OOO

Isnin, Oktober 19, 2009

Bila tekak nak makan stail omputih

Hari Jumaat petang akak merajinkan diri buat ni semua....seronok punya pasal...sebab anak-anak semua ada kat umah...

Buat ayam bakar ni guna bahan perap yang dulu...suami akak kata memang sedap...akak bakar dalam oven...dalam 45 minit di balik-balikkan dan suhu 220 F.

 camtu bolehlah beli sebotol lagi buat stok..kena perap 2-3 jam barulah sedap...


Pastu buat daging bakar...akak guna daging batang pinang ....pastu potong nipis-nipis.perap jugak 2-3 jam....bakar dalam kuali ajer..


pakai bahan perap  yang sama...sebab nak habiskan...baru boleh tukar dengan yang lain... pulak....

sup kimbal..beli ajer....

pastu buat mashed potato...

guna resepi dak ijan dari blogresepi..

Bahan-bahan


  • 4 biji kentang
  • 1/4 cawan susu
  • 1/4 cawan butter (suhu bilik)
  • sedikit garam dan black pepper
Cara-cara
  1. Bersihkan kentang, potong kecil2 dan rebus hingga empuk.
  2. Campurkan susu, butter, garam dan black pepper dalam mangkuk yg agak besar.
  3. Blend dengan menggunakan mixer sehingga semua sebati.
  4. Siap
 Bahan-bahan untuk sebiji kentang
  • 1/4 kiub ayam tanpa msg
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 ketul mentega tanpa garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air
  • sedikit garam jika perlu

Cara-cara

  1. Bancuhkan tepung jagung dengan air, lada hitam dan kiub ayam.Jangan terlalu pekat.Tambahkan sedikit garam jika perlu.
  2. Cairkan mentega dalam pan dgn api yang kecil.Masukkan bancuhan tepung dan kacau perlahan lahan hingga masak.Jangan terlalu lama di atas api.
  3. Curahkan kuah ini di atas kentang lecek tadi.Sedia untuk dihidang.

 Buat coleslaw..guna resepi Puan Liza.. 


Bahan:-
  • 1 biji kobis kecil - racik halus
  • 1 batang karot - racik halus
  • 1 cawan mayonis (akak guna Lady's Choice Real Mayonnaise)
  • 2 sb. air sejuk
  • 1 sk. serbuk lada hitam
  • 1 sb. jus limau kasturi/lemon
Cara-Cara:-

Campurkan semua bahan2 sos dan masukkan sayuran, gaul semua bahan hingga rata dan sebati. Sejukkan di dalam fridge 2 - 3 jam.


 Dan buat sos lada hitam 




Kali ni guna resepi Puan Liza jugak...saje ajer nak rasa resepi baru....ehmmmm best...

Bahan:-

  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*akak letak 3 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*akak guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*akak guna fresh milk je)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-

  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

8 ulasan:

  1. Sedap tu kak ina..anak2 semua ada..Yana pun ka??

    BalasPadam
  2. kita baru gak bei bhn perap tu!! nak try nanti. dg btg pinang byk lg dlm freezer tu!!!

    BalasPadam
  3. akakkkkk....i'm practically drooling. sedapnya masakan kak ina tu. bertuah sungguh suami dan anak-anak dapat ibu yang pandai memasak.

    BalasPadam
  4. selalu tgk brand tu kt pasaraya bila shopping tapi tak pernah beli.. kalau akak cakap sedap boleh la beli satu nanti! thanks kak ina

    BalasPadam
  5. Ina...terliur ni...nampak sedap je...

    BalasPadam
  6. wohoho.. western food.. yummy.. :)

    BalasPadam
  7. salam wate..alahai mana ada yana balik...dia jauhlah..yg blk anak-anak kat sini ajer..


    salam ain...try jangan tak try..lakulah benda tau kat pasaraya..semuanya nak menerai..


    salam kak chik...ala kak chik msk cam biasa ajerlah..bukan susah pun..
    malunya dpt pujian dari kak chik...tapi akak ucapkan terima kasih lah ye..

    BalasPadam
  8. salam sunkist..bukan anak aje kata sedap..suami akak pun kata sedap..kalau suami kata sedap makna ??????? sedaplah tu..


    salam aNie..memang sedap guna benda tu untuk ayam..nanti kamu cubalah ye..

    salam h4ni3..memang yummy..nanti trylah ye..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers