OOO

Memaparkan catatan dengan label Pelakon AdaMaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelakon AdaMaya. Papar semua catatan

Khamis, Mei 13, 2010

Episod Akhir Adamaya-Maya Insaf Akhirnya

Akhirnya..tamatlah  kisah Adamaya pada hari ini..bagus lah kan....tak  meleret-leret cam cerita korea, indonesia dan na o mei..
Episod sampai ke 23 ajer...sekejap kan....jomlah tenguk episod cerita ni..
jangan marah ek..gambar tak cantik...guna kamera murah ajer..
Nasihat mak memang patut di dengar..dah jodoh..kalau boleh teruslah berkekalan..tak yah cerai.. dapat suami yang handsome, kaya dan bertanggungjawab pun tak puas hati lagi..chewah..macam mak Mayalah pulak kan..Masa ni Maya dah mula tersedar dari kesilapannya.
 Dani yang tak sedar diri..mula menunjukkan keganasan kepada Maya..yang best tu...Maya melawan balik sebab Dani tolak Amani sebab Amani gigit kaki dia...padan muka..macam nilah ibu kandung yang sebenarnya..tak mau anak di sakiti dam mahu melindungi anaknya.
 Dani kena tenyeh dek Maya..tenguk muka seposen si Dani ni..menyampasss...
Suspen..bila Lisa datang ke rumah Maya bawak fail berisi dokumen.....ingatkan surat perceraian..rupernya surat membahagikan komisyen hasil karya solo Adam di pameran lukisan yang di uruskan oleh Lisa...fuhhhh leganya..baikkan Adam..ashik ingat masa depan Maya ajer..kalaulah betul ada orang lelaki camni..memang best kan.
 
Dani terus mencuba lagi mengayat ....bila Maya tak nak...dia siap ugutlah pulak..siap kata..tak nak lepaskan Maya...nak cari sampai lubang cacing...boleh masuk ke lubang cacing Dani oiiii masuk lubang kubur boleh lah..
Macamlah dah tak ada perempuan  lain secantik Maya...
Oh yer..cinta pertama kan..mana boleh luper..
Nasib baik Maya dah sedar perangai Dani yang tidak bertanggungjawab kepada  anak-anaknya...lelaki cam ni tak leh di buat suami...baran tak tentu pasal..mulalah tunjuk ganazzz kepada orang perempuan...tak sukerlah
Adam yang menyayangi Amani dan Maya....bagi hadiah..dalam kotak hadiah tu ada surat menyatakan yang Adam bagi Maya duit sebanyak RM300,000.00 kepada Maya....waoooooo..kalau bercerai Maya boleh janda kaya.Suker dengan siAmani yang cute..baguslah pelakon cilik ni.
Airmata keinsafan seorang isteri..nasib baiklah Maya cepat sedar.
.kalau idak tak senang hidup di dunia ini..
Masih  dan masih lagi nak mengayat Maya..nasib baik Maya  dah tak terpedaya dengan janji-janji manis Dani..Maya minta dilepaskan
secara baik dan akhirnya Dani di tinggalkan dan berbalik semula kepada Adam dan menyatakan Maya dah jatuh cinta dengan Adam.  Kecewa sungguh si Dani.
Maya cuba memohon maaf kepada Adam...tapi sedihnya Maya sebab Adam pulak jual mahal..biasalah... lelaki kan ego dia tinggi..yang best tu nama novel tu Kembara Mencari Cinta dan di tulis pulak hasil nukilan Adamaya...
 Sekejap ajer merajuk...rupernya Adam dah lama memaafkan Maya....lepas tu happy ending...tahun depan boleh dapat anak lagi..
 Dani yang meratapi kehilangan kekasih awal dan terakhir..
sebab dia gila masuk ke Tanjung Rambutan...(ni akak buat andaian sendiri...sebab dia tenguk semua awekss macam muka Maya..keciannya Dani..cinta tak kesampaian)
TAMMAT

Khamis, April 29, 2010

Kesian Adam..Menci Tenguk Maya (Adamaya punya cer)

 
Kesiannya bila  tengok  air muka adam  yang muram bila  dia ternampak si Maya berpegang tangan si Dani yang gila bayang.  Mesti hancur perasaan dia... bila tenguk isteri dia berkelakuan begitu.  Dah kira berdosa kan camtu.

Ishhh..janganlah perkara seperti ini berlaku di dalam keluarga kita kan.  Kesian tenguk muka anak dia si Amani tu...kecik lagi budak tu dah mak buat pasal. 
lelaki tak sedar diri..anak dan isteri di ceraikan sebab nak menggatal dengan isteri orang..(ishh macam kisah betul diakan..dia pun bercerai..tapi dia kawin dengan anak dara)
Walau pun hanya cerita..tapi cerita tu  seakan-akan benar-benar terjadi kerana pelakon-pelakon dia pandai menghayati watak yang di beri kepada mereka.

Memang betullah.....cinta pertama memang susah nak lupa. Tapi entahlah...jika akak lah dapat suami cam Adam tu..baik dan bertanggungjawab walaupun tak romantik...mesti dah lama terjatuh cinta.    

Maya...maya....Sampai  kamu sanggup menipu suami pasal nak jumpa kekasih hati.  Hai Maya..tak ingat dosa ker?  Pasal kawin paksa ...dia sanggup kata dia lebih sayangkan Dani yang tak handsome  dari sayangkan si Adam.

Nanti kalaulah anak akak nak kawin akak tak naklah paksa mereka..biarlah mereka pilih sendiri...tapi dengan syarat biarlah pilihan hati mereka tu memenuhi 4 ciri-ciri penting yang telah di gariskan dalam agama islam.  

Takut nanti bila akak paksa mereka kawin dengan pilihan akak...bila terjadi macam tu..saper yang akan di salahkan nanti..akak jugak kan..

p/s rasa-rasanya ada tak berlaku perkara cam ni dalam masyarakat kita sekarang ek?

Jumaat, April 16, 2010

Syiokkkk jugak ek Aliff Firdaus ni

Dulu akak tak minat tenguk ceta ni..tapi bila tenguk tadi..alamak bestlah pulak..

Bila tenguk Mak Mira menci dengan menantu dia tu..akak menyampasslah pulak..eksyen ek mak mira ni..akak tak tahu lah kenapa mak mira jadi camtu..nak kena gi on9 kat tv3lah nampaknya..

Walaupun agak terlambat... tak apalah kan..boleh tenguk kat internet..bila tenguk tarikh episod pertama..fu yuhh...dah lama ek..disiarkan  mula-mula pada  11 Disember 2009 setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

Walau pun akak tak  berapa suka sebab  Beego (Aliff) ni..macam cengeng ajer...tapi kesian jugak nasib dia yang tak di pedulikan oleh ibu sendiri....kalau bolehlah janganlah hati akak jadi macam hati mak mira tu nanti bila akak dapat menantu nanti...di jauhkanlah olehnya..

Nasir Bilal Khan (Haji Madi) ni pulak lakonan dia memang mantap..dulu masa muda pun akak suka dengan lakonan dia...terutama dalam cerita dalam filem Perempuan...Dot..dot...dot....dengan Sofia Jane..

Baru akak tau dia ni pernah jadi suami kepada Azizah Mahzan...tu pun tahu bila kes makcik tu ada kes dengan pelakon lelaki dalam cerita Spa Qistina.

Fadhilah Mansor (Hajah Mina)....bagus dia ni..walaupun apa watak yang dibawa..memang menjadi... Irma Hasmie (Dira)...aweks Nabil ni bila bertudung..cunlah pulak....Jasmin Hamid...akak suker bila dia pakai sopan tak macam dia pakai masa cerita Spa Qistina..nampak segala-gala lurah dendam....Maria Farida...dari dulu suka pakai buat mata  seksa...

Kalaulah  cerita/filem arahan Rashid Sibir mesti best punyer...kalau arahan dia mesti cerita sedih....macam cerita kat astro macam Pondok Buruk , Pondok Buruk 2, Takbir Suci  dan Takbir Suci 2 dan  Bertaut di Jabal Rahmah. Pelakon yang berlakon pun best-best seperti Fauziah Nawi ..pelakon yang hebat.

Siri yang fofolur dulu  kat Astro Ria...drama berseri Dalam Hati Ada Cinta..... sebab akak suka dengan pelakon Ako dan Ummi Aida..bila cerita tu di ulang tayang pun akak tenguk lagi sampai suami akak kata..

Ala Ina..cerita tu sesuai untuk orang mudalah..tak sesuai untuk Ina...
sabar ajerlah..

Akak memang suka bila cerita tentang cinta..drama yang boleh mengalirkan air mata...kiranya drama sedihlah..nak buat camner..dah jiwa sentimental punya orang..

Tercongaklah akak nak tenguk sampai ke episod ke 17 nanti...tapi tak kesah sebab dah ptg iklan cerita ni selalunya sekejap ajer boleh habis.

Selasa, April 13, 2010

Ada aper dengan Adamaya (Episod 4)


Sana sinun sibuk orang bercerita tentang slot akasia Adamaya di TV3. Memang bestkan.... best lagi dari sinetron indon...sebab pelakun semua best-best.

Akak memang suka dengan Lisa Surihani(Maya)...anak akak pun peminat setia dia ni. Cerita ni di adaptasi dari filem keluaran MIG ...la cerita "I'm Not Single" yang di lakonkan oleh Farid Kamil dan Lisa Surihani tu...Lisa di kekalkan menjadi heroin dalam cerita ni.

Akak miss satu episod sebab gi ke Project Alpha kat Mutiara Damansara...lepas tu dah tak boleh miss lagi..episod ni semalam punyer...episod ke 4.

Terhibur pulak tenguk drama komedi romantik ni...tenguklah pelakon-pelakon dia...heroin si Lisa Surihani(Maya) dan si hero pulak Syed Hussein Ruffedge(Adam). Mula di tayangkan pada 6 April lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.

Drama best ni ada 23 episod (nasib baik tak panjang..)dibintangi juga oleh para pelakon handalan lain seperti Faizal Yusop, Diana Amir, Dian P Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana dan ramai lagi. .
.

Sinopsis cerita (kredit kepada Berita Harian)

Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya, 21 tahun ialah pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.


Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?


Nak tahu tak? Bagai nak rak akak tenguk cerita ni dari mula ..berhari-hari..berbulan-bulan..walaupun makin lama makin tak best ..tapi kena tenguk jugak....tapi bila last episod...boleh tak tenguk..

Nak tahu kenapa? Sebab kelam kabut tulis N3 Project Alpha tajuk My Favourite Sportlah..sebab tajuk pertandingan tu keluar belah petanglah pulak..selalunya tengahari....pastu sibuk suruh vote..langsung tak tak tahu apa yang terjadi? Suami akak kata Na O Mei tak tahu juga yang lelaki tu bapa dia..Betul ker?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...