OOO

Isnin, Februari 01, 2010

Dorayaki

Bila dah fening fikir apa nak masak breakfast..ternampaklah pulak si doramen..opppp bukanlah...kuih  dorayaki kat rumah Hana kat Jepun....Hana ambil dari  lydia .  Hana makan dengan pes kacang merah...akak pulak tak ada stock benda tu kat umah...jadi bubuh kaya ajerlah...memang pekat bancuhan dorayaki ni...kena letak susu...tapi akak letak air masak sajer...akak punyer taklah secantik Hana punyer...macam ada panau sikit...tak aperlah ..janji anak-anak kata sedap.....Akak c & p dari umah Hana ajer...
Bahan-bahan
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis-akak guna kaya
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/air  masak jika adunan terlalu pekat.
  1. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".(kalau bukak api besar..jadi rentung)
  2. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  3. Letak 1 sudu besar kacang merah (akak ganti dengan kaya ajer)  ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Akak

    tentu sedap kueh tu

    maaf, macam serupa apam balik yg ada inti

    Wassalam

    BalasPadam
  2. fuyyyyooo kakk...nmpak sodap tuh. Klu lotak sambil tumis ikan bilis pun sodap kot kak...err..

    BalasPadam
  3. Ina...ni kena panggil Doraemon dtg makan...hehehe

    BalasPadam
  4. Anak liza suka kuih dorayaki nie, slalu beli kat pasar malam jer

    BalasPadam
  5. Wow, looks tempting...

    Pls pass to me some kak! heheh ;)

    BalasPadam
  6. Mualaikumsalam rozali..rasa lain biarpun nampak serupa apam balik.


    salam lupekanje..good idea..cuberlah yer..


    salam aNIe...memang doraemon suker makan dorayaki ni..pastu panggil nobita, giant dan sizuka...ina suker jugak layan cerita doremon ni..


    salam liza..ooo peminat jugak ek..cuberlah buat sendiri nanti.


    hai love..alamak jauhlah love...apa kata try buat ajer..


    salam honeylanz...cuber jangan tak cuber..

    BalasPadam
  7. kak ina,

    huwaaa...buat ibu mengandung nih merembes tawww

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers