OOO

Rabu, Disember 23, 2009

Resepi Masak Lemak Cili Api Tembusu Campur Rebung

Dah pernah dah masak masak lemak perut tembusu ni dulu...tapi dah lama dah..masa tu masak dengan nangka..kali .akak teringin pulak nak makan lagi ..tapi campur dengan rebung ...pergi ke Pasar Tani kalau lambat selalu habis perut ni...ramai jugak yang suker makan rupernya...tapi tak leh makan selalu. 
Bahan-bahannya
  • 1 kg  usus lembu (perut tembusu)
  • rebung masam-beli dalam anggaran RM1.00
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 2  inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya
 Cara-caranya

1. Basuh bersih perut tembusu  dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Setelah lembut..toskan dan potong 1-1 1/2 inci. 
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu dan rebung.
5. Masukkan santan, air, serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
Biarkan dalam 10-15 minit.
6. Masukkan garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..
 Dah masak lama dah lauk ni...rasanya belum tepek lagi..dah ambil gambar rugi tak tepek.

10 ulasan:

  1. fuyooo. satay tembusu adalah feveret saya tuhh...

    BalasPadam
  2. Ina...dulu arwah makngah saya buat sup perut tembusu...sedappp!!!

    BalasPadam
  3. salam tijah..satay tembusu pun feveret akak jugak tau..


    salam aNIe..oh ye ker..tak pernah makan dan masaklah..tau tak resepi dia.

    BalasPadam
  4. mak aih kak... takut nengok tembusu tu.

    BalasPadam
  5. dok la pikiq apa kah itu tembusu...??hihihi

    BalasPadam
  6. Saya langsung tak pernah rasa nasi lemak ni.

    BalasPadam
  7. saya suka makan..tapi tak bolih msak sendiri..penah sekali cuba..bila nak bersihkan perut tembusu tu..ada bau kan..dah masak pun terbau2 tu yang tak buat sendiri dah..nak makn beli siap je

    BalasPadam
  8. salam phatgurl..takut tenguk ek..tapi rasa dia memang sedap ..rugi tak makan...



    salam ain..biasalah tajuk mesti gempak baru orang nak tenguk N3.


    salam baby..nak makan...meh akak suapkan..nganga mulut cepat..

    salam tuan blogger kampung..bila masa akak masak nasi lemak dik oiii..salah penglihatan kot..

    salam erna..kena buang air dulu dan lemak dia baru masak..entahlah akak tak pernah lagi jadi camtu..

    BalasPadam
  9. NANGES SAMBIL JILAT SCREEN!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers