Tomyam putih 2 (resepi yang lain)

by kak ina kl on Sabtu, Disember 05, 2009

Hari tu akak ada jugak buat tomyam tanpa paste...kali ni akak buat lagi...tapi ikut resepi orang lain pulak....Memang sedap makan tom yam ni....bila musim hujan....letak pulak cili api..bila tergigit cili tu...adusss pedasss..tapi sodap...makan dengan nasi panas..fuhhhh...buat telur dadar ker atau telur bungkus..lagi kick...rasanya resepi ni akak ambil dari rumah Rozie kat UK tu...terima kasihlah yer..memang sodap...tak yah lagi beli paste tom yam putih adabi...


Bahan-bahan

  • 1 labu bawang besar, potong baji
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4-5 tangkai cili api
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 1 1/2 liter air
  • 1/2 ekor ayam di potong kecil
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 1/4 cawan santan-akak tak letak tau..klu letak lagi sodappp
  • sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain..
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk,
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
  3. Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
  4. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
  5. Masukkan santan.
  6. Perasakan garam dan gula.
  7. Akhir sekali masukkan sayur-mayur yang di sukai.
  8. Didihkan lagi beberapa minit, siap!

    6 comments

    salam kak ina...wah tomyam putih!!pasti sodapkan...tak payah nak letak perencah lain lagi.

    by ima on 5 Disember 2009 1:31 PTG. #

    salam ima..memang sodap tau..cuba tau..

    by kak ina kl on 5 Disember 2009 1:39 PTG. #

    salam ina..

    mama nak amek resipi ni nak try,boleh kan?

    by mamamin on 5 Disember 2009 9:24 PTG. #

    salam mamamin...ambillah..memang nak di share kan..akak tak kisah..

    by kak ina kl on 5 Disember 2009 10:48 PTG. #

    sedap tuuu....

    by Tanpa Nama on 12 Julai 2010 2:21 PTG. #

    dah lama cari resepi tomyam putih, pas ni buleh try la..

    by maz on 21 Ogos 2011 11:03 PG. #

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Translate

    Catatan Popular