tepung jagung-akak tukar ke tepung beras
  • daun kari secukupnya
  • serbuk kunyit
  • minyak secukupnya
  • garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara


  1. Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh. Akak perap semalaman dan sebelum goreng campurkan 1-2 sudu tepung beras dan gaul rata.
  2. Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing bersama daun kari.
  3. Gunakan api sederhana perlahan sahaja.
  4. Hidangkan panas-panas. 

 p/s kalau tak percaya cuba tanya geng tali baruts yang hadir 

Isnin, Disember 12, 2011

Resepi Ayam Lada Hitam


 
Resepi ni akak pakai hentam ajer..tapi anak kata sedap.  Oklah tu kan sebab senang ajer nak masak ayam cara camni. 

Bahan-bahannya
12 ketul ayam
2 biji bawang kecil*
4 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 biji bawang holland/merah-hiris bulat
1 batang cili merah-potong serong
1/2 cawan sos lada hitam LIFE
1 sudu makan kicap manis 
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Minyak secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Air-lebih kurang 3 sudu makan
sedikit garam jika perlu

Cara-caranya
1. Tumbuk bahan bertanda *
2. Bersihkan ayam, lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng pastu toskan.
3. Tumis bahan kisar, masukkan sos lada hitam bersama sedikit air dan serbuk lada hitam kasar.
4. Masukkan ayam, kacau masukkan pula cili dan bawang bersama sedikit garam gaul sebati.
5. Daah siap dan bolehlah di makan dengan nasi putih panas-panas

Ahad, November 20, 2011

Nasi Goreng Ayam

 tak sempat nak hias cantik-cantik...dah lapar
Nasi goreng ni akak selalu buat bila ada virus M banyak.  Janji ada nasi sejuk dan ayam dalam peti sejuk.

Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 keping daging ayam dipotong dadu
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 3 biji bawang kecil - di hiris
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1/2  sudu makan sos tiram-optional
  • 1 sudu teh kicap manis
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
Cara-caranya

1. Ayam di goreng setelah di lumur dengan garam dan serbuk kunyit sehingga garing.  Tumbuk bawang putih dan masukkan minyak dan tumis hirisan bawang kecil.
2. Masukkan bawang putih dan cili kisar. Biarkan naik minyak sambil di kacau selalu.
3. Masukkan ayam yang telah di goreng, kicap manis, serbuk lada sulah/lada hitam dan sos tiram.
4. Masukkan sedikit garam dan masukkan nasi ayam.
5. Goreng sampai semua bercampur dan rasakan garam.
6. Biarkan nasi garing sedikit dan barulah dihidangkan. 

Selasa, November 15, 2011

Kung Pao Chicken-Dah Lama Tak Buat

Dah lama sungguh tak buat kung pao chicken ni.  Bila Ira dah bercuti baru akak buat petang semalam.  Dorang cuma makan ayam ajer..akak pulak tak suka ayam suka kacang gajus dan cili banggala merah tu.

Tak kisahlah kan janji habis licin

Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap cair
  • sedikit garam
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam  dan serbuk lada hitam. Perap dan  biarkan 1/2 jam atau 1 jam dalam peti sejuk.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus - kalau suka tambah lagi
  •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng badam...angkat dan toskan.  Goreng pula  cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang gajus  yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....

Selasa, November 08, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani

Bila balik kampung masa cuti perayaan ni ..paling benci bila jalan jem di sana dan di sini.  Tension di buatnya.  Nasib baik sekarang ni dah ada jalan alternatif nak ke Seremban/Senawang.  Kami terpaksa masuk ke simpang Putera Mahkota pastu keluar ke Semenyih ikut jalan lama.

Dari Senawang nak ke Simpang Ampat tak ada masalah kesesakan pun.  Cuma sampai kat situ ajer.   Semalam gi jejalan kat umah adik ipar kat felda palong dan felda pasoh, bila nak balik ke KL ikut jalan Kuala Pilah kat situ  orang kata jem teruk.  Terpaksa pusing balik ikut Simpang Pertang-Kuala Klawang dan masuk highway LEKAS semula.  Sampai kat MRR nak ke Gombak pun jem lagi..kami ikut jalan potong dan akhirnya sampai kat umah dah dekat pukul 12.00 tengahmalam.  Ishhh sabar ajerlah.  Nasib baik anak-anak tak sekolah hari ni.

Membebellah pulak..ayam goreng cam ni kalau di perap lagi lagi sedap.  Akak buat 1 ekor pastu simpan, bila nak makan baru goreng.  Terlupa nak letak daun kari masa goreng, tapi rasanya masih lagi sedap.  Akak ambil resepi dari blog geng rajin masak dayangjack
 
bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Jumaat, Oktober 28, 2011

Kerabu Ayam Yang Buat Air Liur Meleleh

 Teringin pulak tekak nak makan kerabu..check dalam peti sejuk ..tak ada manggalah pulak.  Tenguk ada daun pudina dan daun ketumbar dan bahan lain ada stok.  Buat ajerlah kerabu ayam.  

Resepi asal dari blog Nor tapi akak ubahsuai ikut apa yang ada kat umah. Akak tambah tomato dan kacang tanah.

Kerabu sedap di makan bila dah simpan dalam peti sejuk kejap.  Akak tenguk pun meleleh air liur..korang tak meleleh ker?

Bahan:
2 keping dada ayam
sedikit garam
sedikit  serbuk lada hitam
sedikit minyak zaitun

Caranya
  1. Perap ayam dgn kesemua bahan kesemua bahan sekejap. 
  2. Masak  atas frying pan dengan sedikit minyak zaitun.
  3. Carik-carik dada ayam tadi.  Ketepikan.
 
Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus-tak letak
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula-akak tambah sedikit gula kabung
1 biji limau nipis ~ diambil airnya-akak guna jus limau kasturi dalam 2-3 sudu besar
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
akak tambah-
kacang tanah yang telah di sangai
1/2 biji tomato yang di potong dadu

Caranya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
  2. Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
  3. Kacang tanah  dan cili serbuk kasar letak masa nak makan baru terasa keranggupannya dan kepedasannya.
  4. Perapkan seketika dalam peti sejuk,  baru lah dihidangkan.

Jumaat, Oktober 07, 2011

Ayam Panggang Bercajun Ala-Ala ChefMasterMY (Tonton Tau Di Astro Ria 104)

Kelakar kan..ashiklah bervangan nak masuk Chef Master Malaysia padahal tak gi pun ujibakat.  Salah satu yang buat suami tak bagi pergi sebab kena tinggal berasingan...lama weiii mana boleh suami akak, kalau akak duk tinggalkan dia nanti.
Tergiur ker idak korang tenguk ayam panggang ni..kononnya nak tiru hiasan cam kat dalam rancangan MasterChef US dan MasterChef Australia.  Jauh panggang dari api kan.  Alahai tangan ni tak kreatif macam dorang tu.

Kalau macamtu kan akak kenalah tenguk MasterChef Malaysia yang akan di tayangkan bermula pada 22 Oktober 2011 di Astro Ria (Saluran 104).  Mana tau tahun depan suami akak bagi masuklah pulak.

Membebel lah pulak akak ni kan.  Okeylah resepi ni akak ambil dari blog geng suka memasak gak si Madiha .  Kebetulan rempah Cajun tu ada lagi dalam peti ais.  Dia buat ayam panggang ni makan dengan nasi ayam..akak makan camtu ajer masa makan malam...kononnya diet tak nak makan nasi.
Bahn-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong 4
(potong 12)
1 sudu besar marjerin(ganti mentega)


Bahan Perap Ayam

3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
(agak2 sendiri.. kisar lebih sikit sebab nanti nak gunakan untuk buat nasi ayam)
2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar rempah cajun

1 sudu besar madu

1 1/2 sudu besar gula-akak guna brown sugar
1 1/2 sudu kecil garam
akak tambah : sedikit olive oil dan sayur

Cara2 menyediakan

1. Ayam direbus dengan air secukupnya. Lebihkan sedikit airnya untuk kegunaan nasi ayam & sup nanti.- tak yah rebus ayam, terus perap ayam.
2. Angkat ayam & tos. Perap ayam dengan bahan2  perapan di atas selama 1 jam.  Bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 200C. (ikut oven masing2 yer).

3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.  

4. Bahan2 perapan yang berlebihan jangan dibuang.  Masakkan bahan tersebut di dalam kuali sehingga pekat & agak kering. Tutupkan api & masukkan 1 sudu besar marjerin.  


5. Semasa pertengahan proses memanggang ayam.. boleh sapukan bahan yang dimasak tadi pada ayam hingga rata & bakar hingga genap 1 jam. (nak dekat masak akak masukkan karot, bawang holland an cili banggala hijau)
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi ayam dll.
Cerita ceriti tentang Rancangan MasterChef Malaysia ni yang akan di tayangkan tidak lama lagi, MasterChef TX akan di tayangan pada setiap hari Sabtu-Rabu bermula jam 9.00 malam.

Manakala Program Master Class pula akan disiarkan setiap hari jumaat jam 9 malam. Nanti korang boleh tenguk macam mana hebatnya Chef/jurumasak Malaysia pulak berlawan memasak.  Mestilah bestkan terutama bila juri memberi kritikan yang kaw-kaw punya.

Sebarang  info tentang Program  #MasterChefMY korang bolehlah ke

Tonton Jangan Tak Tonton

Isnin, Oktober 03, 2011

Ayam Panggang Berserai

Pasal akak nak masuk Bloggers Master Chef yang pertama tu kan, sebenarnya akak sajer nak tenguk dan rasa macam mana pengalaman orang bertanding masak memasak.  Bila tenguk tempat bertanding agak cantik dan selesa akak pun rasa cam nak applylah.  Dapat ker idak tak taulah.  

Ada rezeki adalah tak ada rezeki tak per.  Kalau terpilih masuk pun dah habis, kalah tak per..tak semestinya mak-mak boleh menang kan, kadang-kadang orang muda lagi kreatif.  Yang penting dapat pengalaman dan kenangan masak dengan bloggers.

Mula-mula dulu akak nak masuk, suami macam keberatan nak bagi.  Tu sebab akak tak apply walaupun geng bloggers sibuk suruh akak masuk.  Tapi entah camner hari Sabtu akak cuba tanya balik...tiba-tiba dia bagi keizinan pulak.  Rasa cam nak melompat dibuatnya.  Tapi dengan syarat kena bawa Firdaus/Imran buat peneman.

Bila tanya group pertama yang dah bertanding pada hari Sabtu lepas, mereka kata no resepi..maknanya kena fikir jam tu gak.  Menu utama hari ayam dan adalah rempah ratusnya.

Fuhhh gabra gak rasanya sebab sekarang ni akak kalau masak akak banyak tenguk resepi.  Tentu panik bila kena camtu pastu barangan agak terhad.  Pandai-pandai ajerlah fikir camner nak buat. Macam susah gak rasanya.

Bervangan ajer lebih belum tentu terpilih lagi kan.
Macam ayam panggang berserai ni akak buat kena tenguk resepi sebab jarang buat.  Dulu dah pernah buat sekali, rasa sedap ..dah buntu apa nak masak akak bako ajer ayam ni.  Makan dengan nasi hujan panas ajer.

Akak ambil resepi kat hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • *1/2 labu bawang putih
  • *2 inci halia
  • *1-2 batang serai
  • 1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu makan madu
  • garam sedikit
  • 1 biji lemon-ambil jus
  • butter - potong kecil @ minyak zaitun
  • kentang, carrot, bawang besar - potong empat
  • akak tambah : 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20 minit jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...