OOO

Khamis, Oktober 29, 2009

Sosej Roll Cheese-sesuai untuk makanan pagi/minum petang

 

Baru ajer beli ayam dengan penjual ikan kat umah akak ni...kesian dia....dia ambil bekalan kat pasar borong selayang..jual pakai motor ajer...pastu letak barang dan cari barang lain...bila balik ..ikan, udang galah kena curi dengan mat bangla...kecian dia..kerugian dalam RM285.00..sebab tu mat bangla yang sorong kereta dapat jual murah...mungkin (mungkin yer) dia orang curi pastu dia jual....

Orang lain dah ramai dah buat sarapan pagi ataupun minum petang......akak baru nak mencuba...masa gi bbb hari tu beli breadcrumbs warna ni..dah bukak kena lah perabiskan...mula-mula pepandai ajer namakan roti hotdog berkeju..rupernya mek azie namakan pulak sosej roll cheese..ala sama ajerkan bunyi dia...akak ambil resepi ni dari umah hana..hana ambil dari myresepi..dah puas jalan kat jepun..balik semula ke malaysia..akak c & p ajer dari umah hana..

 Bahan-bahan
  • 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya
  • 8 sosej ayam @ daging
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • secubit garam - tak letak  sebab sosej tuh dah masin!
  • sedikit serbuk lada sulah- tak letak
  • breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya-akak gunakan warna oren
  • minyak untuk menggoreng
  • akak tambah .. slice cheese 
  • sedikit  tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. 
Cara-cara
  1. Gelek roti hingga nipis/leper.
  2. Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. pastukan masukkan slice cheese-(akak gunakan 1/2 kepingan ajer)..pastu gulungkan  kemas-kemas dan letakkan campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi.
  3. Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak  kemas
  4. Masukan garam, serbuk lada sulah dalam telur. Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
  5. Salut @ golek-golekkan roti yang dah  dicelup dengan telur kedalam breadcrumb.
  6. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
  7. Dah siap..enak dimakan  bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer..
 
Lebihan roti dan sosej jangan di buang..potong dadu roti dan hiris tipis sosej ..pastukan pukul telur sebiji, masukkan bawang besar yang didadu(kalau sukerlah), sedikit garam dan serbuk lada hitam/putih dan goreng dalam minyak yang sedikit dan sambil goreng pecah-pecahkan roti dan hotdog sampai masak..boleh jugak jadikan sarapan.

5 ulasan:

  1. teringin nak buat!! sampai la ni belum lg beli breadcrumbs!! luuuupppaaaa aje!!!

    BalasPadam
  2. salam kak ina..

    mudah kan resepi nih. anak st mesti suker makan camni.. tapi kalau tak letak breadcrumbs boleh jugak kan..

    BalasPadam
  3. Dah beberapa minggu tak beli roti Gardenia...tengah rajin meroti...hihihi...breadcrumbs tu boleh wat sendiri kan kak ina...

    BalasPadam
  4. wahhh..sedapnya tengok..nak try buatlah..hehe tapi takde anak lagi

    -wanmus.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers