Rabu, Januari 06, 2010

Resepi Nasi Arab


Ya habibi ya maulana..tak payah lagi ke tanah arab nak makan nasi arab...boleh buat sendirilah...nampak bahan macam banyak bebeno...nak masak nasi ni lebih cam masak nasi beriani ajer..akak ambil resepi ni dari majalah Saji dari Puan Hanieliza.

Bahan-bahan
  • 1kg beras basmati - basuh dan toskan
  • 1 liter air
  • 500gm ayam-akak ganti dengan daging kambing
  • 1 tin kecil kacang pes
  • 1 cawan kismik-tak letak
  • 3 tangkai cili merah-belah 2
  • 3 tangkai cili hijau-belah 2
  • 1 tangkai daun sup-hiris
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • a tin kecil minyak sapi
  • s2 sudu besar minya
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putiih
  • 100gm bawang goreng
  • sedikit garam
BAHAN TUMIS
  • 5 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 labu bawang besar-hiris
  • 3cm halia-hiris
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu kecil jintan manis*
  • 1 sudu kecil jintan putih*-*bancuh dengan sedikit air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak.
2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih yang telah di bancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, air,ayam/daging kambing, gula dan garam. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan beras dan tanak seperti biasa.
6. Taburkan daun sup dan daun ketumbar, bawang goreng, kacang pes dan kismis. Tutup sebentar.
7. Bila nasi agak kering barulah di gemburkan nasi. Akak gunakan chopstik takut nasi patah.

Hidangkanlah bersama lauk kesukaan seperti acar mentah, dalca saur dan ayam tandori.

Pastu goreng papadum...tak buat pun acar mentah...buat aper buat...anak-anak dan suami tak gemar.

9 ulasan:

  1. Rajinnya Kak Ina.....dah lama tak beli minyak sapi Hubby tak suka...tu yg kat rumah ni asyik makan nasi putih jer...itu yg dia suka....nasib baik gak...hehehe

    Menitik air liur tengok masakan Akak ni tau!!

    BalasPadam
  2. salam kak ina...
    wahhh..cpatnyer akak terbang ke arab plak....hihihihi
    best nie-kompem sdap...

    BalasPadam
  3. nyam2,nampak sedap..nampak kak ina masa mister potato n Friso tapi tak berani nak tegur.

    P/s:dari dekat nampak garang....

    4 Tips Mendapat Cinta Bagi Lelaki

    BalasPadam
  4. ya Allah, sedapnya..dahler tengah ngidam nak makan nasi ala2 Arab ni..akak buatlah ntok saya lagi nanti..huhuhu..nampak sedapnya..nak masak sendiri malas..huhuhu

    BalasPadam
  5. pergh...terliur ni kak...baca blog akak kalau bulan pose...boleh gugur iman saya..ahaha

    BalasPadam
  6. uhhh dah besimpuh ni Kak Ina, mana dulangnya? ishh ishhhh Kak Ina sowok pinggan lam gobok nih. Adusss kena punggah la plak..iskkk iskkk..ngesot ngesot.

    BalasPadam
  7. Sya suka makan nasi arab tapi malas nak buat le pulak

    BalasPadam
  8. tu hari masa pi doha, mkn nasi arab sana...aduhaiiii sedap kakk!! mmg sedappp!!!

    BalasPadam
  9. k ina nie mmg teror masak lah, thanks for the recipe, boleh liza try this weekend!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers