OOO

Ahad, Januari 31, 2010

Bihun Goreng Sup

 Buat lagi bihun sup goreng pagi tadi...akak showlah gambar yang dulu yer...ada dulu member cyber tanya camner nak goreng bihun tu...kena basuh ke idak? tak yah basuh..terus ajer goreng dalam minyak panas....bila dah kembang...kena cepat-cepat angkat dan toskan. Ada 2 cara..satu pakai lempar ajer..satu lagi kalau nak cantik pakailah penapis stainless steel ekk..jangan guna penapis plastik pulak....hancur kena minyak panas nantik..kat atas ni pakai lempar...ehhh taklah letak elok-elok..kan terpercik minyak panaslah pulakkk...bahan-bahan adakala akak guna ayam..tapi pagi tadi guna sotong dan udang.
Bahan-bahan
  • 5 biji bawang putih
  • 4-5 biji bawang merah-hiris
  • 1/2 sudu teh lada hitam-kalau nak pedas..tambah lagi..
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 400gm bihun (kalau keluarga kecil kurangkan ke 200gm)-diceraikan dan digoreng dalam minyak panas.
  • 10-15 ekor udang basah-dibersihkan tinggalkan ekor
  • 3 ekor sotong-dipotong kecil
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • sedikit tepung jagung yang di bubuh sedikit air
  • minyak dan garam secukupnya.
  • 1 biji telur-dipukul sedikit
  • 3 fish cake-dihiris tipis
  • 2000ml air -anggaran
  cara menggoreng bihun pakai penapis stainless steel..kena biarkan minyak betul-betul panas berasap baru masukkan bihun yer..
Sayur-sayuran
  • kobis di potong kecil
  • sawi-dipotong kecil
  • daun sup dan daun bawang-dihiris tipis
Bahan tambahan
  • 5 biji bawang kecil-dihiris tipis dan digoreng-kalau nak guna bawang goreng segera pun boleh.
Sambal kicap-style akak
  • 20-30 biji cili api-tak yah di buang tangkai-basuh bersih
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 botol  kecil kicap manis-akak guna chap kipas udang
  • 3 biji limau kasturi-ambil jus
  • sedikit minyak 
Cara-cara
1.  Panaskan minyak biarkan panas ..masukkan cili api dan bawang putih..cepat-cepat tutup dengan tudung periuk..(sebab meletup-letup) dan padamkan api.  Toskan.  Biarkan sejuk.
2.  Tumbuk atau blender (guna sikit air masak) dan tuangkan kicap.
3.  Masukkan ke dalam tupperware dan tuang jus limau.  Kacau rata.
4.  Siap di gunakan..sambal kicap boleh tahan sebulan dalam peti sejuk.-hb akak suker cicah dengan tempe, keledek, sukun, pisang, keladi

 Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
2. Hiris bawang kecil/bawang putih dan goreng dalam periuk yang telah dimasukkan sedikit minyak. Apabila bawang telah berwarna keperangan..bolehlah masukkan bawang putih yang telah di tumbuk  dan kacau sebentar.
3. Masukkan air dan biarkan air menggelegak.
4. Bubuh kiub ayam, sos tiram, kicap manis, garam dan lada putih.
5. Bila menggelegak masukkan udang dan sotong.
6.  Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan sayur-sayuran bersama-sama  telur yang telah dipukul..... kacau dengan garpu cepat-cepat..kalau tidak nanti tak bertali telur tu..... Perisakan dengan garam.... baru di masukkan air tepung jagung dan biarkan mendidih sekejap dan segera  padam api.(kalau nak letak telur sebiji-sebiji pun boleh..ikut sukerlah yer)
7. Tuang keatas bihun yang telah digoreng dan tabur bawang goreng dan daun sup/bawang.
8. Sedap di makan panas-panas...bubuh pulak sambal kicap....perghhhhh

10 ulasan:

  1. Salam K Ina, nak cadangkan, K Ina buka ler satu lagik blog pasal resepi jer, mesti meletup!

    BalasPadam
  2. wah bagus resepi ni..cm ambik ya..kena cuba ni

    BalasPadam
  3. memang sedap!!! rasa lapar terus!!

    BalasPadam
  4. ni goreng cam goreng suhun ye kak ina? tak pernah buat lagi ni...

    BalasPadam
  5. masuk blog akak je mesti perut memulas minta makanan...hehe..memang menyelerakanlah blog akak ni..dengan gambar makanannya..

    BalasPadam
  6. salam kak ina.....macam best...misti sedapkan..nak cuba la hari cuti nanti....saya amik resepi ya kak...

    BalasPadam
  7. untung jadi anak2 akak..kenyang2 sokmo setiap ari..maknya rajin masak..kak ina tak terfikir ke nak wat business catering?sebab hobi memasak ni boleh dijadikan satu punca mata pencarian gak..

    BalasPadam
  8. salam liza..nak bukak lagi satu??biar betikkk...blog barang lama pun susah nak update..takkan nak bukak lagi satu..fengsanlah akak nanti tau..


    salam cik manggis..dah hilang penat ker?ambillah..kalau sedap/tak sedap bagitau ek..


    salam ain..rasa lapar??gi ke kedai ajer..hb kan tak adooo


    salam ijan..aaahhhh lebih krg camtu..cuber jangan tak cuber ek..


    salam wanmus..terima kasih yer di atas pujian kamu tu..blog makanan orang lain lagi barvooooo..nanti jangan luper bagi tau tau..


    salam Alimaz..buat jangan tak buat yer..


    salam sueMY...aaaaaa..melopong kejap..pengsanlah akak nak bukak catering..tak modal dan tak laratlah..

    BalasPadam
  9. nampak macam sedap jer.. balik nanti nak cuba laa..

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers