OOO

Rabu, Oktober 28, 2009

Ayam Goreng Halia


Akak ternampak resepi ni kat blog Jun Yummyyilicious yang terror masak tu.... Resepi asal dari majalah Saji dan gunakan burung puyuh....tapi Jun guna ayam.....bila dah siap sedap pulak tu..yang buat lain sebab ada kacang panjang..Jun akak c & p ajer dari blog kamu yer..malaslah nak taip satu persatu....love u jun....muahhhhhhh..nanti jumper burung puyuh lehlah buat lagi....



Bahan-bahan

  • 4 ekor puyuh-potong empat (ku tukar  ayam kampung)
  • 2cm halia-tumbuk
  • 1/2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 2 biji bawang merah-tumbuk
  • 5 cili padi} dikisar-akak tambah dalam 10 biji-berdesing telinga
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1/2 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan gula
  • 10 tangkai kacang panjang-potong kecil
  • 30ml air
  • garam
  • minyak
  • akak tambah-1 biji bawang merah di hiris bulat
  • sebatang karot di potong memanjang, 1 biji cili hidup di potong serong 
Cara-cara
  1. Lumur puyuh ngan garam n goreng hingga garing, ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan  kisar hingga garing. 
  3. Masukkan air bersama sos cili, sos tiram, kicap masin, gula dan  garam secukup rasa.
  4. Masak hingga kuah pekat, masukkan puyuh (ayam), karot, kacang panjang, cili dan bawang besar  tadi. gaul sebati dan angkat.

4 ulasan:

  1. Whoooooa, leleh air liur tgk ayam akak tuh! lagi2 ayam kampung! Pasti lagi sedap kan kak! ;)

    BalasPadam
  2. bila ler nak rajin mcm akak ek. ayam kg dlm fridge dh masuk 2 bulan tersadai.huwaaaa!!!!!

    BalasPadam
  3. salam kak ina....

    mmg tabik sungguh la kak ina ni..... sedapsungguh menu tu... nampak gaya kena pi cari burung puyuh gak la lepas ni sebb ayam kampung susah nk dapek....

    BalasPadam
  4. Salam kak ina,
    Ni 1st time aza tinggal komen kat sini. Salu aza tgk2 je. Aza dpt link akak dr blog kak dygjack.
    Lama dah aza cari resepi ayam goreng halia ni. Nmpk yg akak buat tu sedap. Aza minta izin copy resepi ye kak? Nak try es0k. Tq kak!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers