OOO

Memaparkan catatan dengan label Masak Lemak cili padi Tembusu Campur Rebung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masak Lemak cili padi Tembusu Campur Rebung. Papar semua catatan

Rabu, Disember 23, 2009

Resepi Masak Lemak Cili Api Tembusu Campur Rebung

Dah pernah dah masak masak lemak perut tembusu ni dulu...tapi dah lama dah..masa tu masak dengan nangka..kali .akak teringin pulak nak makan lagi ..tapi campur dengan rebung ...pergi ke Pasar Tani kalau lambat selalu habis perut ni...ramai jugak yang suker makan rupernya...tapi tak leh makan selalu. 
Bahan-bahannya
  • 1 kg  usus lembu (perut tembusu)
  • rebung masam-beli dalam anggaran RM1.00
  • 10-15 biji cili api kampung (nak pedas tambah lagi)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 2  inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai di titik
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • garam secukupnya
 Cara-caranya

1. Basuh bersih perut tembusu  dan rebus sampai lembut.Toskan.
2. Setelah lembut..toskan dan potong 1-1 1/2 inci. 
3. Tumbuk cili api bersama halia, kunyit hidup, garam dan serbuk kunyit.
4. Masukkan ke dalam periuk bersama perut tembusu dan rebung.
5. Masukkan santan, air, serai dan masak sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
Biarkan dalam 10-15 minit.
6. Masukkan garam dan asam keping.
7. Perasakan garam dan bolehlah di tutup api..
 Dah masak lama dah lauk ni...rasanya belum tepek lagi..dah ambil gambar rugi tak tepek.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...