OOO

Selasa, April 27, 2010

Adik dia bukan penjenayah

Bila baca dalam surat khabar Harian Metro tadi..kesian ek budak umur 15 tahun kena tembak dek polis.  Tak tahu salah sape...cuma Allah s.w.t. yang mengetahui cerita sebenarnya. 


Kata kakak sulung mangsa, dia tak tahu bila adik tahu bawa kereta.
Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.

1.  Macamana budak tingkatan 3 boleh pandai bawa kereta?
Mungkin dia dah pernah bawa kereta sebelum ni.  Tu sebab dia berani bawa pada malam kejadian.  Mungkin kawan yang cabut lari tu yang ajak dia gi tenguk perlawanan bola kat luar dan polis mesti menahan sahabat dia ni untuk mengetahui cerita yang sebenar.

Sepatutnya arwah duduk di rumah.  Mengulangkaji pelajaran sebab dia nak ambil peperiksaan PMR tahun ni.  Tapi dia berani keluar  rumah melalui pintu belakang kira-kira pukul 12.00 tengah malam tanpa di sedari sesiapa sebelum memandu kereta Proton Iswara milik adik dia.


Macam anak akak jugak..suka keluar memalam..akak kat rumah risau bila mereka lambat balik. 

2.  Kakak dia tak puas hati? 
Memanglah kalau  akak pun tak puas hati..tau-tau adik hilang...pastu pagi masa nak hantar anak ke rumah mak dia...dia  nampak  seakan kereta  adik dia di tarik ..

Tapi polis tak bagi dekat dengan tempat kejadian.  Lepas buat report kehilangan adik dia...mereka   gi ke hospital , tenguk-tenguk adik bongsu dia dah meninggal.  Adik dia bukannya penjenayah dan mungkin arwah panik bila di tahan polis dan tak tahu nak buat apa.

Menurut kata polis pula remaja lelaki tu memandu sebuah kenderaan  dan cuba melarikan diri  pada pukul 2.00 pagi.  Pastu enggan memberhentikan kenderaan walaupun di arah oleh peronda polis, sebalikmya memecut laju dan melanggar beberapa lampu isyarat merah.

Sejurus terbabas rakan suspek melarikan diri sebelum di kejar dua anggota polis peronda.  Tengah nak periksa keadaan suspek, tiba-tiba dia mengundur kenderaannya dan merempuh anggota berkenaan.  Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta.
Sumber Harian Metro
Polis tak perasan ker muka budak tu .muka budak sekolah lagi.  Tembaklah kat tempat lain...Kalau pendatang asing tu bolehlah tembak...sebab mungkin masa tu dia orang nak merompak harta orang malaysia. 


Entahlah..remaja sekarang ni memang terlampau berani membuat perkara bukan-bukan..nak bunuh dirilah..suka hisap rokoklah...hidu gam...budak sekarang memang bangga sangat bila melakukan perkara begini..nak tunjuk terror konon.

Semuga anak-anak kita tidak terlibat dalam perkara begini. Al fatihah buat arwah.

19 ulasan:

  1. saya pun terbaca ini disurat khabar dan terfikir.

    kenapa suspek yang hanya melarikan diri tetapi tidak mengancam perlu ditembak?

    contohnya pasal seorang lelaki yang ditembak beberapa bula lalu di kedah.

    kan boleh tembak kaki ke, tangan ke..
    ini tak!
    tembak memang nak kasi orang mati punya!

    hurm~

    BalasPadam
  2. tp kan kak ina
    pelikkan
    mcm mn polis sewenang2nya melepaskan tembakan
    lagi2
    dorang sndr xpasri suspek dorang tu sebagai apa
    btl2 suspek ke apa
    herm
    teruk btl
    kalu kena kat kluarga kt mcm ni
    memang skt hati giler

    BalasPadam
  3. remaja skang nie berani tak bertempat....

    BalasPadam
  4. Keinginan terlalu nak cuba sesuatu memang membuak2

    BalasPadam
  5. hmm... kesian dekat arwah... pasni budak2 lain kena amik pengajaran... suka sangat buat perangai.. aisshhh..

    moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman...


    komen entry i juga ye.. klik laju-laju link nih >>CARA MEMBUAT LINK DARI RUANGAN KOMEN KE ENTRY U ALL.... BOLEHLAH KITA BERBALAS KOMEN KAN?..HIKHIK



    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    apa2 cerita kita balik dgn Al Quran dan hadihs

    kalau aruah ikut Islam
    kalau polis ikut Islam
    Insyaallah banyak selesai masaalah

    Wasslam

    BalasPadam
  7. kesiannyer dekat adik tu..tak taulah nak kater, skang ni nyawa dah takde nilai..senang2 jer nak tembak orang wpun tak tau apa salah orang tu..mesti polis yg tembak tu hidupnya pun tak tenang...

    al-fatihah buat arwah..

    BalasPadam
  8. adoiii..x pasal2 je kena tembak..isk3

    BalasPadam
  9. saya rase yg bersalah adalah polis.

    maybe budak tu lari sebab takut sendiri, ye la, drive keta tanpa lesen, cuak la die..

    polis tu pon kenapalah sampai lepaskan tembakan rambang?kalau tak larat nak kejar pon , xperlu nak belagak ade pistol...
    mcm dah ade bukti kukuh budak tu bersalah seludup dadah ke, suspek membunuh ke kan..ni, tak pasal-pasal tembak orang....

    tak paham polis-polis skrg ni..

    BalasPadam
  10. ermm..what everr punn ngerii dengar berita zaman2 skrg...dunia dah tak selamat...

    BalasPadam
  11. ermm..what everr punn ngerii dengar berita zaman2 skrg...dunia dah tak selamat...

    BalasPadam
  12. Kak ina, cerita sebalik apa yg direpotkan mungkin
    Berlainan dari apa yang kita dengar. Kita nampak
    Sebelah pihak je kan..

    BalasPadam
  13. sedihnya baca cerita ni..Al fatihah buat arwah.

    BalasPadam
  14. saya pon ade bace,hancur luluh hati ibu..anaknya pergi dlm keadaan begitu :'(,tgk kat buletin utama tadi

    Al-Fatihah

    BalasPadam
  15. ehm sebab tak dengar dari dua belah pihak, jadi cam tak tahu sangat nak kasi komen.

    pertama, sebab dah ajal sebenarnya, dah tertulis dari azali macam tu cara kematiannya.

    kedua, secara logiknye, apakah budak yang berumur 15 tahun sudah ada kereta sendiri? tanpa ada lesen?mana tanggungjawab keluarga?

    ketiga, kalo nak kata budak tu takut sampai mengundur dan melanggar polis sebab takde lesen, maka mungkin polis tu pon terperanjat lalu tertembak..bole ke buat penakulan mantik macam tu?

    keempat, apakah cepat bebenar pulak polis ni keluarkan pistol bila kejar orang yang bukan dari scene kecurian atau pembunuhan.. atau sebenarnya sedang dikejar dari scene yang sedemikian rupa???

    kesimpulannya, kita kena tunggu lah hasil siasatan, itupon kalo akhirnya kite dapat dengar yang betul punye cerita. akhbar pon bukan bole percaya sangat.

    just my 2 cents.

    BalasPadam
  16. saya rasa kerajaan msia kena wat rombakan tuk anggota polis yg wat operasi jalan raya cam ni jangan guna pistol2 ni...guna elektrik je cam kat luar negara tu..

    nyawa cam ikan je derang ingat. nak membesarkan budak tu bukan main payah..senang2 je nak tembak...huhu :P

    BalasPadam
  17. ada dua point penting - budak tu & polis tu...

    ada pro & contra - budak tu & polis tu...

    ada positive 7 negatif - budak tu & polis tu...

    ada betul & tak betul - budak tu & polis tu...


    KITA SUMER DH BLEY BERFIKIR DGN MATANG..hope tak jadi pada fmily & kawan2 saya hal sebegini...~

    BalasPadam
  18. polis dh silap. tp mmg sentap dgn kejadian nie

    BalasPadam
  19. terima kasih bagi komen...semuga kebenaran akak terbongkar jugak di satu hari nanti.

    sama-samalah kita sedekahkan al fatihah buat arwah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers