OOO

Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hati. Papar semua catatan

Khamis, Disember 02, 2010

Keluhan seorang remaja 12 tahun

Bacalah keluhan anak ini..bagus untuk memahami jiwa anak remaja sekarang ini.

Mingguan Malaysia 28hb. November 2010
Baru-baru ini saya berbual dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Dia menyatakan kebosanannya berada di rumah sepanjang cuti sekolah.
Menurutnya kawan-kawan yang sebaya dengannya juga menyatakan perkara yang sama. Mereka tidak dapat bertemu semasa cuti sekolah kerana rumah jauh di antara satu sama lain. Jika mahu bertandang sudah tentu memerlukan ibu bapa mereka yang menghantar.

Untuk pergi sendiri tentulah ibu bapa melarang kerana kata mereka "sekarang kat luar tu bahaya bagi budak-budak perempuan, banyak orang jahat.''
Jadi saya bertanya, apa yang dia ingin lakukan masa cuti sekolah. Adakah dia mahu bercuti ke tempat-tempat lain.

Sudah tentu, katanya. Tapi dia faham bahawa kemampuan ibu bapanya untuk membawanya berjalan adalah terhad. Bukan saja dari segi kemampuan kewangan tetapi dari segi mendapat cuti daripada majikan mereka.

Kalau dapat berjalan baguslah, katanya. Dekat-dekat pun tidak mengapa. Tapi apa yang amat diinginkan untuk dilakukan masa cuti ialah membaca buku cerita.
"Membaca buku cerita?"

Saya terkejut. Kenapa buku cerita? Tidakkah di rumah sudah ada komputer, laptop, notebook, smartphone dan televisyen yang memiliki saluran untuk kanak-kanak dan remaja? Tidakkah alat-alat teknologi ini jauh lebih menarik untuk kanak-kanak menggunakannya daripada buku cerita?  
Nak baca lagi ?  KLIK SINI YER

Aduhai betul luahan beliau tu.  Jika  kebanyakkan anak-anak remaja sekarang berfikiran sedemikian alangkah bagusnya.  Hobi membaca buku amat kurang di kalangan remaja dan juga orang dewasa sekarang ni.
Terutama di zaman teknologi ni..kebanyakkan dari kita lebih suka melepak di pc atau komputer dari membaca buku.  Tabiat ini makin berkurangan di sebabkan harga buku yang mahal.  Orang yang kurang berkemampuan tidak akan membuang wang membelinya  kerana bagi mereka lebih penting wang itu di beli makanan dan hal lain untuk anak-anak.
tq google
Kalau nak pinjam buku di perpustakaan pula memang payah nak dapatkan buku baru.  Selalu yang ada buku lama atau pun dah basi.  Lagi satu tak suka pergi sebab masalah parking.  Melilau mencari parking kerana ruangan yang terhad.
 
Kadang-kadang terpaksa parking di bangunan bersebelahan dengan harga sekali masuk RM3.50.  Dulu cuma RM1.00.  Alhamdulliah sekarang ni dah ada bangunan  baru tempat parking yang baru siap  di Perpustakaan Negara.

Anak-anak akak pun dah kurang minat nak membaca.  Nak buat camner..zaman dah berubah.

Jumaat, Ogos 20, 2010

Tak kira...nak jugak........

Bila suami akak tenguk bil suratkhabar...dia terkezut..
Apa pasal mahal sangat..
Ina....tak yah lah lagi nak beli suratkhabar dan majalah ni..
Akak membantah dengan sekeras-kerasnya.....
Mana boleh..Ina nak langgan jugak!!!!!!!!!!

Ala..Kan sekarang ni dah ada on9..gi ajer kat situ..
.
Tak bestlah bang, sebab tak dak gambar sangat...pastu bukan semua berita ada dalam suratkhabar tu.
Dan lagi satu sebab...tak ada iklan nak tenguk...Ina nak tenguk harga barang runcit, kosmetik dan yang paling penting..
 Nak tenguk apa yang saleslah....rugi bang kalau tak pergi.....
harga murah tau bila sales.....

Suami akak dah geleng kepala...

Betul tak orang pempuan..kita memang suka tenguk iklan sales kan..kan..kan....terutama nak hari raya ....

Rabu, Ogos 04, 2010

Akak bukan Macam Mak Khairudin ! Akak nak pot pet pot pet pasal halal dan haram

Akak ni bukanlah macam Mak  Mohd Khairudin yang membebel  dalam video kat anak dia suruh simpan duit tu kat Youtube dan Youthsays sejak 2 minggu yang lalu.  Akak nak pot pet macam biasalah..ishhhhHeboh jugak ek kisah video Mak Khairudin ni.  

Rupernya cuma iklan ajer  ek..ada tak yang tertipu?  Percayakan video tu!  Masa akak tenguk kat youtube, akak memang perasan yang mata dia ashik ajer pandang kat depan..macam baca skrip..jadi akak tak teruja..kalaulah akak pot pet buat video untuk Yana ..agaknya Yana malu kot...apasalah mak dia ni kerek sangat... pandai sungguhlah orang sekarang buat iklan yang kreatif.

Oklah tujuan sebenarnya anak  nak pot pet pot pet pasal haram dan halal.  Ada yang komen bila akak buat ataupun beli bahan masak memasak tu, ala  makanan yang pelik cam ayam belanda  bakar, takoyaki  dan jugak bahan perapan Mister Potato tu.  Dia boleh komen  kata halal ker?  Benganglah akak.

sebelum akak beli bahan-bahan ni akak dah tanya 
dah kat member yang pandai berbahasa jepun dan tinggal di sana..
dan juga member yang dah pernah buat takoyaki yang duk kat sini..

boleh ker kita beli bahan-bahan ni..halal ker? sebab akak memang tak pandai nak baca tulisan  jepun kat bungkusan
alhamdulliah mereka kata memang halal..kalau mereka dah kata halal ...akak tak ragu-ragu dan was-was lagi nak beli dan nak buat sebab anak akak ramai..tak sanggup nak beli kat Jaya Jusco..mahallah..baik akak beli bahan dan buat ajer..

Bahan perapan Mister Potato tu akak dah suruh dah member yang duduk kat Australia tolong check.  Apa guna kita ada member cyber kan..minta ajerlah mereka tolong tenguk bahan tu ada alkohol ker ataupun idak?  Haram atau pun idak?

Bila akak beli ayam belanda pun ada yang pertikaikan jugak..halal ker ayam belanda tu?  Aduhai ..sabar ajerlah..takkanlah akak yang nak setengah abad ni masih tak tau halal atau haram sesuatu benda tu,  Walaupun akak tak belajar agama tinggi tapi akak masih lagi ambil  berat tentang makanan yang akak sajikan kepada anak-anak akak.  

Takkanlah akak nak bagi makanan haram kat anak-anak ..kan benda tu nanti akak menjadi darah daging..dan akan melibatkan juga kelakuan, pelajaran dan benda yang lain.  Insyallah akak akan sentiasa mengingatkan diri bila akak nak beli benda macam ni lagi. 


Akak berterus terang supaya taklah lagi ada yang nak komen pasal ni lagi.  Maaf jika ada yang terasa dan ampun maaf di pinta dengan huluran sepuluh jari.

Khamis, Julai 15, 2010

Bila hati dilukai.

 

Bila hati dilukai...sakitnya tak terperi...
Bila hati dilukai..parutnya masih ada sampai kini
Kenangan lalu usah di ulangi
Tapi ia masih menghantui diri, kini dan selamanya.

Air mata mengalir membasahi pipi
Bila teringat bagaimana peritnya  di lukai
Dek kerna cinta yang tak kesampaian
Aku mencari cinta baru yang lebih hakiki..

Alhamdulliah aku mendapat sinar bahagia dari dia..suamiku..terima kasih kerna sudi menyayangiku dan menerimaku seadanya

 

Jumaat, Mei 07, 2010

Kisah Pencuci dan Peluntur

Nak tanya...anda semua pakai pencuci apa ek???
 akak tak pakai yang ni..ambil kat google
Bila tenguk iklan sabun pencuci kat tv tu ...kadang-kadang terpedaya jugak tau..hendak-hendak kalau peluntur aka clorox ...sebab bila ada anak sekolah mesti kena ada stok clorox...kalau idak pengsan nak menyental.

Dulu masa 2 anak lelaki pakai baju putih...faham ajerlah macammana keadaan baju bila mereka balik dari sekolah...kena sental dan kena rendam dalam clorox dulu.

Bila 2 orang anak perempuan..lega sikit..sebab budak perempuan ni bersih sikit.  Lagi pun akak paksa mereka sental bila baju mereka kotor..kalau anak lelaki..jawabnya..nanti kejap...nanti kejap....akhirnya mak dia jugaklah yang kena buat.
Bila time Imran lagi haru...tiap hari-tiap hari bila balik mestilah kotor..bila tanya..
  •  Kawan tolak lah..
  • Tak perasanlah
  • Im jatuhlah..
 Ada ajer alasannya..mak dia malas nak menyental tau...sabar ajerlah..

Bila borak-borak sambil tenguk tv akak complain dengan hb...kebetulan ada iklan dynamo dan pastu iklan vanish..
  • Payah ek nak dapat sabun pencuci/peluntur baju yang best..kalau beli yang ni elok agaknya.
  • Ina..jangan terpedaya dengan iklan..cuba tenguk kat iklan tu..berapa helai baju dia letak dalam washing machine.
  • Sehelai ajer..
  • Kalau nak bersih macam kat iklan tu ina kenalah letak baju sehelai demi sehelai..
  • Amboi camtu pukul berapa nak habis basuh..berapa banyak air, sabun pencuci dan peluntur nak guna cik abang oiiii..
  • Nak bersih sangat..tirulah cam dalam tv tu..
  • ????????????????????

Camner pula pendapat anda???Sharelah dengan akak..mana tau lepas ni tak payah menyental dan merendam lagi  baju sekolah anak lelaki.

Akak dah dapat dah

Best lagu ni...lagu kenangan akak dan suami ...



Seronok kan bila anak-anak ingatkan kita...sempena hari ibu yang jatuh pada 9hb. Mei ni..anak-anak dah bagi dah hadiah ...ala bukannya akak mengharapkan hadiah dari mereka..tapi bila dapat hadiah ni rasa bangga  ada .. terharu pun ada.

Biarpun ada orang kata kita tak payah sambut hari ibu..sebab hari ibu boleh di sambut bila-bila  masa tapi sebab anak-anak akak  pun terikut-ikut rentak zaman sekarang...mungkin promosi dari tv  dan suratkhabar membuatkan mereka sibuk nak bagi hadiah.  Zaman dah berubah kan..kalau tak ikut di katakan kolot lah pulak.
Bunga ni Russhdi beli kat Cameron Highland
untuk mak katanya sempena hari Ibu
yang ni pulak dari Imran aka anak bongsu akak anakbunt..ut....sanggup kumpul duit belanja semata-mata nak belikan akak hadiah ni..
yang kelakar dia beli sekali untuk ayah dia...akak nak gelak dah...ada ker patut di beli bunga..dia ingat ayah dia mat jiwang..atau mungkin imran tak ada pilihan ....al maklumlah  kat koperasi cuma jual gift untuk hari ibu..hari bapa belum lagi.bila hb akak tanya..nak ganti balik duit tak beli gift ni..dia kata tak payah..
Untuk anak-anakku..mak tak mintak hadiah..kalau dah bagi...terima kasih banyak sebab masih sudi ingatkan mak.  Ingat yer..yang paling penting...
 Dengar nasihat mak..walaupun sakit telinga dengar mak pot pet..pot pet..se tiap hari-hari.
 
Jangan kata mak bising bila mak jadi tarzan..sebab mak pun ada perasaan nak marah jugak.
 
Bila gi memana...ingat solat dan jangan lupa diri bila bawak motor..jangan merempit...kang kena saman..sape yang susah..ayah jugak yang susah sebab kena keluarkan duit...betul tak..nak harapkan mak...ishhh mak tak kerja..kerja berblogging pun income seciput..lainlah macam redmummy dan beautifulnara..dapat income ribu riban.alamak terlebih sudah...
 
Bila ada aweks aka girlfriend aka makwe atau pakwe...jaga maruah diri dan keluarga jangan nak ringan-ringan..berdosa...
 
Jangan lupa berdoa untuk kesihatan ibubapa (sebab  sekarang ni semua masih belajar...wang mengalir sentiasa) dan adik beradik termasuk diri sendiri supaya mak dan ayah dapat tenguk kamu berjaya dalam pelajaran, dapat kerja yang elok, berkawin dan dapat tenguk cucu.
    Ingat yer ....jangan lupa..

    Khamis, Mei 06, 2010

    Chisss pagi-pagi bagi akak hottttt..Hai gonjengjeng

     Ingat tak N3 pasal Zee Avi di sini...
     http://www.kakinakl.com/2010/05/zee-avi-kantoi-di-aim-malam-tadi.html...amboi ada yang marah lah pulak...kita saje-saje share cerita kan...dia boleh marah..satu malaysia dah hebuh hal ni..kat radio pun orang dah sebut......apasal tak marah orang kat radio tu..blog akak berapa orang yang tau...bukannya fofolur pun..
    janganlah nak marahkan akak lah pulak..
     
    gonjengjeng berkata...
    melayu... salah sikit je kene kutuk... nak buat macam mane.. memang susah nak puaskan hati masing masing... ikut korang la.. bangga la anda dengan apa yg dibuat oleh zee avi utk negara.. jangan hidup asyik nak mencari kesalahan org.. kalau diri tu tak perfect... tak payahlah mengata org..        
    •  Memang betul akak tak perfect...akak ni manusia biasa..mana boleh 100% perfect macam kamu tu...tapi akak akan cuba perbaiki diri akak sedikit demi sedikit. Sabar ajerlah dengan orang cam...tak nak bagi link pulak tu...takut ker... 
    •  
    • adat berblog camnilah kan...tak per...akak tak saman..sebab buang masa ajer hakim nak tenguk kes macam ni..tentu dia buang dalam tong sampah. Kalau peminat setia/kerabat/teman baik pun...tak kan nak tegur tak boleh...lain kali dia beringatlah nak tenguk cermin sebelum nak menyanyi. 
    •  
    •   Fofolur ker dia tu?????  Akak tak pernah kenal pun dia...lainlah dia dah fofolur macam Dato Siti ker..    Hemmm...akak buat pantun gaduh...ada pulak yang nak cari gaduh hari ni...tak per Tuan Gonjengjeng...akak takkan saman kamu yer..

    Rabu, April 28, 2010

    Barulah merasa

    Dulu nak beli pinggan mangkuk mahal ...jangan haraplah..sebab masa baru kawin suami akak kerja di Jay Bee..akak pulak bekerja di Kuala Lumpur.

    Gaji masing-masing tak tinggi...gaji akak masa tu tak sampai  pun RM500 dan suami pulak tak sampai RM1,000.00.
    Mana nak bagi mak lagi..tambang nak ke jay bee...kami bergilir ikut giliran ..kalau minggu ni akak ke jay bee..minggu depan hb  akak pulak turun ke kay ell.  Duit habis kat tengah jalan.

    Pendapatan suami kena bagi pulak  arwah mak dia sebab adik beradik dia  ramai dan ada 7 mulut yang perlu di beri makan. Pastu kena bagi kat akak lagi..dah tanggungjawab dia kan kena bagi nafkah kat isteri dia. Ibubapa hb cuma kerja menoreh getah ajer..pastu ada  pulak adik beradik dia yang bersekolah.  Memang susah kami berdua masa tu.
    Bila dah bersalinkan Russhdi lagi banyak pakai duit...akak kena bagi emak upah sebab jaga Russhdi..duit susu lagi..minyak kereta (sebab akak tumpang member naik kereta..tak kan nak  free..)memang tak menyimpan langsunglah..masa tu akak beli teasets arcopal dari kakak yang akak tumpang naik kereta..bayar 3 kali.

    Bila Russhdi dah 6 bulan..mak suruh akak berhenti kerja ..dia risau tenguk kami...seorang kat sana...seorang kat sini....abah marah sebab bukan senang dapat kerja kat kerajaan.  Puas jugak akak fikir..setelah di bahagi..di darab dan di campur..akak ambil keputusan berhenti.  Fikirkan mungkin ada rezeki  lain selepas ni.

    Bila dah berhenti kerja..lagi terasa susah.  Nasib baik mak bagi pinggan mangkuk, bantal dan serba sedikit kelengkapan rumah tangga masa nak  pindah ke Jay Bee.  Kami pindah naik van bapa saudara suami ajer.  Tak tahu berapa RM  yang suami akak bagi kat dia.

    Alahamdulliah walaupun gaji kecil suami akak beli juga kelengkapan tempat tidur, dapur dan peti sejuk kecik.

    Suami bagi banyak ni..(luperlah berapa)..akak terpaksa terima..pandai-pandailah budget...jarang nak merasa udang besar ker..kalau ayam pun beli sebelah ajer..tak lama 2 orang adik hb tumpang kat rumah akak...lagi bertambah perbelanjaan lagi 2 kepala.  Lagi akak pening nak budget duit.  Nak buat camna...hb akak kesian tgk adik beradik dia gaji kecik..mereka tolong bayar bil api dan air.

    Bila abah datang ke Jay Bee...dia buka peti ais kecik kami...dia menangis bila tenguk peti ais kosong. (Akak tak cerita pun kat suami akak..hal ni)..macamana tak kosong ...akak memang beli ikan hari-hari kat orang yang datang bawak lori...abah dah salah sangka....dia ingat akak susah sesangat (memang susah pun) bila balik ajer kat rumah abah ..dia bagi makan sedap-sedap.  Masa tu jugak tak ada washing machine..sental ajerlah kain baju hari-hari.

    Masa kat Jay Bee jugak akak mengandungkan Firdaus...masa nak bersalin..abah ajak akak bersalin di Kuala Lumpur.  Kesiankan akak duk jauh..tak ada orang nak jaga nanti..lagipun Russhdi kan cucu sulung..tentu atuk dia suka bila cucu dia tinggal sama-sama.  Akak dan Russhdi balik naik keretapi ke Kay Ell bila lagi 1 bulan nak bersalinkan Firdaus.

    Alhamdulliah..tak lama kemudian suami dapat kerja di Kuala Lumpur ...masa nak angkat barang dari Jay Bee ..akak tak pergi..suami akak ajer yang pergi...barang taklah banyak sangat..cuma pakai 1 lori kecik.  Sepupu akak yang duduk kat Sekudai tolong kami pindah..

    Oleh sebab adik hb masih duduk kat rumah tu..terpaksalah tinggalkan katil, almari solek, sofa dan serba sedikit barang untuk mereka.  Tapi mereka tinggal kat situ tak lama..sebab lepas tu mereka pindah pulak ke rumah yang akak dah beli di Taman Universiti, Skudai..sekarang rumah tu akak dah suruh suami jual kat adik dia...sebab adik dia dah kawin....mana boleh ashik duduk free ajer kan.  Akak tak merasa tau duduk kat situ..mereka yang merasa dulu.

    Masa kat KL,  akak tinggal di Taman Melati..kat tingkat 1.  Rumah akak ruang tamu menghadap bukit..tinggal kat sini pun rumah akak masih kosong..yang ada cuma katil (mestilah ada kan..kalau idak sakit pinggang), peti sejuk dan tv(bawak dari rumah di jb), kerusi makan, ...memang sedihkan masa tu.  Duduk pun atas lantai..tak ada sofa..masa tu dah 3 orang anak dah.  Suami akak bertungkus lumus kerja overtime..tu sebab dia kurus kering masa tu. Tak jugak akak berpeluang nak beli pinggan mangkuk berjenama.  Pakai apa yang ada ajer..

    Tak lama  pindah pulak ke Flat Gombak Setia..sebab dekat sikit dengan rumah mak..tak payah nak naik bas lagi..masa ni akak duduk jugak kat tingkat satu...akak mula beli hutang pinggan mangkuk..tapi tak mahal..sebulan cuma bayar RM15.00 ...tu pun yang tak berjenama.  

    Oleh sebab ada problem dgn tuan rumah..akak pindah lagi ke Flat Sri Langkawi ..blok 08..nasib baik rumah bawah sekali.
     mengajar kat dalam kabin..kesian kan
    Tak lama akak dapat kerja jadi guru tabika.   Dah ada duit di tangan baru akak berani nak beli pinggan arcopal...tu pun beli kat rantau panjang kat kelantan.  Dah pun habis dah kena pecah dek anak-anak..termasuk lah akak yang memecahkan.  Masa ni jugak akak  baru berani beli periuk arcopal dan vision..nak merasa..bayar ikut sistem kutu.
     bagi hadiah kat anak sendiri..hari  jadi kat mcd
    Bila abah dah beli tanah kat padang balang..dia ajak akak duduk sama..buat rumah 2 tingkat..macam town house..akak duduk atas..abah duduk bawah.....sebab dia bosan tinggal dengan mak..tak ada cucu dekat dengan dia..  

    Masa ni akak dah lega dah..gaji dah makin naik...akak beli jugak lagi pinggan mangkuk arcopal..dari member hb..masa tu time offer..beli sampai 2 set..tu pun tinggal 1 set ajer..banyak yang dah pecah.
    ..
    Yang terakhir sekali akak beli vantage..nak beli cash tak mampu...bayar ikut sistem kutu..nasib baik suami adik ipar kerja tudm..dapatlah beli kat pernama..merasalah akak pakai pinggan mangkuk berbunga-bunga...

    sekarang ni dah senang sikit...sebab gaji suami dah okeylah jugak..tapi tak boleh bersenang lenang sebab kat Kay Ell ni..bila dengar tang gaji macam hebat..tapi bila dah di tolak hutang..tinggallah se ciput. Anak-anak semua masih belajar lagi.


    Oleh sebab akak dah tak kerja lagi..akak beli semua ni pakai lebihan duit dapur yang suami akak bagi..pandai-pandailah nak budget .  Segan nak minta dengan dia...

    Suami dah kata dah..
    bila beli mesti pakai...kalau idak nanti dia bagi isteri kedua dia pakai bila akak mati nanti..
    sabar ajerlah..sekarang ni kalau datang rumah akak boleh merasa makan dengan pinggan mangkuk vantage ni..
    p/s nafsu nafsi tak habis lagi nak collect koleksi pinggan mangkuk lama...bila boleh berhenti ek?

    Selasa, April 27, 2010

    Adik dia bukan penjenayah

    Bila baca dalam surat khabar Harian Metro tadi..kesian ek budak umur 15 tahun kena tembak dek polis.  Tak tahu salah sape...cuma Allah s.w.t. yang mengetahui cerita sebenarnya. 


    Kata kakak sulung mangsa, dia tak tahu bila adik tahu bawa kereta.
    Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari rumah ibunya, malah tidak menolak kemungkinan adiknya memecut laju kereta untuk pulang ke rumah.

    1.  Macamana budak tingkatan 3 boleh pandai bawa kereta?
    Mungkin dia dah pernah bawa kereta sebelum ni.  Tu sebab dia berani bawa pada malam kejadian.  Mungkin kawan yang cabut lari tu yang ajak dia gi tenguk perlawanan bola kat luar dan polis mesti menahan sahabat dia ni untuk mengetahui cerita yang sebenar.

    Sepatutnya arwah duduk di rumah.  Mengulangkaji pelajaran sebab dia nak ambil peperiksaan PMR tahun ni.  Tapi dia berani keluar  rumah melalui pintu belakang kira-kira pukul 12.00 tengah malam tanpa di sedari sesiapa sebelum memandu kereta Proton Iswara milik adik dia.


    Macam anak akak jugak..suka keluar memalam..akak kat rumah risau bila mereka lambat balik. 

    2.  Kakak dia tak puas hati? 
    Memanglah kalau  akak pun tak puas hati..tau-tau adik hilang...pastu pagi masa nak hantar anak ke rumah mak dia...dia  nampak  seakan kereta  adik dia di tarik ..

    Tapi polis tak bagi dekat dengan tempat kejadian.  Lepas buat report kehilangan adik dia...mereka   gi ke hospital , tenguk-tenguk adik bongsu dia dah meninggal.  Adik dia bukannya penjenayah dan mungkin arwah panik bila di tahan polis dan tak tahu nak buat apa.

    Menurut kata polis pula remaja lelaki tu memandu sebuah kenderaan  dan cuba melarikan diri  pada pukul 2.00 pagi.  Pastu enggan memberhentikan kenderaan walaupun di arah oleh peronda polis, sebalikmya memecut laju dan melanggar beberapa lampu isyarat merah.

    Sejurus terbabas rakan suspek melarikan diri sebelum di kejar dua anggota polis peronda.  Tengah nak periksa keadaan suspek, tiba-tiba dia mengundur kenderaannya dan merempuh anggota berkenaan.  Terkejut dengan tindakan mangsa, anggota polis melepaskan tembakan ke arah suspek yang berada dalam kereta.
    Sumber Harian Metro
    Polis tak perasan ker muka budak tu .muka budak sekolah lagi.  Tembaklah kat tempat lain...Kalau pendatang asing tu bolehlah tembak...sebab mungkin masa tu dia orang nak merompak harta orang malaysia. 


    Entahlah..remaja sekarang ni memang terlampau berani membuat perkara bukan-bukan..nak bunuh dirilah..suka hisap rokoklah...hidu gam...budak sekarang memang bangga sangat bila melakukan perkara begini..nak tunjuk terror konon.

    Semuga anak-anak kita tidak terlibat dalam perkara begini. Al fatihah buat arwah.

    Jumaat, April 23, 2010

    Luper

    Entah kenapa sekarang akak selalu lupa...
    Mungkin dah tua ?   Fikiran rungsing?    
    Ehmmm entahlah..


    Kejadian pertama

    Macam biasa setiap pagi rutin akak hantar Imran ke sekolah di Gombak.  Selalunya akak cuma bawa dompet ajer.  Handphone pun tak bawak.  Dalam perjalanan balik tekak teringin nak makan kueh..sebab sekarang ni kami cuma makan roti jagung ajer bila sarapan pagi..suami akak tak nak makan berat...kecuali hari sabtu dan ahad.

    Dah pilih dah kueh-mueh ....adalah 3 jenis kot...tiba nak bayar..akak buka dompet..tenguk tak ada duit pun dalam dompet tu...aduhai harunya...terpaksa minta  maaf  dengan penjual tu...

    kempunan nak makan kueh...pastu baru teringat..kenapa tak ambil dulu..besok baru bayar..bukan akak tak kenal penjual kueh tu...rupanya akak terlupa nak masukkan duit dalam dompet...sebab akak memang tak gemar nak bawak duit banyak-banyak dalam dompet tu...sebelum tu akak dah gunakan duit beli sayur dan ikan.

    Tadi  lagi best...balik dari hantar imran sekolah akak letak dompet kat atas meja.  Lepas masak akak bergegas nak gi ke sekolah Ira nak ambil dia balik dari asrama..oleh sebab dah terlewat..kelam kabut bersiap pastu terus sambar beg tangan.  Tak check langsung.   Ingat nak singgah kat Pasar Borong Selayang nak  beli bawang dan ikan bilis. 

    Bila sampai kat kedai runcit tu cari dompet ...(sebab akak takut nak bawak  beg tangan  dah..sejak kejadian nak kena ragut kat Kota Bharu tahun lepas)  .. bila geledah dalam beg tangan ..tak jumpa pun dompet....Laaaaa..akak tak bawak dompet  rupernya..tertinggal kat atas meja..nasib baiklah minyak cukup...pastu tak kena tahan dek JPJ ataupun polis..sebab tak bawak semua dokumen macam i/c dan lesen.

    Sepanjang perjalanan dari Pasar Borong tu akak bawak kereta berhati-hati...takut terjadi kejadian tak di ingini..tapi nasib baik akak tak terlanggar motor yang orang india bawak..sesuka hati ajer dia masuk tak bagi signal..nasib baik masa tu akak bawak tak laju...kalau idak haru dibuatnya..Alhamdulliah lepas hantar kawan Ira balik kat Greenwood dan sampai kat rumah tak jadi apa-apa.

    Khamis, April 22, 2010

    Ya ibu..anak ibu ngak bisa pulang..

    Bila baca dalam paper supaya pendatang tanpa izin terutama dari indon di sebat, di denda dan di penjara ..akak setuju sesangat.  Mereka datang sini ..dah lah tanpa izin..pastu buat hal..(walaupun bukan semua)..pastu dapat  beli tanah, berniaga dan dapat beli kereta.  Suami akak pulak  kata..

    Mereka rajin bekerja...tak tenguk wayang..tak buang duit gi shopping..beli pun baju bundle, makan tempe dan garam..camner mereka tak kaya..janganlah jelous...

    ishhh akak yang terasa ...macam perli akak ajerlah..mereka terpaksa bermatian cari wang sebab nanti kalau balik sana bisa jadi orang kaya..taklah malu nanti..

    .tulah pasal kalau mereka dah desparate sangat tak ada wang mereka sanggup mencuri...kalau mencuri ajer tak mengapa ...ni sampai tikam ataupun bunuh orang...takut sungguhlah bila baca suratkhabar sekarang ni..tiap-tiap hari ada ajer kejadian rompakan dan kes bunuh berlaku se tiap hari...pastu mayat di buang merata-rata..dah macam tak ada harga dah nyawa kat sini..isshhh di jauhkan kita semua dari mala petaka ni semua.
    Akak teringat satu peristiwa masa akak tinggal di Jakarta dulu.  Bila cuti sekolah ajer anak dara akak berdua tu mesti nak datang kat situ.....mereka tak nak duduk kat umah kat sini...bosan..mak dan ayah tak ada..mereka rindu dengan kami terutama si imran.
    Oleh sebab mereka datang sekali sekali.....kami taklah ambil permit/visa seperti akak, imran dan suami..Imran memang kena ambil sebab dia masih  kecik lagi....Bila mereka datang mereka macam pelancung..cuma chop kat passport ajer.....

    Kisah ni terjadi pada masa cuti sekolah bulan Nov 2006...oleh sebab cuti sekolah lama..Yana dan Ira tinggal kat sini lebih dari sebulan kononnya nak habiskan cuti sekolah.
     Firdaus dan Russhdi  pun datang juga tapi tinggal 2 minggu ajer dan  mereka datang kemudian.   Sepatutnya Yana tak boleh tinggal lebih dari sebulan...dah tulis dah kat passpot...kalau nak tinggal lebih sebulan....kena keluar dulu dan masuk balik.tapi akak boleh tak perasanlah pulak....Ira tak ada hal sebab dia masih lagi ada kitas (lebih kurang cam paspot sementara) sebab dia pernah bersekolah kat Jakarta dulu. 

    Bila cuti sekolah berakhir ...akak dan imran  pun ikut sama....masa tu awal  Januari 2007..sebab nak uruskan persekolahan Ira dan Yana.

    Russhdi dan Firdaus masa tu  dah masuk kolej.  Suami akak hantar sampai  kat airport ajer.  Bila dah check in..kami semua pergi ke pegawai imigresen..nak chop passport. Ira lepas...tiba giliran Yana dia kena tahan sebab tinggal lebih masa. Panik akak dibuatnya.
    Kami di bawa masuk ke dalam kantor imigrasi...bersoal jawablah akak  dengan pegawai atasan tu...hati dah debak debuk....takut sebab tau mereka memang suka kalau bab-bab macam ni..terutama terkena kat orang Malaysia..kebetulan masa tu tengah hangat dengan isu Pulau Ambalat....mereka ingat orang Malaysia ni kaya raya...jutawannn...lepas dia check pasport dia tanya....

    Ibu ada berapa?
    Cuma ada RP300,000..
    Mana bisa ibu ada uang sebanyak itu..kurang lebih ibu ada Rp 1 Juta. 
    Iya saya cuma ada banyak itu..

    Dia suruh akak keluarkan dompet...dia nak tenguk...betul ker idak?
    nasib baiklah akak dah bagi duit RM  dan US Dollar kat Firdaus dan Russhdi suruh simpan..

    Gimana ibu...sekarang anak ibu ngak bisa pulang ke Malaysia....jika ngak di bayarin.

     Dia ashik ulang-ulang....ibu ada berapa...(rupernya kalau kita bayar..masa tu dia boleh lepaskan akak...kira cam rasuahlah..tapi akak tak tahu...lepas baru balik ke rumah baru suami akak beritahu)

    Lelama akak dah bosan..bincang dengan Russhdi dan Firdaus...camner ek...mereka suruh call hb akak..

    Ngak apa..nanti saya tel suami saya?

    Bila call hb..dia tak ada  pulak kat office..no hp tak ingatlah pulak....sebab no kat sana panjang bebenar.....akak call rumah dan suruh bibik akak cuber call hb di pejabat...

    Tersadailah akak kat airport.....masa tu  pulak kapal terbang dah nak berlepas..akak suruh Russhdi dan Firdaus balik dulu...sebab bega dah masuk dalam kapal terbang...nasib baik tak ada masalah dengan imigresen lagi......kelam kabut  mereka berlari ke balai berlepas  sebab masa cuma tinggal  15 minit..terpaksa berlari cam Amazing Race lah  pulak.

    Tak lama suami call dan suruh kami balik kerumah semula....driver ambil kami suami tak boleh ikut sebab dia ada meeting.   Bila balik dari kerja..suami akak kata kenapa tak bagi duit kat pegawai tu...kalau bagi semua duit kat dia nanti dia lepaskan....

    Laa..ina dah gelabah dah masa tu..kecut perut masuk ke kantor imagrasi..
    kalau tinggal lama kena ambil permit camnilah
    Oleh sebab Yana tak boleh keluar dari Jakarta selagi tak bayar penalti..terpaksalah suami akak berbincang dengan boss dia..dan nasib baik akak sempat tukar tarikh penerbangan sebelum balik ke rumah.  Ambil masa 4-5 hari jugak nak settle perkara ni.  Akak kat rumah dah risau sebab tarikh persekolahan dah hampir tiba.

    Tiga hari selepas tu suami akak call..Yana kena pergi ke kantor imagrasi di Jakarta Selatan...akak pun ikut sekali.  Orang pejabat suami akak gunakan orang tengah untuk selesaikan  perkara ini.  Kami bertiga naik  van unser gi ke kantor di situ. Pejabat imagrasi kat sana..teruk....lebih kurang cam tahun 70..an dan mereka masih lagi menggunakan mesin taip lama..yang kena tekan kuat-kuat tu...aduhai..tak tahulah skrg ni...mungkin dah moden kot...

    Yana tak payah buat apa-apa..cuma chop jari ajer..lepas settle kami pulang semula kerumah.
    yang ni di panggil itas..macam pasport yang tunjukkan
    kita masuk secara betul..tak ada jalan belakang..kena bayar tapi akak tak tahulah berapa company bayar.

    Dalam perjalanan balik akak tanya orang tengah (calo)  tu..

    Pak..... berapa penaltinya...
    Rp4 juta bu..
    Wah banyaknya...(walaupun office hb yang bayar)
    Itu kira masih murah bu..sebab saya kenal dengan orang atasan.
    Oooooo..malas nak cakap banyak-banyak sebab gelabah lagi.

    Pagi esoknya suami akak call suruh siap-siap nak ke airport...Nasib baik kami tak keluarkan barang-barang dari beg.  Petang suami hantar ke airport..kat sana ada lagi calo (orang tengah) tunggu...akak panggil bapak H.....suami akak cuma boleh gi sampai ke imigresen ajer..bapak H (akak panggil camtu) masuk ke kantor  jumpa pegawai atasan kat situ...mereka chop paspot kami semua.
    Kami tak payah beratur dan masuk ikut laluan khas..Bapak H masih ada lagi.dia hantar kami sampai ke balai berlepas..dan tunggu kami di situ..akak punya risau sampai takut nak berborak dengan Bapak H.  Bila saat nak berangkat...akak hulur Rp150,000 sebab rasa terhutang budi kepada beliau sebab kami di layan camtu...sebenarnya akak takut kena tahan lagi lah..
     bila dah chop macamni..kenalah tinggalkan Jakarta dengan segera..dia bagi masa 7 hari ajer
    Akhirnya kami semua selamat sampai ke Kuala Lumpur..memang pengalaman menggelikan hati pun ada...menakutkan pun ada...lagi tu semua  memang  kesalahan kami.

    Kalau orang Indon tinggal kat sini lebih masa jarang yang kena tangkap..boleh berniaga pastu boleh keluar masuk ikut suka hati..tak payah passport sebab gunakan jalan haram.  Tapi ada juga orang Malaysia yang suka ambil orang Indon bekerja tanpa permit. Tak takut ker???mungkin sebab mereka boleh bayar murah kot..

    Selasa, April 13, 2010

    Ishhhh mencarut ker?

     azman teknik mencarut secara berhemah
    cuber check kat shoutbox akak..ada ker dia kata macam ni...cessssss...

     mungkin fikiran dia fikir lain kot bila tenguk gambar ni..
    padahal akak tak lah maksudkan apa-apa pun
    terpulanglah pada orang yang melihatnya...sama ada fikiran dia kuning ataupun idak..kalau fikir negatif..jadi lah maksud lain..kalau fikir positif mungkin lain yang di fikirkan.

    sorry aaaa...blog akak bukan blog lucah okkkkk,grrrrrrr gerammmmmm niiiiiiiii

    oh yer...saper kata mencarut sila bagi komen kkkkk

    Rabu, Mac 24, 2010

    Edisi Terjah Menerjah (Khas Buat GTO)

    Bacalah yer pantun merapu meraban akak ni...tak ikut pantun yang betul yer...jangan marah...i' m sorry.

    Sessi terjah datang lagi
    sape lagi yang bukan si dia ni
    kalau baca memang geli hati
    sebab N3 eyriqazz mencuit hati

    Masakan akak di puji-puji
    katanya nampak  lazat sekali
    aduhai eyriqazz jangan macam ni
    kalau dah rasa nanti di keji

    Akak di panggil chef terkenal sentul
    ataupun pakar masakan blogger
    semua resepi akak tu akak kumpul
    dari koleksi mereka yang terror

    Syukur alhamdulliah pengunjung akak ramai
    di sebabkan oleh sokongan dari semua
    eyriqazz pun apa kurangnya juga
    Pengunjung dia dari merata benua

    Akak di gelar juga duta Nuffnang
    Selepas menang hp blackberry
    Kenangan manis selalu  di kenang
    Mungkin lepas ni  eyriqazz dapat blackberry

    Dulu pernah akak merajuk
    Sebab nuffnang kedekut nak bagi buffered
    Tapi selepas akak di pujuk-pujuk
    barulah sekarang ni akak dapat lagi buffered

    Tagline akak eyriqazz suka
    Katanya memang kebabom
    N3 ke 2  terjah ni  pun akak  suka
    lagi banyak eyriqazz  lempar bom

    Selepas di puji akak di kutuk
    Tapi tak apa akak taklah  merajuk
    Akak senang hati bila di kutuk
    Sebab salah silap akak eyriqazz  tunjuk
    Dulu  eyriqazz kata muka akak garang
    Sebab tu dia takut nak jumpa akak
    eyriqazz akak suka temberang
    Akak ni peramah dan suka memekak

    Anak akak  masih kecil lagi
    Masak nasi masih mentah lagi
    Aus....yang mana satu pilihan hati
    Takut  pula nanti Aus  mengiggit jari
    Lagi sekali  jom kita gi terjah
    Blog  eyriqazz yang hogah
    Sebab dia memang megah
    Sebab selalu dapat hadiah

    Lagi hebat dia sekarang ni
    Baru menang Astro Byond baru ni
    Katanya dia senang hati
    sebab ada rezeki lain yang menanti
    Eyriqazz seorang bapa penyayang
    Anak  dia comel ...baru ajer seorang
    Isteri cantik sampai eyriqazz gila bayang
    Tak nak  ker tambah anak lagi seorang
    Chewah akak berpantun pula
    Jangan marah baca N3 kali ini
    Kalau ada yang tak suka baca
    Sila datang di lain kali

    Mari reramai kita terjah si eyriqazz

    Selasa, Mac 23, 2010

    Dah tak ada rezeki

     Sepatutnya akak kena interview dek Dj wanmus guna skype pada hari Rabu/ 10hb. Mac 2010 pukul 2.00 petang untuk siaran di .blog.fuhyoofm
    Tapi memang  dah ditakdirkan Rabu tu ....line internet dah kojol..yang buat haru kan..akak tak ambil no hp wan mus di email...


    fening di buatnya...ingat nak gi cc nak buka email...dan nak ambil no wanmus....tapi nak masak dulu.... baru boleh pergi..sebab anak-anak nak makan kan..dan nasib baiklah tak lama kemudian wanmus call akak..masing-masing rasa frust sebab interview terpaksa di batalkan...apa nak buat..taik kambing bulat-bulat.


    Akak dah berbalas email dengan wan mus  dari hari isnin hingga selasa...nak prepare apa soalan yang nak di tanya pada hari tersebut..


    Kalau interview kerja tu adalah...berdebar jugak rasa di hati..al maklumlah seumur hidup tak pernah di interview di radio..walaupun  cuma radio fuhyoo fm...akak bukannya orang fofoluar pun..tapi wan mus masih sudi nak inteveiw akak selepas segmen terjah blog di radio yang sama.

    Tak apalah kan..mungkin selepas ni ada rezeki yang lain pulak..terima kasih wanmus dan blog.fuhyoofm kerna sudi nak interview akak..sedih jugak kan..tak tertunailah hasrat dihati akak.

    Khamis, Mac 18, 2010

    Nak minta refundlah kat tm

    Alamdulliah dah ok dah line internet...baru ajer line okey....terus akak update...buat pengetahuan semua N3 semalam dan pagi tadi akak buat automatic schedule masa kat cyber cafe hari selasa lepas..kena maintanlah kan...takut nanti tak dapat habuan dari nuffnang...sape yang rugi..akak jugak kan..

    Sebagai se orang pengguna akak rasa akak berhak nak mintak potongan dengan streamix sebab akak dah rugi banyak dah ni..lagi pun akak tak pernah tak bayar bil...

    Dekat seminggu akak tak leh buat apa-apa..rugi pun rugi jugak sebab masa gi ke cc tu..akak bawak sekali Imran dan Athirah...pastu kena bayar 3 jam setiap orang RM15.00..

    Takkan lah tak leh tolak ansur kan..nanti akak nak suruh anak akak call tm/streamix sebab nak minta potongan..tak tahu boleh ke idak..janji akak dah mencuba...tak salah kan..tak pun akak nak gi ke aduan rakyat...nak komplain kat abang Karam Singh Walia..

    Insyallah nanti akak jalan-jalan ke blog yang rajin singgah kat sini....mungkin ambil masa yer...terima kasih kepada yang sudi datang ke blog akak masa line tak ada...tanpa kamu semua siapalah akak kan..
     Layan yer gambar ni...anak buah yang kawin hari ahad lepas...nikah hari sabtu di masjid...esok baru akak upload gambar..

    Jumaat, Mac 05, 2010

    Tak ikut undang-undang.

     
    Geram kan dengan orang naik motor ni...tapi bukan semua ek..

    Kawasan rumah akak macam kampunglah jugak...masih banyak lagi rumah lama..saper yang pernah masuk ke sini..mesti tau kan jalan kat sini kecik...pastu berselirat...kalau  bawak kereta yang baru dapat  lesen P tu selalu gentar sikit nak masuk sini...hendak-hendak bila berselisih 2 kereta.

    Kat sini jugak banyak pendatang asing..tak tahulah ada permit ke idak..pastu satu rumah duduk sampai 3 keluarga...baru datang boleh beli motor..akak pun hairanlah mana mereka cekau duit boleh beli motor ni....
    terima kasih pakcik google
    Bila nak keluar atau ambil/hantar anak sekolah selalulah terselisih dengan budak kecik sekolah rendah bawak motor..kemain eksyen ..berlagak konon dah besar..siap bawak kawan...pastu bawak pulak adik dia lagi...akak  yang tenguk ni pun kecut perut.....dahlah  tak pakai helmet...pastu merempit ...siap gelak-gelak lagi...
    Ada jugak anak dara perempuan termasuk juga budak sekolah menengah ...kita yang bawak kereta kena mengalah dengan mereka ni...kang bila langgar orang kampung kat sini marah kan kita balik...
    tak kan tak nampak budak tu tengah bawak motor....
    kalau bawak elok..tak apa jugak...ni ke tepi...ke tengah....
    orang kampung kat sini leceh sikit...semua nak menangkan anak/cucu/kerabat mereka.

    Kenapa ibubapa mereka tak marahkan anak-anak mereka yang tak ada lesen dan pakai helmet ni?
    ...mungkin mereka bangga sebab kecik-kecik anak mereka dah boleh bawak motor...kalau akak mau bagi ajer penampar..alhamdulliah dulu Firdaus dan Russhdi jangan haraplah nak bawak motor ayah mereka selagi tak dapat lesen...
    Geram sungguh dengan ibubapa mereka yang membiarkan anak kecil ni boleh vrommmm sana ...vrommmm sini..tak sayang anak ker? kalau anak dah kena langgar  pastu patah riuk baru nak menyesal.

    Akak setuju ajer bila ada undang-undang nak saman ibubapa yang membiarkan anak mereka tunggang motor tak ikut undang-undang...kena bayar saman atau denda tinggi-tinggi..biar mereka serik.  Ataupun masukkan ajer budak kecik dalam penjara untuk 1 malam..tentu mengigil kepala lutut bila kena camtu..

    Apa pendapat anda??  Setuju tak?

    Selasa, Mac 02, 2010

    Kisah Cinta

    Cinta......diperlukan oleh semua insan di dunia ni..tanpa cinta kosonglah hidup ini...tak bersinarlah kehidupan kita.

    Cinta  ada banyak jenis...
    Petama.... tentulah cinta kepada allah swt dan kepada Rasul.. tu kan wajib sebagai seorang islam..

    Kedua...Cinta kepada kedua ibubapa dan adik beradik...pun wajib...
    jangan sebab terlampau cinta dari seorang abang kepada adik perempuan  sanggup pula mengerjakannya...
     sebagai bapa jangan pulak merosakkan anak perempuan oleh sebab cinta...

    Cinta kepada negara...wajib

    Cinta kepada pelajaran...wajib

    Cinta kepada wang ringgit....ni yang payah ni...kalau ada cinta tapi tak ada duit pun tak guna jugak di zaman  yang serba serbi memerlukan duit terutama di bandaraya...nak buang air kecil pun kena duit...kalau tak ada duit skrg ni cinta boleh melayang tau.

    Cinta kepada kekasih...janganlah diserahkan body sebelum di akad nikah..nanti menyesal di kemudian hari...(peringatan..untuk anak-anak akak jugak ni...)
    Berapa kali pula akak jatuh cinta?
    Meh baca story akak ...

    Rasanya cinta  pertama aka cinta monyet akak  dengan cikgu yang sedang praktikal di kelas akak..masa tu akak darjah 5.  akak luper pulak nama cikgu tu...tapi memang handsome tau.

    Ingat lagi...akak selalu bagi hadiah..apa hadiahnya?.kat mana akak korek duit?
    Masa sekolah rendah mana ada duit banyak..jadi...
    akak ambil buku yang abah bawak balik dari rumah mat salleh yang balik ke england semula selepas mereka habis berkhidmat di malaysia...abah akak kerja kat Kedutaan British..jadi memang banyaklah abah bawak balik buku omputih ni..buku tulah akak bagi...dia baca atau pun simpan akak tak tahulah.

    Bila cikgu tu habis praktikal...habislah cinta monyet akak..sebab cikgu tu bukan jatuh cinta dengan akak pun...dia tau cinta budak sekolah rendah sekadar angan-angan ajer..
      Lepas tu di sekolah menengah..tingkatan 4...akak suker tenguk muka dia ni..tak tahu kenapa? Mamat ni taklah handsome sangat pun...tapi ada sesuatu yang menarik minat akak pada dia..Akak cuba menarik perhatian dia...
    Tapi sampai ke sudah dia tak bagi respon kat akak...bertepuk sebelah tangan..tapi lain yang akak suker..lain pulak yang suker kat akak...
     bukan mamat yang ni...yang lain..masa ni gi lawatan ke rtm..tingkatan 5..
    Mamat ni kelas yang berlainan...akak ni kan peramah...layan ajerlah dia cam member sekolah yang lain..rupernya dia ada perasaan kat akak...tapi nak buat camner...akak tak minat kat dia...walaupun dia putih dan handsome..lepas habis tingkatan 5 ....bye bye semuanya...akak tak contact pun dengan mereka semua.

    Masa tingkatan 5  juga akak ada pakwe ... beliau ni sebenarnya saudara  dan kami berjiran masa tinggal di Setapak.....memang kenal dengan mak ,ayah, atuk dan nenek dia...al maklumkan saudara bau-bau bacang..
     tapi oleh sebab krisis orang tua..kami terpaksa berpisah..apa nak buat..kami redha walaupun berkawan 7 tahun...menangis????...mestilahkan..tapi taklah sampai terbakar semangat nak bercinta lagi..hidup mesti di teruskan.
    Mula-mula akak kerja kilang di Minolta di Sungai Way..sajer nak cari duit..jauh jugak nak gi kerja...kena keluar pepagi...masa nilah akak berkenalan dengan suami akak..dia praktikal kat situ...tapi masa tu no heart feelinglah.. 
    Lepas tu  akak kerja  pulak di kilang Motorola di Sungai Way jugak.....  lagi  tak ada masa nak cinta cintun...kerja shift siang /malam..orang tidur akak berjaga demi nak dapatkan duit...mana nak jumpa orang...lelaki kat kilang tu pun tak ramai...supevisor pulak banyak yang dah tua.  Pergi kerja naik bas kilang..jadi tak canlah nak mengurat lelaki-lelaki di luar sana.
    Lepas keputusan keluar akak kerja pulak di syarikat percetakkan...tak jugak jatuh cinta...sebab kebanyakkannya pekerja lelaki orang india... lepas kerja gi belajar menaip di Chow Kit...guna typewriter yang besar gedabak dan kena tekan kuat-kuat...sakit jari....alhamdulliah akak berjaya mendapat sijil.

    Sebab dah ada sijil menaip akak mohon kerja di tempat lain..takkanlah nak duduk kat syarikat percetakan tu..bising dengan bunyi mesin..pastu ashik dengar lagu tamil sebab cuma kami 2 orang ajer melayu kat tempat tu...yang tak sanggup tu kena duduk atas bangku keras sambil binding buku...sakit pinggang dan b..n..t..t..

    Alhamdulliah dapat kerja kat Kampung Bharu...jadi kerani...masa ni jumpa balik dengan hb akak..kawan ajer...tak ada lagi  nak bercintan cintun. 
    Tak lama kerja kat situ.....dapat lagi kerja di syarikat insuran... entah camner boleh rapat dengan suami akak...mungkin sebab masing-masing dah single...masing-masing tengah kekosongan...tak lama bertunang dan 6 bulan kemudian terus kawin..senang cerita..tak yah lelama..
    masa tengah prepare nak kawin dapat pulak offer kerja kat Kementerian Kesihatan...lepas kawin terus kerja kat situ.
    Barulah kami bercinta sakan  selepas berkawin..biar pun hb di Jay Bee dan akak di Kay Ell...semuga cinta kami kekal abadi sampai ke hujung nyawa.

    Buat adik-adik dan anak-anak yang tengah bercinta/putus cinta....
    putus cinta bukan bermakna hilang segala sinar dalam kehidupan..jangan sampai putus semangat...sebab insyallah akhirnya kita akan jumpa cinta yang sejati.

    kalau nak tahu lebih lanjut lagi selaklah N3 

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...