OOO

Isnin, Mei 17, 2010

Jom Baca Novel

Akak dari zaman persekolah lagi memang suka sangat baca buku..mungkin ikut mak kot..dulu masa sekolah rendah kat Jalan Kuantan memang akak suker gi library.  Masa tu akak suker sangat baca buku Hikayat Seribu Satu Malam.  Buku kan banyak siri.  Boleh di katakan semua siri akak dah baca.  Akak pernah jugak gi tanya kat Perpustakaan Negara..masih ada tak lagi buku tu..mereka pun terpinga-pinga sebab tak pernah dengan nama buku tu. Nak buat camner..buku lama kan.

Masuk sekolah menengah akak bersekolah kat Sekolah Menengah Titiwangsa, Jalan Temerloh.  Masa tu Perpustakaan Negara belum ada lagi kat area tu.  Perpustakaan Negara di Jalan Raja Laut yang sekarang ni dah jadi KLMU.  Bila balik sekolah akak selalu gi ke situ...sebab nak pinjam novel.  Mak dan abah tak mampu nak belikan akak novel..jadi jalan yang terbaik gi ajer pinjam kat situ.

Antara novel  yang akak masih ingat lagi..novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Badai Semalam..ada banyak lagi...tapi akak tak ingatlah.  Sampailah akak bekerja akak masih lagi meminjam buku disitu sebab akak kerja area Jalan Gereja masa tu..sebab satu jalan nak balik ke rumah di Setapak.

Dah kawin dan mengandungkan Russhdi..terhenti sekejap sebab tak larat dah nak gi ke situ lagi...sebab masa tu akak dah kerja di Kementerian Kesihatan di Jalan Dungun..pergi balik kerja dah penat.  Sampailah akak dah bersalin dan berpindah ke Johor Bharu...aktiviti membaca berhenti sama sekali.

Bila berpindah balik ke Kuala Lumpur masa nak bersalinkan Firdaus..langsung tak gi dah..sampailah bersalinkan Liyana...langsung terberhenti sebab sibuk melayan 3 orang anak kecik.  Lagipun masa tu akak tak pandai pandu kereta.  Takkan nak gi ke situ bawak 3 orang budak kecik ni..dah tentu tak boleh masuk punya.

Bila mereka dah bersekolah ..akak pun dah ada lesen. dan akak dah bekerja semula..barulah akak pergi balik ke Perpustakaan yang masa tu dah berpindah ke bangunan baru di Jalan Tun Razak.  Selalunya pergi hari Jumaat selepas habis waktu persekolan (sbb akak mengajar di Tabika selama 3 jam ajer..jadi sempat ambil anak-anak balik dari sekolah).

Anak-anak pun mengikut jejak akak minat membaca.  Begitulah rutin kami anak beranak sampai mereka dah bersekolah menengah ..bila dah bersekolah menengah ke tiga-tiga mereka tinggal di asrama sejak dari Tingkatan Satu.  Akak masih lagi pergi pinjam buku.


Bila dah berhenti kerja akak ikut suami gi ke Jakarta.  Oleh sebab kat sana banyak masa..akak selalu bawak balik novel yang di beli kat sini.  Bila dah pandai baca surat khabar bahasa indonesia..akak mula beli suratkhabar KOMPAS dan majalah masak memasak.  Tak jarang akak cuber sebab tekak tak boleh terima masakan stail mereka.

Bila dah balik ke sini semula..rutin gi ke Perpustakaan bermula balik..kali ni bawak 2 orang budak kecik tu.  Oleh sebab kat situ cuma di benarkan 3 buah buku untuk 3 minggu..akak pinjam ic anak-anak (3 org anak besar dah tak pinjam..sebab sibuk dgn kertaskerja kolej/sekolah) sampailah sekarang.

Dulu suka pinjam novel terbitan Alaf 21..sekarang dah jatuh cinta baca novel keluaran NB Kara..
best tau buku ni..
bacalah sipnosisinya..
 dan yang ni
mengashikkan..rugi sape tak baca..tak yah beli klu tak ada duit..gi ajer ke library
yang ni belum baca lagi..pasal beli...lehlah simpan dulu
best jugak
sebab kena habiskan novel ni..sebab kena hantar minggu depan.

12 ulasan:

  1. novel 'setiap jumaat' tue, endingnye ape? Macam menarik sebab apa mak dia pilih lelaki bujang...

    kekasih lama mak dia ker?

    BalasPadam
  2. Aslkm Ina

    Ina ni macam2 dia boleh....
    Saya suka juga baca2 macam2 buku...tapi kena beli..dah lama tak ke Lib...


    Genglah dgn penulis2..best!

    BalasPadam
  3. salam kak ...

    daku pun sgt2 ler suke jgk baca novel .. lg2 kalau hasil nukilan AHADIAT AKASHA.... mmg sgt2 ler besh ..

    kalau dh baca tu , sure keje lain x wat .. dok ralit smp abis 1 buku...

    BalasPadam
  4. dari aritu bila tgk akak dok pinjam buku kt situ terus rasa nak jadi ahli kt sana hehe. nnt satu hari kang nak buat laa kad ahli. gila novel gak saya nih.

    BalasPadam
  5. lama tak baca novel..bukan apa, kang meralit sedar2 dah gelap..hehe

    Dari Space ke KFC...

    BalasPadam
  6. SAYA PUN SUKA BACA NOVEL GAK ..KALO DAH BUKU KAT TGN ..RALIT..MEMBACA.SAMPAI LUPA ..SEMUA ..

    BalasPadam
  7. masa sekolah saya rajin baca novel..sekarang dah 'M'..hehehe..

    hancur luluh hatinya

    BalasPadam
  8. wah lamanya tak baca novel. paling suka citer ombak rindu..

    BalasPadam
  9. i like novel omputih. cant remember the last time i read malay novel

    BalasPadam
  10. ahaks!

    untie, saya ada bace novel jumaat tu!

    awesome kan???

    jalan cerita die mudah faham dan senang~

    BalasPadam
  11. saya pon suke baca novel terutamanya dari saudara Ramle awang murshid :)

    BalasPadam
  12. sy pun suka bc novel.kat umah ada beratus novel yg dh di baca. lagi berantu ngan novel sejak hubby jauh ni. kdg2 satu mggu beli sampai 3 novel. boleh habis dlm masa 3 hari je. semlm pun stay up sampai kol 2 pg abiskan novel aku mahu kamu. best!

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers