OOO

Jumaat, Mac 12, 2010

Kung Pao Chicken Again

 Akak kat umah ct delima ni. update blog..meroyan dibuatnya...line tak elok lagi...nak gi cc anak tak bagi...nasib baiklah ct bagi pinjam laptop..tak leh bebel lama..resepi ni dah pernah tepek..layan ajerlah.

Bahan-bahan  A
  • 600gm isi ayam-dipotong kecik
  • tepung jagung secukupnya
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sos tiram-ikut keperluan
  • sedikit kicap pekat
Cara-caranya
  • Perap ayam dengan sos tiram, kicap pekat  dan serbuk lada hitam. Biarkan 1/2 jam atau 1 jam.
  • Lumurkan dengan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  • Toskan selepas di angkat.
Bahan-bahan B
  •  100gm  kacang gajus -kali ni akak tukar guna kacang tanahlah pulak sebab gajus tak ada stok.-goreng dulu tau..
  •  30gram cili kering - pilih yang lebar dan potong 1-1.5 inci panjang
  •  2 biji bawang besar holland - potong dadu besar-besar(1 biji didadu dan satu biji lagi di potong empat
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 1 biji cili benggala - potong lebar-lebar-tak ada stok
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan cili sos
  •  minyak untuk menumis
  •  garam jika perlu
  • minyak bijan - 
  • sedikit seasoning maggi
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dan goreng cili kering hingga garing dan angkat..toskan.
  2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan pula bawang besar yang telah di dadu.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, seasoning maggi dan sedikit air.
  4. Biarkan kering sedikit dan masukkan pula ayam, bawang holland di belah 4, cili benggala, cili kering bersama  kacang tanah  yang telah digoreng. 
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau sebati dan perisakan dengan garam jika perlu.
  6. Kacau sebentar dan terus padamkan api.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi....anak akak suker meratah cam tu ajer..

4 ulasan:

  1. yummii...sodapnyer...saya selalu buat tapi tak terliur cam akak punya gamba la.:)maybe tak cukup perencah & tak letak hiasan like cili benggala,gajus n bawang holland kut..that y org kata 1st appearance penting..heheheh..masakle sedap cam mana pun,tapi hiasan out,sure tak teliur nak tengok..marvelous ler kak ina

    BalasPadam
  2. cedap nyer tgk..nk tnya akak ader bukak kedai makan ker..hehe
    akak nie msti pandai reka2 masakan kan..akak, klu 1st time nk blaja msk kn..nk masak aper yg simple tp cedap..nk memikat mak mtua..
    plzz..;)

    BalasPadam
  3. kita teringin sgt nk buat kung pao ciken ni, lum lg tertunai hasrat di hati.hehe

    BalasPadam
  4. slalu order this biler gi chinese restaurants, at least now dah boleh buat sendiri

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers