OOO

Memaparkan catatan dengan label puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puding. Papar semua catatan

Sabtu, September 13, 2014

Hi Tea-Women Gathering Rumah Blogger Roz Kitchen

Assalammualaikum semua

Duk kat sini memang rasa bosan sebab bila Imran dan suami tiada di rumah, nak buat cam mana kan. Redha ajerlah.

Bila Roz Kitchen jemput ke majlis hi tea, rasa gembira gak dapat pot pet..pot pet dengan orang Miri. Kira kali ke dua akak ke rumah beliau..masa kali pertama masih lagi dalam musim raya tahun lepas.

Pagi tu akak dan suami ke sekolah sebab kena ambik report card, gi makan dan balik dalam pukul 2.00 petang.  Onie temankan akak pergi ke rumah Roz sebab pertama kali beliau di jemput ke sana.
Macam biasalah Roz ni rajin masak memasak, baking membaking  dah ada bermacam-macam juadah yang sedap di meja.  Rakan-rakan yang ada yang akak pernah jumpa dan tak pernah jumpa membawa pelbagai makanan yang enak..malulah pulak akak tak bawak apa-apa.
puding
kek lumut
Onie ni dah lama duduk kat sini, kira dah terrorlah pasal Miri, tak sangka pulak beliau ialah kakak kepada rakan setugas di Jabatan Perpaduan Negara. Pernah jumpa juga dulu masa bekerja tapi akak tak berapa ingat sangat.

sushi..akak tak gemar tapi bila dah 
makan rasa sedaplah pulak

Mee belacan..tak pernah jumpa kat Semenanjung, dapat gak merasa masakan orang sini.  Ada pelbagai juadah lagi tapi tak sempat nak snap.  
Terima kepada teman-teman di sini, maaf jika ada tersilap kata dan kelakuan.






Khamis, Ogos 09, 2012

Ira Dah Pandai Buat Puding Caramel


Ira kalau buat puding caramel nak jamu kawan kat asrama, dia tak kan kasi kami rasa, semua di angkut ke sana.  Kedekut tul anak akak ni...tapi tak apa dia bawa semua sebab kat umah ni anak lelaki tak doyan nak makan benda lembek camni. 
Dia buat 2 bekas..satu bekas besar dan yang lain bekas kecik. Ira tutup dengan aluminum foil sebab penutup kecik tak jumpa sebab akak terlupa kat mana akak simpan.

Bahan-Bahan 
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar


Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
 
Gambar terlupa nak snap.  akak tepek gambar lama ..yang ni pun Ira yang buat..cam tak percaya ajer bila tenguk jadi cantik camni

Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
 Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

Rabu, April 04, 2012

Puding Laici Dangdut Pujaan Hatiku

Janganlah korang muntah ashik tenguk puding ni yer..nak buat camner..akak suka buat dan suka makan

Bahan-bahan
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar-agar  biasa (28 gm) 
2 liter air 
1 1/2  cawan gula
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu UHT Penuh Krim Dutch Lady atau 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu uht penuh k. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. 
(Akak masukkan ajer buah laici yang di siat kecil dalam agar-agar tadi) Sejukkan sebentar.   
Kemudian sejukkan dalam fridge.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)

Selasa, Februari 14, 2012

Puding Buah Naga (Mentang-mentang tahun naga)

Gara-gara terbeli buah naga yang tawar giler dan tak sedap langsung kat sebuah hypermarkat, akak kenalah cari idea nak buat apa dengan dragon fruit ni.  Isi pulak warna putih ..kalau buat apa-apa pun kenalah letak pewarna merah nak kasi nampak cun.
Akak buat puding buah nagalah sebab stok bahan ada kat rumah.  Resepi asal ada kat SINI

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
1/2 camca teh esen vanilla
150 gram isi buah naga jenis merah*
125 ml air*(*dikisar bersama isi buah naga)
*sedikit pewarna merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih, masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  2.  Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah naga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati bersama pewarna merah. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya. (akak letakkan isi buah dlm puding sikit)
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.
 Itik pulang petang


Sabtu, Jun 25, 2011

Resepi Puding Roti

Hari yang sibuk..dari pagi akak sibuk bersilat kat dapur sebab menyiapkan 2 jenis puding yang di order oleh Eyriqazz untuk majlis harijadi anak beliau Allisya dan masak nasi lemak untuk keluarga.
Akak buat puding roti, Ira buat puding caramel. Dah pernah buat puding ni. Sedap tau. Resepi asal dari Hana.


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)-akak guna coklat emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat-cepat.
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar-agar nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Rabu, Januari 12, 2011

Resepi Puding Caramel Lagi

Masa cuti sekolah Ira buat lagi puding caramell ni sebab dia nak makan dan kononnya nak bagi Yana rasa. Kiranya Ira nak eksyenlah kat kakak dia dia dah pandai masak/buat.
Ira pong pang pong kat dapur akak buat derk ajer sebab dia dah reti nak buat.

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar



Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Masa keluarkan dari acuan tercacatlah sikit sebab Ira lupa nak bilas loyang dengan air. Tak perlah kan. Puding caramella buatan anak sekolah belum pass lagi.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

Khamis, November 25, 2010

Resepi Puding Caramel


Ira buat puding caramel ni. Dah lama dah sebelum cuti sekolah. Katanya nak jamu member satu dorm. Oleh sebab dalam loyang dah penuh akak suruh dia tuang dalam bekas remekin yang dapat harijadi tahun lepas.
Dapat 4 bekas rasanya. Lepas tu masuk peti ais. Akak pun lepaklah aka tidur. Bila bangun dari tidur terkezut tenguk tinggal satu ajer. Bila tanya budak 3 orang tu..masing-masing mengaku makan sorang satu. Nasib baik ada satu lagi dan sempat ambil gambar. Kalau idak akak kempunan nak makan puding caramel ni.   

Ada orang komplen kata gambar kat N3 lama banyak yang hilang. Ingatkan nak buka blog baru. Bila tanya dengan Cik min beliau ajar cara nak atasi masalah tersebut. Rupanya kat blogspot memang ada limit nak masukkan gambar. Oleh sebab blog akak ni akak suka letak banyak gambar jadi dah cukup dah space yang blogspot bagi. Tu sebab gambar hilang.

Insyallah selepas ni akak dah tau cara nak mengatasinya. Terima kasih di atas jasa baik Cik min .
Resepi asal dari blog Ummi Kuantan tapi akak ambil dari blog Cik min .

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

 
Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar



Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.


Penyediaan puding
1. Pukul telur dan esen vanilla sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.
Nota – Kalau nak nampak tebal sikit kukus dlm loyang bulat 7 inci.

Khamis, Jun 10, 2010

Resepi Puding Roti

Puding roti ni akak buat pagi sebelum nak gi ke rumah Kak Intan..nak jumpa Fauziah aka G..lama dah tak buat puding ni...last buat tahun lepas..masa kenduri sebelum Liyana gi ke India. Tu pun dia yang rajin buat 2 loyang.

Resepi asal dari Hana, member cyber yang tinggal kat Jepun. Buat yer jangan tak buat.
Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)-akak guna coklat emulco
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
ni tinggal umah kak intan..

Jumaat, Mei 07, 2010

Rendang Ayam Versi Kak Liza

 Jomlah merendang..lama betul tak merendang..sekarang ni dah senang kan..tak yah kukur kelapa, tak yah lagi menggiling cili dan segala bahan..masuk ajer dalam blender terus halus..akak ambil resepi ni dari umah Ummi dan Ummi ambil resepi dari
buku Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza..Akak c & p yer Puan Ummi.
 
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
  • akak tambah 2 helai daun kunyit-disiat-siat dan di simpul 

Cara Memasak
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

    buat lagi puding sagu...dulu buat sikit tak cukup..
    sekarang buat banyak...baru puas hati dapat makan berulang kali..tapi pewarna hijau dah habis..guna jus daun pandan ajer..tu sebab warna tak cantik..nak resepi pergi kat sini...

Selasa, Mei 04, 2010

Agar-agar Nata de Coco

Tenguklah betapa banyaknya nata de coco dalam agar-agar ni...ala akak buat cam buat agar-agar merah tu..tapi tambah benda ni..memang anak-anak suka..terutamanya imran.

Puas jugak nak menghabiskan..sebab dapat banyaklah.
Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar-agar segera (10gm) akak guna-chap swallow globe
  • 250gm gula
  • 1 liter air
  • 1.5 kg nata de coco perasa strawberry-toskan air
  • pewarna merah-tak sukat pun ..tenguklah nak merah pekat ker tambah lebih sikit
  • 2 helai daun pandan-disiat-siat dan di simpul
Cara-cara
1.  Masak 1 liter air  bersama-sama serbuk agar-agar, daun pandan  dan gula sehingga mendidih.
2.  Bila telah larut, padamkan api dan masukkan ke dalam loyang.
3.  Campurkan nata de coco ke dalam loyang dan kacau.
4.  Biarkan sejuk baru di masukkan ke dalam peti sejuk.
5.  Bolehlah di hidangkan.

Jumaat, April 30, 2010

Agar-Agar Bunga Rumput

 
Fuhhh lotih dibuatny..dari pagi keluar...gi servis kereta...gi ambil anak dan gi lagi ke giant beli beras dan minyak masak.  Semalam dah pergi..habis dalam RM400.00 tapi tak cukup duit nak beli benda di atas tu..aduhai mahal betul barang sekarang ni.


Nak tau...akak sambar gula berapa peket?  10 peket tau..sebab dah sibuk keluar dalam berita kata nun di utara dah kehabisan gula..beringat sebelum tak dapat.

Bila ashik cuaca panas..makan agar-agar pun sodap kan...akak ambil resepi ni dari majalah saji juga.  Anak akak pelik dan hairan tenguk agar-agar ni..hai anak-anak..hairan kot tenguk mak dia ashik buat masakan pelik-pelik sekarang ni.  Apa nak buat..mak dia terlebih rajin.  Kalau tak rajin..rumah pun malas nak sapu tau..biasalah kadang-kadang datang mood pemalas.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus paket agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit pewarna hijau
  • secubit garam
Cara menyediakan
1.  Rendam agar-agar seketika dan toskan airnya.
2.  Kemudian masak agar-agar, daun pandan bersama air sehingga agar-agar hancur.
3.  Masukkan gula, pewarna hijau, garam dan biarkan hingga gula larut.
4.  Tapiskan adunan agar-agar tadi ke dalam loyang.
5.  Kemudian, jerang bancuhan santan dan telur (dipukul dulu)
6.  Masak hingga mendidih.
7.  Tuang adunan bancuhan santan di atas adunan hijau.
8.  Sejukkan sebelum di potong.

Rabu, Mac 17, 2010

Puding Sagu Gula Melaka


 N3 auto publish tau...akak buat N3 sampai hari Jumaat kat cc...


Selalu akak buat ikut campak-campak ajer...tapi nak bagi orang senang nak buat akak ambil resepi dari blog Mat Gebu ajer..senang ajer nak membuatnya..jom layan resepi ni..
Bahan:-
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya
Untuk sirap gula:-
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan-di siat-siat
(masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)
  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam (*boleh ganti dengan susu sejat)
Cara Menyedia:-
1.  Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau.
2.  Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
3.  Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit. 
4.  Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. 
5.  Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan. 
6.  Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
 Cara Hidangan:-
Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat tadi.

Isnin, Disember 07, 2009

Jom makan puding laici dangdut


Aduss lambat sikit update..sebab bawak anak-anak gi mandi manda ...walaupun penat update tetap update....
.yg besar utk akak..yang ke 2 utk suami..ke 3 ..athirah dan ke 4 anak bongsu aka anak bu*t*t...
Bila baca nama puding ni akak teringat kenangan masa tinggal di jakarta dulu..kan irama dangdut dah sinonim dengan penduduk kat sana.yang paling fofolur mestilah rhoma irama..sampai anak dia pun jadi penyanyi dangdut...itulah hiburan yang mereka selalu ada....tiap-tiap malam minggu ada siaran langsung irama dangdut..sampaikan bibik member akak yang dia bawak dari kl pun bila malam minggu dia akan tercongok depan tv..tak di hiraukan majikan dia yang nak tenguk cerita lain...dia pulak jadi tuan...tuan kena beralah masuk dalam bilik...sabo ajerlah bila akak dengar cerita dari member akak ni....kalau gi umah orang kawin selalunya ada jugak kugiran yang mainkan lagu dangdut....kalau cerita sinetoren pun ada jugak lagu dangdut...kat sana irama dangdut tu dah macam lagu wajib...
tapikan kalau orang atasan....nyonya-nyonya, tante, orang kaya tak layan tau lagu dangdut sebab tak ada classs....kata mereka tu untuk orang bawahan ataupun orang miskin....mereka layan lagu omputih walaupun ada mereka yang tak faham bahasa inggeris...tenguklah biggest loser asia...masa kat interview kat sana..boleh dikatakan ramai yang tak boleh berbahasa inggeris..
yang buat kelakar tu...bila penyanyi dangdut nak menyanyi selalunya mereka....ya bapak-bapak ..ibu-ibu...tangan di atassss...goyang siiiiii...alamak terlebih sudah...
sedap ooooo puding ni...sape buat garenti tak menyesal...rasa cam tauhufa pun ada...suami akak yang tak suker makan puding pun boleh suker...tapi akak kurangkan gula...sebab dia ada penyakit kencing manis..
silalah buat...rugi kalau tak mencuba...
Resepi asal dari Puan Hanieliza tapi akak c & p dari rumah Puan ummi di kuantan...akak pun buat separuh dulu...lain kali boleh buat lagi..
Bahan:-
  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula-akak kurangkan ..guna dlm 1 1/2 cawan ajer
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
    Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  2. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  3. Kemudian sejukkan dalam fridge.
    Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk
  4. bila nak makan.)
  5. akak masukkan separuh isi laici dalam bekas tu...
Lepas makan ni ....kita menari dangdut...yaaa tangan di atas ......

Sabtu, November 28, 2009

Jelly Kelapa



 Dari hari ke hari nak buat jelly kelapa ni..tapi tak terbuat...kebetulan suami akak beli 2 biji air kelapa muda minggu lepas...akak dapat 1/2 dari resepi ni..akak tak campur air pun..memang sedap di tekak...terima kasih buat Nor di Kuala Terengganu kerna sudi tepek resepi...akak c & ajer..

Bahan-bahan

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
Padamkan api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.


# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Selasa, Julai 28, 2009

Puding Roti Marble

Buat puding roti marble masa majlis tahlil dan doa selamat kat rumah akak hari Sabtu yang lalu..sebelum tu dah suruh yana cuba buat hari Khamis..saje nak rasa dulu sebelum dihidangkan pada hari tersebut...alhamdulliah semua tetamu suka dan habis hari yang sama.

Terima kasih buat hana http://hanamemories.blogspot.com di Jepun yang sudi berkongsi resepi yang enak banget ni....akak c & p ye...


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Buat hari Khamis yang lepas

Masa ni gunakan serbuk koko

Masa majlis tahlil dan kenduri doa selamat hari Sabtu...buat 2 loyang..satu di campurkan dengan coklat elmulco dan satu loyang lagi di buat guna esen pandan....tetamu lagi suka yang bubuh esen pandan tu...tu yang cepat habis.

Tak muat nak letak atas tray 2 tingkat....akak buat 2 set sebenarnya...1 lagi set luper nak ambil gambar...kelam kabut....letak dalam pinggan dulu...dah habis kat tray baru letak yang ni...

Isnin, Julai 27, 2009

Dadih



Memang dah pernah dah buat dadih ni...yang kali ke 2 rasanya...ambil resepi dari rumah mamasya tapi resepi asal dari FP Haniss..terima kasih Hannis kerna sudi berkongsi resepi.


Bahan-bahan

  • 10gm agar² strip - *rendam agar dulu biar lembut (akak guna serbuk agar-agar 11gm)
  • 1 liter susu (fresh milk atau full cream)-guna susu perisa coklat & strawberry
  • 5 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 2-3 helai daun pandan

Caranya pula:

1. Masak agar² dengan air dan daun pandan sehingga mendidih, masukkan gula ..kacau dan kemudian masukkan susu tadi.
2. Biar hingga mendidih sekali lagi, buang daun pandan dan tuang kedalam bekas kecil.(akak suruh yana buat dua lapisan..satu tambah serbuk koko dibancuh dengan sedikit air..tuang yang putih dulu baru tuang yang koko..kalau nak tuang koko dulu pun boleh)
3. Suamkan dulu pastu baru sejukkan dalam peti ais.
4. Siap dimakan.

Nota: boleh tambah apa² perasa jika suka.
Boleh jugak guna susu perasa strawberry atau coklat jika nak dadih perasa² tersebut.

Selasa, Mei 19, 2009

Agar-Agar Coklat Oreo

Akak tuang susu cair...sedapnya...

.Oleh sebab tertarik nak cuba resepi ni..akak kenalah cari serbuk agar-agar dan biskut oreo di giant...tenguk kat rumah aymy dari kuwait masa cuaca panas..dan tekak belum berapa baik lagi...memang sedap..resepi asal dari chef ros aka onigiri dari jepun...tokeh roti yang tak kedekut bagi resepi roti kat blog dia..akak c & p aje dari rumah aymy...

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )...

  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 1 paket serbuk agar-agar)
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)-akak tambah lagi 2 keping
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara...

  1. rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
  2. sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. setelah semua sebati, curah bancuhan agar-agar didalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.
Akak letakkan krim biskut kat atas agar-agar ni..sayang nak buang krim biskut tu...yang ni si imran punya..pastu tuang susu cair..yummmy....

Sabtu, Mei 02, 2009

Baby bread puding


Orang lain ramai dah buat baby bread puding ni...akak baru nak terjangkit...resepi ni dari fida di my resepi...rajin-rajinlah ke my resepi tu..banyak resepi yang menarik di sana..terima kasih ye fida..tapi akak c & p dari umah ummi kuantan..jangan marah ye ummi..


Bahan-bahan (6 muffin)
  • 2 keping roti putih
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar gula halus(castor)
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera-akak tukar ke badam cincang...anak-anak tak suka benda-benda ni semua..
    sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak lupa nak letak)
  • mangkuk muffin - disapu majerin
Cara-cara
  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inci persegi.(akak gunting-nak cepat)
  2. Tepung, gula, susu, telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur (akak tukar ke badam cincang) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap. Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).
  7. Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.

Baru keluar dari oven

Jumaat, April 24, 2009

Puding mangga

Bila banyak sangat buah mangga ni..terpaksalah buat macam-macam...kalau tidak nanti busuk pulak...akak c & p dari rumah hana...resepi asal dari my resepi ....
Bahan-bahan
  • 10g(2tbsp) gelatin
  • 100ml air panas
  • 200g strawberry
  • 70g gula
  • 200ml fresh cream/whipping cream
  • 1 sudu besar lemon jus
Cara-cara
  1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
  2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
  3. Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.

Rabu, Mac 04, 2009

Caramel Cheese Puding


Bila teman-teman di myr bagi feed bacak yang sedap-sedap tentang puding cheese caramel ni...akak pun nak terjangkit jugak...akak suruh anak dara akak buat....gunakan ramekin bentuk love tu...nak pecahkan dara...payah pulak nak keluarkan dia...mungkin first time guna kot.....memang sedaplah ..beza dari caramel yang biasa tu....resepi sebenarnya dari yani tokeh myr...tapi akak ambil dari rumah si hana dari jepun tu...terima kasih buat yani kerna selalu bagi resepi yang enak banget....

Bahan-bahan
  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara
  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...