OOO

Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti. Papar semua catatan

Rabu, Mei 24, 2017

Resepi Cinnamon Roll Sedap Dan Lembut

Assalammualaikum semua

 
dulu anak jadi model sekarang ni cucu pulak😍
Setiap kali anak lelaki sebut "Mak dah lama 
tak buat cinnammon roll", akak barulah ada virus R nak buat.

 Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam        

Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik                           

Icing
             
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising (saya kurangkan kepada 60gm)
secubit garam
beberapa titik vanila esen

BAHAN UNTUK FILING 

  • 2-3 sudu makan serbuk kayu manis
  • 60gm gula perang
  • 30gm mentega - suhu bilik
  • 5-10gm badam cincang yang telah di panggang/sangai(kalau banyak lagi best)
  • coklat chip (nak habiskan stok)

1. Campurkan semua bahan filing kecuali badam cincang 
sehingga sebati dan ketepikan.

BAHAN UNTUK ICING 

  • 20gm mentega - suhu bilik
  • 50gm krim keju - suhu bilik
  • 100gm gula aising - ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat chip (optional)
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. 
Ketepikan.

UNTUK DOH :- 
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. 
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). 
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).



Cara-caranya
  • Masa ni yang best.....bila tenguk doh macam gunung berapi nak meletus setelah 1 jam.
  • Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Canaikan bentuk segi empat dan ratakan filing atas doh tadi.
  • Taburkan badam cincang di atas filing tadi.
  • Gulung ketat-ketat.
  • Cubit-cubit tepi doh supaya tidak terbuka semasa proses memotong.



  • Potong dengan pisau tajam 7-8 potongan ikut besar yang kita kehendaki.
  • Siap untuk di bakar....bakar pada suhu 190C selama 10 minit. 
  • Selepas itu turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi dalam masa 8-10 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  • Setelah masak..sapukan icing....sedap di makan panas-panas.
Kalau nak tenguk step by step bolehlah ke SINI

Isnin, Mei 11, 2015

RESEPI CINNAMON ROLLS SEDAP

Assalammualaikum semua

Memang lama sangat tak buat cinammon roll ni terutama bila pindah ke Miri.  Bila dah pulang semula kat sini, anak pula teringin nak makan, akak suruh ajer Yana dan Ira buat.  Nasib baiklah jadi.

Kalau nak tenguk step by step bolehlah ke SINI
Bahan-bahan


300gm tepung roti

50gm mentega - suhu bilik

1 biji telur

50gm gula halus

100ml susu segar suam - panaskan tapi jangan sampai mendidih

8gm yis kering - 2 1/2 sudu kecil

1 sudu kecil garam

Cara-cara


1. Gaul mentega dengan tepung roti sehingga menjadi serbuk.

2. Masukkan gula dan yis kering. Kacau dengan sudu sehingga sebati.

3. Masuk garam, telur dan susu suam. Uli sampai tidak melekat di tangan hingga menjadi doh yang kenyal dan licin selama 10-15 minit.

4. Masukkan ke dalam bekas besar dan tutup dengan plastik cling dan biar naik sekali jam (1 jam).




KAEDAH LAIN JIKA GUNA BREADMAKER
1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker.

2. Pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.




BAHAN UNTUK FILING 

  • 2-3 sudu makan serbuk kayu manis
  • 60gm gula perang
  • 30gm mentega - suhu bilik
  • 5-10gm badam cincang yang telah di panggang/sangai(kalau banyak lagi best)


1. Campurkan semua bahan filing kecuali badam cincang sehingga sebati dan ketepikan.


BAHAN UNTUK ICING 

  • 20gm mentega - suhu bilik
  • 50gm krim keju - suhu bilik
  • 100gm gula aising - ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat chip (optional)
1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan.


Cara-caranya
  • Masa ni yang best.....bila tenguk doh macam gunung berapi nak meletus setelah 1 jam.
  • Keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Canaikan bentuk segi empat dan ratakan filing atas doh tadi.
  • Taburkan badam cincang di atas filing tadi.
  • Gulung ketat-ketat.
  • Cubit-cubit tepi doh supaya tidak terbuka semasa proses memotong.
  • Potong dengan pisau tajam 7-8 potongan ikut besar yang kita kehendaki.
  • Masukkan dalam cawan kertas dan biarkan doh naik lagi..dalam 20-30 minit.
  • Siap untuk di bakar....bakar pada suhu 190C selama 10 minit. 
  • Selepas itu turunkan suhu kepada 180C dan bakar lagi dalam masa 8-10 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  • Setelah masak..sapukan icing....sedap di makan panas-panas....

Isnin, Oktober 08, 2012

Step By Step-Cinnammon Roll Badam

Assalmmualaikun

Anak-anak akak tak berapa doyan dah nak makan Cinnammon Roll ni sebab dah selalu buat tapi anak buah akak kat Nilai memang suka sangat bila akak bawa makanan kat rumah dia semalam.  

Kesian pula bila emak dia kata...dah lama kak lina tak buat roti bulat tu...(memang pun dah lama tak buat dah...) semalam pagi akak masukkan semua bahan ke dalam bread machine (BM) pastu gi ke Pasar Tani Greenwood.  

Proses mengguli guna mesin memang lama..dalam 1 jam 30 minit...bila balik dari pasar masih lagi tak siap.  Bolehlah akak sarap dulu sebelum membentuk roti ini.  Inti tu anda boleh buh kekacang yang anda suka..akak tabur coklat urai sebab nak habiskan stok dalam fridge.   Resepi ni dulu akak ambik dari blog Mat Gebu tapi aising akak ambil kat internet.

Bahan Doh

  • 400 gm tepung roti (high-protein flour)
  • 100 gm tepungmkek
  • 100 gm gula halus (gula kastor)
  • 5 gm garam
  • 20 gm susu tepung (akak guna susu nespray)
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 1 biji telur gred B, dipukul sedikit
  • 11 gm instant yeast
  • 40 gm shortening (lemak sayur)
  • 250 ml air
Bahan Inti
  • 3 camca besar mentega
  • 1/4 cawan gula perang*
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
  • 1 cawan badam cincang-sangai/bakar dulu yer..
  • sedikit coklat chip
 BAHAN UNTUK ICING
  • 20gm mentega - suhu bilik
  • 50gm krim keju - suhu bilik
  • 100gm gula aising - ayak
  • 2-3 titik esen vanilla
  • secubit garam
  • coklat urai(optional)
Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan.

 

Cara membuatnya

  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali  lemak sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
 

UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. 

 
Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega , tabur bancuhan gula perang tadi rata-rata, kemudian tabur badam cincang dan coklat urai. Gulung seperti swiss roll. 
 
Buat ketat..pastu cubit-cubit bahagian tepi supaya tak terbuka masa nak potong. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega (ataupun letak dalam paper cup) dan tekan sedikit biar leper  Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.  Taburkan coklat urai ke atas adunan.

 
Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 12- 15 minit.  Selepas siap di bakar sapukan aising dengan menggunakan berus bakeri.
Akak pernah gak buat cinnammon roll guna resepi yang INI..ada gak step by step....ok gak hasilnya

Rabu, Julai 11, 2012

Cara Buat Tortilla Mudah

Assalammualaikum Semua

Kalau ada kulit tortilla..senang nak buat makan kudap-kudapan terutama bila tengah tonton tv reramai.  Patutnya buh hirisan tomato daun salad dan hirisan bawang besar tapi anak-anak tak gemar letak benda tu semua.
 Akak cuma letak sos cili yang telah dicampurkan dengan mayonis,
 buh ajer nugget ayam yang di potong kecil, pastu letak 
 hirisan kepingan ayam (lupa nak ambil gambar kepingan ayam ni..akak baru ambil tadi na buat resepi lain..bawang holland tak ada kena mengena dengan makanan ini yer)dan akhir sekali taburkan campuran cheese dalam botol..lipatlah ikut arahan di plastik kulit tortilla.
Tadaaaaaaa..senang bukan..akak punya isi ikut idea akak..
kalau anda ada idea lain bolehlah kongsi yer.

Macam-macam  isi tortilla yang boleh di buat..salah satunya akak pernah buat ada kat SINI

Akak pernah gak buat kulit tortilla...masa tengah rajin..sekarang ni beli ajerkkk...kalau nak tenguk kat SINI

p/s lupa lak..panaskan roti dalam pan sekejapan ajer..dalam 30 saat depan dan 30 saat belakang tortilla ajer..jangan lelama..nanti liat tau


Rabu, September 21, 2011

Roti Capati (Resepi Ulangan)

Buntu nak buat breakfast kan..kali ni merajinkan diri mengguli tepung atta nak buat capati.  Kalau Yana balik akak memang suruh bawa balik tepung atta dari sana.  
Ashik ke sini sana masa raya sampai akhirnya Yana tak dapat makan capati ni.  Tak perlah, nanti kalau balik lagi boleh buat lagi.  Kali ni makan dengan sambal sardin ajer.

Bahan-bahan
3 cawan tepung capathi/tepung atta
2 sudu makan mentega/marjerin lembut-cairkan
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.
Cara-cara
1. Masukkan mentega/marjerin cair ke dalam tepung dan campurkan rata.
2. Masukkan garam ke dalam air suam dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelahitu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan dan letakkan sedikit minyak sapi/marjerin/mentega atas capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.

Khamis, Julai 22, 2010

Roti Pita Aka Poket Doraemon

 Sape tak kenal doraemon sila angkat tangan..atau angkat kaki..yang suka makan dorayaki tu..akak pun layan jugak cerita ni dulu masa russhdi, firdaus dan yana kecik..... mereka bertiga  memang suker tenguk cerita ni.
Sekarang ni dah terjangkit kepada Ira dan Imran..setiap hari sabtu petang mereka tak lupa nak tenguk cerita  doraemon yang suka cipta benda yang pelik-pelik yang di keluarkan dari poket dia...kalau movie doraemon dia orang layan jugak walau pun dah berulang kali tenguk..

Oleh sebab roti pita ni kan ada poket macam poket Doraemon..Imran panggil Roti ni Poket Doraemon..kalau gi pasar malam..poket doraemon yang di cari...tak muak-muak..masa gi beli barang keperluan dapur akak pun beli roti pita ni..sebab malas nak buat..dan kali ni beli roti pita gandum.  Untuk isi dia akak gunakan burger Ayamas sebab tak berminyak macam burger Ramli.  
 Resepi sendiri yer..tak tiru tau


Bahan-bahan (untuk 5 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yer)
  •  5 keping roti pita -potong2 (suker hatilah nak pakai  prisa garlic ker..)
  • 10 biji burger ayamas
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam
  • 1/3 biji cili banggala hijau (capsium hijau-potong dadu)
  • 6 sudu makan cili sos
  • 2 sudu makan mayonis
  • sedikit kobis-hiris halus
  • beberapa titik maggi seasoning
  • sedikit minyak
  • garam secukupnya
Cara-cara

1.  Roti pita di potong 2 dan panaskan sebentar dalam oven.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar.
3.  Bila dah layu masukkan tomato dan capsium..kacau dan masukkan buger ayam tadi.
4.  Kacau dan hancur-hancurkan dan masukkan pulak lada sulah.lada hitam bersama cilis sos bersama sedikit garam.
5.  Bila burger dah masak, masukkan sedikit garam, hirisan kobis dan mayonis dan kacau cepat..rasa dan terus padam api.  Sejukkan.
6.  Bolehlah di masukkan ke dalam roti pita bersama salad dan hirisan tomato (tak buat pun)

Khamis, Jun 17, 2010

Pau Gebu dan Gebus/Menang Lucky Draw

Sebelum tu nak share sikit..pagi tadi dah rezeki akak dapat lucky draw dari blog http://lagenda-duniablogku.blogspot.com/..akak baru kenal dengan tuan punyer blog ni..baru semalam gi jengah ke blog beliau.  

Akak tak ambil top up..sebab top up masih banyak lagi..jadi akak suruh dia bank in duit dalam bank...sebab besok nak gi tenguk wayang Toy Story 3 (sedih tak dapat jemputan dari Nuffnang)..lehlah guna duit tu.
No bertuah pagi tadi....Terima bebanyak yer..lain kali buat lagi...ok stop..nanti orang kata riak pulak..


Kali terakhir buat pau tahun lepas...mak datuk lamanya tak mengpau...masa hantar anak buat kat tanjung malim..akak gilah tempat buat pau yang terkenal di situ.  Ehmmm bila dah tenguk sape orang yang ada kat kedai tu...alamak...tak lalulah tekak nak beli lagi...walaupun orang melayu banyak yang beli bawak balik samada yang beku ataupun yang baru masak...
Suami akak tak bagi beli lagi ...kenalah merajinkan diri kalau tekak teringin nak makan pau...lagipun tepung pau nak sampai masa nak kojol (habis tempuh)...

Akak buat inti ubi kentang dan juga inti kelapa..tapi inti kelapa taklah sebanyak inti karipap...tapi budak-budak ni akak buat sikit...dia kata sedap pulak inti kelapa...ishhhh geram sungguh di buatnya.seperti biasa akak ambil resepi dari blog mamat famous tu lah..sape lagi Chef Ah Mat Gebu....naik gebu macam owner dia..ahaksss

Bahan-Bahannya :-)
  • 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau-akak guna tepung hongkong
  • 1 camca teh Double-Acting baking powder
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam*
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)-akak tak letak
  • Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2-akak letak inti karipap dan kacang merah.

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba.

Selasa, Mei 18, 2010

Roti Saj dan Kima Daging

Mula-mula cam pelik dengar nama roti ni..tapi macam sodap ajer..Akak nampak roti ni kat rumah Ummi..Ummi ambil dari rumah Madihaa dan beliau pulak ambil dariblog Rusnah..dah puas dah jejalan resepi ni.  Akak c & p dari rumah Madihaa.
Bahan-bahan
1 sb yis mauripan
1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ MaDiHaA pun ikut sama)
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung (MaDiHaA tambah lagi sebab adunan agak lembik.. tak taulah kot tersilap sukat bahan coz menguli subuh2 hari.. hehe)
1/2 st garam
sedikit minyak
 

Cara membuatnya:
1.  Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
2.  Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.

3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada (9 - 10ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut dengan minyak zaitun macam gambar kat atas)
4.  Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....

Nota MaDiHaA
: Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer (akak gunakan minyak zaitun) semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

 Kalau buat roti nan..takkan nak makan mcm tu aje kan..kenalah ada benda yang nak di cicah...dulu akak selalu buat kari sardin...oleh sebab anak-anak ada kat rumah...jadi virus M terhapus..sebab seronok bila masak semua juadah habis...berbaloilah masak macam tu kan...resepi ni ambil dari rumah chef ah mat gebu...resepi yang boleh di percayai...oleh sebab malas...akak c & p aje dari rumah dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam
200 g daging kisar
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar-akak tak letak
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari
1 biji cili merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak masak
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). Masukkan sekali kacang hijau dalam tin ek..
  3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa....
      
    Imran tak suka cicah..dia nak letak cheese kat atas roti saj ni..
    pastu bakar dalam oven guna api atas ajer..

    Khamis, Mei 06, 2010

    Egg Capati Sardin Rolls

    Balik dari Pasar Tani Taman Melawati badan dah penat..beli ajer sarapan kat kedai mamak kat area rumah akak...beli seorang 2 keping.  Suami akak tak nak makan sebab dia tak nak makan capati mamak..sabar ajerlah..

    Pastu Russhdi tak makan jugak..imran makan 1/2 dan  Ira pun sama..sebab capati yang di jual  kat kedai mamak ni besar sungguh.....akhirnya sampailah ke petang tak di makan benda tu....terasa sayang pulak nak buang dalam tong sampah.


    Teringat member-member blog ada buat benda ni..apa lagi ..akak ajar si Firdaus cara nak membuatnya..dia letaklah sardin yang berbalance masa buat pastri puff inti sardin.  Bila dah jadi..masing-masing berebut nak makan cicah kuah kari untuk capati.....ish...selamat ...bila buat camni..tak membazir.

    Resepi ambil dari rumah Maz...dan Maz ambil dari rumah Ummi...uppp luper..nama resepi asal ialah egg pratha rolls..akak tukar nama sebab bahan sudah lain daaa.
    versi Firdaus..capati lebih besar dari telur..dia yang masak..dia yang makan..
    suker hatilah dia nak buat camner..

    Bahan :-
    • 5 biji telur-pukul sedikit
    • 5 keping paratha--akak guna capati
    • sedikit daun bawang-tak letak
    • 1/2 bawang besar di cincang halus
    • sedikit lada sulah
    • garam secukup rasa
    • sedikit sardin
    • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
    • beberapa keping slice cheese (jika suka untuk di makan begitu sahaja

    Cara-caranya
    1.Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
    2.Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
    3.Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
    4.Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
    5.Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam

    Selasa, Februari 23, 2010

    Roti John Keju

     
    Ambil resepi dari majalah Saji jugak...resepi ciptaan Chef Zaidah..akak tak buat pun sos...malas...guna cili sos ajer...

    Bahan-bahan
    • 250gm-daging cincang-akak pakai hotdog hiris tipis ajer
    • 125gm keju chedar parut
    • 3 biji roti Perancis kecil (akak pakai roti hotdog)
    • 7 biji telur
    • 2 biji bawang besar-potong dadu
    • 1/2 inci lada benggala hijau-potong dadu
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • marjerin/mentega/minyak masak secukupnya
    • garam secukup rasa.
    Bahan Sos
    • 15 tangkai cili kisar-dikisar
    • 5 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu kecil tepung jagung
    • 1/2 cawan cuka
    • 5 cawan air
    • 1/4 cawan gula
    • garam secukup rasa
    Cara menyediakannya
    1.  Daging cincang di sangai dengan sos tiram serta lada hitam dan garam hingga kering.
    2.  Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.  Masukkan daging, lada benggala dan keju chedar.
    3.  Roti di belah dua.  Letakkan adunan telur di atas roti.  Tekapkan roti di atas kuali yang telah di panaskan dengan marjerin/mentega/minyak masak.
    4.  Setelah masak taburkan keju di atasnya dan hidangkan dengan sos.
    Sos
    1.  Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.  Ketepikan.

    Khamis, Februari 11, 2010

    Flour Tortilla Bersama Sos Ayam

     
     Dah setahun tak buat tortilla...dulu isi dia akak guna nugget ayam (kalau nak tenguk gi kat label roti).kali ni tukar buat isi macam buat pizza..Pastu pulak akak masukkan bawang putih 4 biji..dan oregano dalam adunan kali ni...
    Bahan-bahan ( 12 keping )
    • 3 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil baking powder
    • 4 biji bawang putih di tumbuk
    • 1/2 sudu besar oregano
    • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)-akak ganti dengan minyak zaiton
    • 1 1/4 cawan air suam
     Bahan Sampingan jika suker
    • salad
      Cara-caranya
    1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
    2. Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
    3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.
    4. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.

    5. Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha). 
    6. Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.

    Sos Ayam
    • 250gm daging ayam
    • 1 biji tomato (kisar halus)
    • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
    • 2 biji bawang putih-(potong dadu)
    • 5 sudu makan sos tomato
    • 2 sudu makan sos cili
    • 2 sudu makan pes tomato
    • 1 /2 sudu teh mixed herb
    • 1/2  sudu teh pizza herb
    • garam secukup rasa
    • sedikit minyak zaiton 
    • 1 sudu besar tepung jagung-nak pekatkan sos
    Cara-cara   
    1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
    2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging ayam.
    3. Biarkan seketika sehingga daging ayam masak dan berair.
    4. Masukkan pes tomato, sos tomato, sos cili, mixed herb, pizza herb dan garam.
    5.  Biarkan sos pekat sedikit, rasa dulu baru masukkan tepung jagung.  Sejukkan dan bolehlah di makan bersama tortilla.
     Kalau nak buat camni pun boleh..letak sos atas tortilla...bubuh cheese slide pastu tutup dengan satu lagi tortilla dan bakar sekejap sampai cheese cair...pastu potong kecil-kecil....hemmm sedap...

    Isnin, Februari 08, 2010

    Cinnammon Walnut Roll

    Dah lama betul tak buat cinnammon roll....teringin pulak nak makan...kebetulan akak pergi umah orang kawin hari ahad lepas..tak masak...kesian pulak ira tak benda yang nak di bawak balik ke asrama..pagi ahad tu akak merajinkan dirilah mengguli doh roti...kali ni akak tukar ke kacang walnut..sebab dah lama sangat dalam peti ais...resepi asal kat blog  Chef Ah Mat Gebu.
    Bahan Doh :-)

    • 400 g tepung roti (high-protein flour)
    • 100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
    • 100 g gula halus (gula kastor)
    • 5 g garam
    • 20 g susu tepung
    • 1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
    • 1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
    • 1 biji telur gred B, dipukul sedikit
    • 11 g instant yeast
    • 40 g shortening (lemak sayur)
    • 250 ml air
    Bahan Inti :-)

    • 3 camca besar mentega, dicairkan
    • 1/4 cawan gula perang*
    • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
    • 1 cawan kismis-akak tukar ke kacang walnut-sangai/bakar dulu yer..
    Cara membuatnya :-)

    1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali  lemak sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
    2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis(akak tukar ke walnut cincang). Gulung seperti swiss roll. Buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
    3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi......Akak sapu dengan mentega yang di campur dengan gula aising.
     
    Akak panggil walnut roll sebab guna kacang walnut..

    Jumaat, Januari 29, 2010

    Roti Naan-sesuai utk org berdiet

    Sambil taip N3 sambil fikir nak ikut jalan manalah nak ambil ira hari..kat hari ni Thaipusam..dah tentu jalan menghala ke Rawang ikut MRR jem giler..kenalah cari jalan kampung ataupun ikut jalan jauh...kalau ikut jugak jalan tu...takut jalan jem giler...tak sanggup nak tersangkut dalam jem ni..penat kaki, mata dan mulut (mengomel pot pet...pot pet..)

    Dah selalu buat roti nan ni...akak memang suker ikut resepi yang ni...insyallah memang gebus dan lembut...kalau ikut aduanan ni dapat  8-9 keping roti.  Sedap di  makan bersama-sama kari ..tak kiralah kari ikan ker..kari daging ker..tapi akak buat pakai kari ikan sardin.  Akak ambil dari blog Resepi Diana.

    Bahan-bahan
    • 4 1/2 cawan tepung gandum 
    • 1 peket yis kering (akak suka guna mauripan)
    •  2 sudu teh gula
    •  1 cawan air suam
    •  1 biji telur (dipukul dulu)akak guna gred A
    •  1 1/2 sudu teh garam
    •  1 sudu teh baking powder
    •  2 sudu besar minyak zaiton/mentega cair/minyak sayur
    •  4 sudu besar tairu (tairu tak ada kat rumah) akak ganti dgn susu cair campur 2 biji limau kasturi...biarkan dalam 5 minit..jadilah tairu
    Cara-cara
    1. Masukkan gula kedalam air suam.Kacau baru masukkan yis.  Tunggu 5 minit hingga berbuih (kalau berbuih tanda yis tu masih elok lagi)
    2. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul sebati. 
    3. Masukkan minyak zaiton, telur, tairu dan campuran yis tadi.  Kalau rasa kering..masukkan 1-2 sudu makan air yer.
    4. Uli sehingga lembut dan licin.  Masukkan ke dalam mangkuk bersih.
    5. Tutup dengan cling wrapper (plastik pembungkus makanan yang tipis tu) dan biarkan naik sekali ganda..kira-kira 1 jam.
    6.  Setelah naik 2x ganda keluarkan dan tumbuk doh untuk buang angin.
    7. Bahagikan adunan dalam 70gm setiap satu. Akak tak timbang pun..pakai agak-agak aje.
    8. Canai dan bolehlah di bakar di atas non stick pan (tanpa minyak yer). Balikkan setelah masak. Kalau keluar gelembung kecil tu tandanya roti naan jadilah tu...
    9. Sedap di makan bersama kari bila baru keluar dari kuali non stick. 
    p/s kalau tak faham gi ke label roti...cari roti naan dan tenguk kat situ ada langkah demi langkah yer. kalau nak letak  bawang putih pun boleh...nak letak cheese kat atas roti naan tu pun boleh....kari sardin nanti yer..akak nak ambil ira kat asrama.

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...