OOO

Jumaat, April 02, 2010

Ikan Cencaru Aka Ikan Jacket

Oleh sebab akak terjatuh cinta dengan sambal ayam penyet..akak gunakan sambal ni jugak buat macam sambal masuk ke belakang ikan.  Tapi kalaulah goreng cara camni memanglah minyak gorengan tu cepat kotor..kena buang lepas tu..Cuberlah yer.
 Bahan Utama 
  • 6 ekor ikan cencaru di belah belakang.  
  • Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  • Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Masukkan sambal ke dalam ikan dan goreng sehingga ikan masak.
  • Enak di makan panas-panazzzz...
Untuk Sambal (akak gandakan 2 kali)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keiting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan
Cara menyediakan sambal
 1.  Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2.  Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan,  Toskan semua bahaan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam.
3.  Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis.
 Dah lama buat..lupalah dah tepek gambar ker idak...

4 ulasan:

  1. kenapa dipanggil ikan jacket?

    BalasPadam
  2. walllaaa! sedap!

    lauk daging pun sedap!

    BalasPadam
  3. tau tahulah baby..anak akak yang panggil..mungkin sebab kulit dia tebal kot..nak masak kena tanggalkan dulu kulit keras dia tu.

    salam eyriqazz..ashik kata sodap ajer ..

    salam maksu..sekali-sekali makan camni memang sodap.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers