OOO

Selasa, November 03, 2009

Daging Vuruval


 Resepi ni akak ambil dari majalah saji tahun 2008. ..resepi dari  Restoren Rebung...resepi ni untuk sekilo daging tapi akak buat untuk 1/2kg ajer..sebab dah kurang dah orang kat umah ni..Sedap di makan dengan nasi dan nasi impit. 


Bahan-bahan
  • 1 kg daging
  • 3 batang serai di titik
  • 250ml santan
  • 500ml air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin puri tomato (akak sukat pakat tin yang besar-jadi ambil 1/2 ajerlah)
  • Minyak masak
  • Garam secukupnya
Bahan A
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili merah
  • 15 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 cm lengkuas
  • 3 cm halia
Bahan Tumis
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 5 biji buah pelaga
Cara menyediakan
  1.  Pijarkan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan garing.
  3. Kemdudian masukkan bahan A dan daging.
  4. Gaulkan sebati dan masak sehingga daging empuk.
  5. Masukkan santan, air, susu cair dan puri tomato.
  6. Titikkan serai dan tambahkan garam dan masak sehingga kuah pekat.  
  7. Rasa garam sebelum di tutup api.

Sajer nak tunjuk gambar sambal petai dan udang...dah ambil gambar..sayang pulak tak tepek kat blog. 

 p/s ada kegembiraan  di sebalik kesedihan...tunggu nanti akak cerita dalam N3 yang akan datang...

5 ulasan:

  1. Vaa vaa vaa....banyak sedaplah ini macam! Saya baaaanyak sukalah makan sama nasi impit... va va vaaaa

    BalasPadam
  2. KakIna...apa maksud Vuruval kak???

    We, Indians say Mutton Varuval, Beef Varuval...something like that...;)

    Curious je nih...kekekek!

    BalasPadam
  3. emmm....memang nampak sedap dan menyelerakan...ditambah pula dgn sambal udang yang kat bawah...yummy

    BalasPadam
  4. vaa vaa vaa voom!ni mesti indian resipi ni...padayappa kak ina!hehehe

    BalasPadam
  5. salam mamafami..kah..kah..kah...sabo ajerlah..kelakar sungguhlah kamu ni..


    hai love...entahlah..kat majalah tu tulis camtu..sama ada salah print atau salah ejaan..what everlah..janji sedap...

    salam ima..sedap kan makan nasi impit dan sambal udang..


    salam catlina..sabo ajerlah kamu ni..loghat tamil lah pulak..marah nanti love tu..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers