OOO

Selasa, Februari 23, 2010

Roti John Keju

 
Ambil resepi dari majalah Saji jugak...resepi ciptaan Chef Zaidah..akak tak buat pun sos...malas...guna cili sos ajer...

Bahan-bahan
  • 250gm-daging cincang-akak pakai hotdog hiris tipis ajer
  • 125gm keju chedar parut
  • 3 biji roti Perancis kecil (akak pakai roti hotdog)
  • 7 biji telur
  • 2 biji bawang besar-potong dadu
  • 1/2 inci lada benggala hijau-potong dadu
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • marjerin/mentega/minyak masak secukupnya
  • garam secukup rasa.
Bahan Sos
  • 15 tangkai cili kisar-dikisar
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1/2 cawan cuka
  • 5 cawan air
  • 1/4 cawan gula
  • garam secukup rasa
Cara menyediakannya
1.  Daging cincang di sangai dengan sos tiram serta lada hitam dan garam hingga kering.
2.  Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.  Masukkan daging, lada benggala dan keju chedar.
3.  Roti di belah dua.  Letakkan adunan telur di atas roti.  Tekapkan roti di atas kuali yang telah di panaskan dengan marjerin/mentega/minyak masak.
4.  Setelah masak taburkan keju di atasnya dan hidangkan dengan sos.
Sos
1.  Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih.  Ketepikan.

6 ulasan:

  1. salam kak ina.....best tu semua ada buat makan tengah hari pun bleh

    BalasPadam
  2. Nampak simple..metri try ujung minggu nie..updated blogger terhebat

    BalasPadam
  3. salam kak ina...nampak pun dah sedap...kalaulah dapat makan tu...

    BalasPadam
  4. hoho..seperti biasa, akan rasa lapar bila bukak blog kak ina ni..nampak macam sedap je kak.. kak, akak duk melawati ke?

    BalasPadam
  5. salam ppb_ppkp ..nanti cuber buat tau.


    salam alimaz..nak makan malam pun boleh jugak...

    salam Jai..terima kasih sudi datang..cuberlah try hari minggu ni..

    salam ima..buat sendirilah..bukan susah pun.


    salam wanmus..akak duduk kat sentul..taman melawati tempat orang kaya..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers