OOO

Selasa, Mei 04, 2010

Agar-agar Nata de Coco

Tenguklah betapa banyaknya nata de coco dalam agar-agar ni...ala akak buat cam buat agar-agar merah tu..tapi tambah benda ni..memang anak-anak suka..terutamanya imran.

Puas jugak nak menghabiskan..sebab dapat banyaklah.
Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar-agar segera (10gm) akak guna-chap swallow globe
  • 250gm gula
  • 1 liter air
  • 1.5 kg nata de coco perasa strawberry-toskan air
  • pewarna merah-tak sukat pun ..tenguklah nak merah pekat ker tambah lebih sikit
  • 2 helai daun pandan-disiat-siat dan di simpul
Cara-cara
1.  Masak 1 liter air  bersama-sama serbuk agar-agar, daun pandan  dan gula sehingga mendidih.
2.  Bila telah larut, padamkan api dan masukkan ke dalam loyang.
3.  Campurkan nata de coco ke dalam loyang dan kacau.
4.  Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
5.  Bolehlah di hidangkan.

4 ulasan:

  1. dah lama tak makan nata de coco...takperlah...saya singgah rumah akak sat agi....hik3..

    BalasPadam
  2. Sue pun suka..Kak ina hantaq sepiring untuk sue ya..he..hee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers