OOO

Jumaat, April 16, 2010

Syiokkkk jugak ek Aliff Firdaus ni

Dulu akak tak minat tenguk ceta ni..tapi bila tenguk tadi..alamak bestlah pulak..

Bila tenguk Mak Mira menci dengan menantu dia tu..akak menyampasslah pulak..eksyen ek mak mira ni..akak tak tahu lah kenapa mak mira jadi camtu..nak kena gi on9 kat tv3lah nampaknya..

Walaupun agak terlambat... tak apalah kan..boleh tenguk kat internet..bila tenguk tarikh episod pertama..fu yuhh...dah lama ek..disiarkan  mula-mula pada  11 Disember 2009 setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

Walau pun akak tak  berapa suka sebab  Beego (Aliff) ni..macam cengeng ajer...tapi kesian jugak nasib dia yang tak di pedulikan oleh ibu sendiri....kalau bolehlah janganlah hati akak jadi macam hati mak mira tu nanti bila akak dapat menantu nanti...di jauhkanlah olehnya..

Nasir Bilal Khan (Haji Madi) ni pulak lakonan dia memang mantap..dulu masa muda pun akak suka dengan lakonan dia...terutama dalam cerita dalam filem Perempuan...Dot..dot...dot....dengan Sofia Jane..

Baru akak tau dia ni pernah jadi suami kepada Azizah Mahzan...tu pun tahu bila kes makcik tu ada kes dengan pelakon lelaki dalam cerita Spa Qistina.

Fadhilah Mansor (Hajah Mina)....bagus dia ni..walaupun apa watak yang dibawa..memang menjadi... Irma Hasmie (Dira)...aweks Nabil ni bila bertudung..cunlah pulak....Jasmin Hamid...akak suker bila dia pakai sopan tak macam dia pakai masa cerita Spa Qistina..nampak segala-gala lurah dendam....Maria Farida...dari dulu suka pakai buat mata  seksa...

Kalaulah  cerita/filem arahan Rashid Sibir mesti best punyer...kalau arahan dia mesti cerita sedih....macam cerita kat astro macam Pondok Buruk , Pondok Buruk 2, Takbir Suci  dan Takbir Suci 2 dan  Bertaut di Jabal Rahmah. Pelakon yang berlakon pun best-best seperti Fauziah Nawi ..pelakon yang hebat.

Siri yang fofolur dulu  kat Astro Ria...drama berseri Dalam Hati Ada Cinta..... sebab akak suka dengan pelakon Ako dan Ummi Aida..bila cerita tu di ulang tayang pun akak tenguk lagi sampai suami akak kata..

Ala Ina..cerita tu sesuai untuk orang mudalah..tak sesuai untuk Ina...
sabar ajerlah..

Akak memang suka bila cerita tentang cinta..drama yang boleh mengalirkan air mata...kiranya drama sedihlah..nak buat camner..dah jiwa sentimental punya orang..

Tercongaklah akak nak tenguk sampai ke episod ke 17 nanti...tapi tak kesah sebab dah ptg iklan cerita ni selalunya sekejap ajer boleh habis.

7 ulasan:

  1. tibe2 nak sebok.
    die x suke menantu die sbb dira tu penah keje kelab malam :)

    BalasPadam
  2. salam ina..oo ina peminat cerita ni ya..eh camana program dengan nuffnang tu?best tak?

    BalasPadam
  3. sy pon lyn gk citer ni,hampir sebest NurKasih...:)

    BalasPadam
  4. kualiti drama tv3 dah meningkat!

    BalasPadam
  5. kak
    bukan mak mira lah
    tp
    mina
    hehe

    BalasPadam
  6. ahahaha.. saya pun x suka tengok beego ni, kak!

    p/s: akak dapat domain sendiri means yang berbayar ke, cerita sikit..

    BalasPadam
  7. Ina...anie tengok citer ni...tapi geram betul dengan mak dia tu...keras kepala...anak tu dah kawin sudahlah...

    Kering betul hati dia...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers