OOO

Selasa, September 08, 2009

Kurma Ayam Ala India

Sorry silap tulislah....akak pakai ayam...sepatutnya jadi kurma ayam ala india...

Buat ayam kurma ni untuk di makan bersama roti nan jugak...saje nak cuba kurma ni...selalunya masak kurma biasa aje..cuba cari kat mana ada masakan kurma resepi yang lain..gi jenguk kat rumah chef ah mat gebu...ternampaklah pulak resepi ni...lalu teringin nak mencuba..lagi pun masak cara ni bagus sebab guna yogurt....minta halal ek cik mat...c & p aje..

Bahan Utama :-)
500 g daging-akak tukar ke ayam
4 biji kentang
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah/hijau dibelah dua (jgn putus)
2 biji tomato, dicincang
2 camca besar penuh rempah kurma
2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
3/4 cawan yogurt perisa asli
2 camca besar kerisik
Air secukupnya
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 biji kacang gajus
1 camca
2 camca besar kelapa parut
1 sudu besar lada hitam biji

Bahan Tumis :-)
2 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Daging dipotong sederhana besar, cuci dan toskan. Kupas kentang dan belah 4 setiap biji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi, biar cair. Tumis bawang besar dan daun kari hingga layu, masukkan bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan jintan kasar, goreng hingga harum.
  3. Masukkan cincangan tomato dan bahan2 kisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan rempah kurma, gaul rata, tambah sedikit air jika perlu. Bila wangi, masukkan daging, gaul dan tuang air seckupnya.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga daging 3/4 lembut. Masukkan kentang dan kerisik. Masak hingga kentang empuk. Tuang yogurt, gaul rata dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga semua masak dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...

20 ulasan:

  1. ni lauk fav wani, anak sy yg no 3. semlm jemputan buka, dia mkn lauk ni je lah.

    BalasPadam
  2. Budak2 kalau dapat lauk ni memang tak pandang lauk lain dah....

    BalasPadam
  3. ayam masak kurma memang sedap...blm try ala india mc ni lagi...nanti blh try.

    BalasPadam
  4. siti jarang betul msk lauk kurma..papa kureng sikit..tapi kalau sekali masak mkn ngan nasi panas2 memang sedap..

    BalasPadam
  5. Nak buat lah petang ni.. dah tak tau nak masak apa dah

    BalasPadam
  6. salam heheheh kurma ayam peberet anak dara saya la tu...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. amboi akak, mentang-mentang anak kat India, terus buat kurma India. rindu la tu. tak pe kakak, kat Malaysia ni banyak India.eh, mcm tak de kena mengena aje ek.

    BalasPadam
  9. berselra gilr nengok..nyum2..

    BalasPadam
  10. Salam perkenalan. Aritu perasan akak, cuma malu nak tegur. Lagipun meja saya tepi sebelah tingkap, meja akak pulak sebelah kanan sekali.

    p/s Perghh, sedapnya tgk gambar ayam masak kurma tu. Lama tak balik kg rasa masakan mak. Kedai area Kl ni tak best sgt masak kurma dia. hehe.

    BalasPadam
  11. masuk kat sini je gaser laparr...

    ai laikk..

    BalasPadam
  12. sodapnyerrr ayam masak kurma tewww..

    BalasPadam
  13. yougart tu pengganti santan ler k ina.. senang kije hehe..yummyummm menyelerakan..pekena gan roti canai!!

    BalasPadam
  14. salam ain...baguslah mcm tu..ain boleh buat selalu...


    salam watie..betl ke??cam tu tiap-tiap minggu masak kurma tu salah satu menu dalam senarailah ye..

    salam suzi..cuba jangan tak cuba..sedap..

    BalasPadam
  15. salam mamafami..tu sebabnya akak buat nak makan dengan roti nan.


    salam siti..nak buat camna kalau boss tak suker..sabo ajelah...

    salam sya..cuba jangan tak cuba..ina pun kdg-kdg buntu nak msk apa?

    BalasPadam
  16. salam alimaz..kalau favourite lehlah msk selalu,...

    salam ungku nor...anak-anak makan habis..sedaplah kot..

    salam gerau..biasalah tu..bila teringat anak kat india msklah masakan india..

    BalasPadam
  17. salam KMR..tq jenguk blog akak...dtglah selalu ye..

    salam alang..msg-msg bzzz makan dan tangkap gambar..lain kali lehlah borak ek..

    salam lupekanje..ishhh..sabar weiii...pose..

    BalasPadam
  18. salam nekpp...tulah yg bagusnya..tak guna santan..resepi utk org diet kot..


    salam yang insaf...jemputlah jenguk selalu ye..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers