OOO

Memaparkan catatan dengan label Saje-saje nak cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saje-saje nak cerita. Papar semua catatan

Khamis, Mac 08, 2012

Kelakarlah


Just for fun...


Kuih paling gangster = Lompat Tikam

Kuih paling sexy = Puteri Mandi

Kuih paling keji = Taik Itik

Kuih bajet cute = Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda = Seri Muka

 
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih suka pukul = Kuih Lompang

Kuih dalam zoo = Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt

Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit

Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu

Akak ambik dari SINI

Khamis, Disember 02, 2010

Keluhan seorang remaja 12 tahun

Bacalah keluhan anak ini..bagus untuk memahami jiwa anak remaja sekarang ini.

Mingguan Malaysia 28hb. November 2010
Baru-baru ini saya berbual dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Dia menyatakan kebosanannya berada di rumah sepanjang cuti sekolah.
Menurutnya kawan-kawan yang sebaya dengannya juga menyatakan perkara yang sama. Mereka tidak dapat bertemu semasa cuti sekolah kerana rumah jauh di antara satu sama lain. Jika mahu bertandang sudah tentu memerlukan ibu bapa mereka yang menghantar.

Untuk pergi sendiri tentulah ibu bapa melarang kerana kata mereka "sekarang kat luar tu bahaya bagi budak-budak perempuan, banyak orang jahat.''
Jadi saya bertanya, apa yang dia ingin lakukan masa cuti sekolah. Adakah dia mahu bercuti ke tempat-tempat lain.

Sudah tentu, katanya. Tapi dia faham bahawa kemampuan ibu bapanya untuk membawanya berjalan adalah terhad. Bukan saja dari segi kemampuan kewangan tetapi dari segi mendapat cuti daripada majikan mereka.

Kalau dapat berjalan baguslah, katanya. Dekat-dekat pun tidak mengapa. Tapi apa yang amat diinginkan untuk dilakukan masa cuti ialah membaca buku cerita.
"Membaca buku cerita?"

Saya terkejut. Kenapa buku cerita? Tidakkah di rumah sudah ada komputer, laptop, notebook, smartphone dan televisyen yang memiliki saluran untuk kanak-kanak dan remaja? Tidakkah alat-alat teknologi ini jauh lebih menarik untuk kanak-kanak menggunakannya daripada buku cerita?  
Nak baca lagi ?  KLIK SINI YER

Aduhai betul luahan beliau tu.  Jika  kebanyakkan anak-anak remaja sekarang berfikiran sedemikian alangkah bagusnya.  Hobi membaca buku amat kurang di kalangan remaja dan juga orang dewasa sekarang ni.
Terutama di zaman teknologi ni..kebanyakkan dari kita lebih suka melepak di pc atau komputer dari membaca buku.  Tabiat ini makin berkurangan di sebabkan harga buku yang mahal.  Orang yang kurang berkemampuan tidak akan membuang wang membelinya  kerana bagi mereka lebih penting wang itu di beli makanan dan hal lain untuk anak-anak.
tq google
Kalau nak pinjam buku di perpustakaan pula memang payah nak dapatkan buku baru.  Selalu yang ada buku lama atau pun dah basi.  Lagi satu tak suka pergi sebab masalah parking.  Melilau mencari parking kerana ruangan yang terhad.
 
Kadang-kadang terpaksa parking di bangunan bersebelahan dengan harga sekali masuk RM3.50.  Dulu cuma RM1.00.  Alhamdulliah sekarang ni dah ada bangunan  baru tempat parking yang baru siap  di Perpustakaan Negara.

Anak-anak akak pun dah kurang minat nak membaca.  Nak buat camner..zaman dah berubah.

Jumaat, September 17, 2010

Raya Ke 2 ke Parit Jamil, Muar, Johor

Hari raya ke 2 bapa mertua ajak berhariraya ke rumah bisan dan saudara mara dia di Parit Jamil, Muar..

Dulu sebelum berkawin dengan suami..tak pernah tau Muar ni kat mana.  Sekarang ni dah kira terrorlah sebab tau kat mana Bus Stand..kat mana Hospital..kat mana nak beli perencah mee bandung dan kopi Muo yang sedap.

Bertolak dahlah lambat sebab gi cari bahan nak goreng mee...Pasar di Batu Anam..tak dak pun udang cuma jual sayur ajer..terpaksa cari kat Pasar di Buluh Kasap...pun hampehhhh..tutup..cuma ada orang jual ayam..jemu tenguk ayam..nasib baik ada lori jual.  Redah ajer cari udang, sayur dan segala mak nenek nak buat mee goreng.  

Nak tau berapa kg mee kami beli?  10 kilo weiiiiii.........sabar ajerlah..tukang masak nak godak pun susah..terpaksa buat 3 kali.

Abang ipar bawak jalan dalam...ikut Bukit Kepong..tapi bila nak sampai ke Jalan Pagoh...jalan jem giler..sebab Timbalan Menteri  (Mahyuddin Yassin) buat open house kat  Dewan di situ..pusing balik ikut jalan Parit Sulung.

Oleh sebab jarang guna jalan tu..kami tersesat sampai ke Peserai, Batu Pahat..jenguk gak kat mana tempat jualan pes soto peserai sebelah mobil...tak ternampaklah pulak...pastu tanya kat Petronas mereka suruh pusing balik...ikut Parit Yusof. (apasal ek belah Johor ni banyak bebeno nama Parit)

Rumah pertama kat Sungai Balang Dalam..bisan fil yang sakit..tak sampai hati nak ambil gambar.  Tangan dan percakapan tak berapa clear..sebab pernah koma kat Hospital..(akak gi dulu tu)
Lepas tu redah rumah sepupu suami tak jauh dari situ.  Perut lapar ...dengan tak malunya suami minta makan..dia masak pulak masak asam ikan kembung...tak leh tahan ni...sanggup tungguuuu...Sementara tuan rumah masak nasi kami bedal kueh raya.
duta tumpi kacang hijau(merasa kau nak..)
Banyak-banyak biskut raya..tumpi kacang hijau gak yang sodap..
bedal habis-habisan sebab homemade.
dan yang ni....kerepek pisang tandok..

lepas kenyang makan tengahari..gi pulak ke rumah bisan fil yang sakit jugak..lumpuh sebelah badan...pastu singgah rumah adik ipar  fil (kami panggil mak ngah) dan bekas isteri anak buah fil ..Kesian ibu tunggal yang menyara 3 orang anak kecil..terpaksa berhempas pulas mencari rezeki.

Ingat nak singgah kat Bandar Muo..tapi suami kata ..tak boleh sebab jalan sesak..aiseh..tak tertunailah hasrat di hati nak membeli apa-apa jajan kat Bandar Muo.Lain kali ajerlah.

Rumah terakhir di Pantai Layang di Rawang, Muar...bisan fil gak..nasib baik kakak ipar ada..dapatlah kami makan malam dan bertolak balik selepas isyak..sampai kat umah dekat pukul 10.30 malam sebab kat Pekan Tangkak..jalan jem.

p/2 kadang kala malas nak gi jalan masa raya..jalan sesak lah..tapi tak sedap pulak tak menziarah orang-orang yang lebih tua dan saudara mara..redah ajerlahhhhh jawabnya

Isnin, September 13, 2010

Cerita ceriti sebelum dan selepas raya

 Sebelum balik ke kampung..kemas rumah dulu dan pasang apa yang patut.

Masa nak balik ke segamat pagi Khamis, alhamdulliah jalan tak jem sebab bertolak awal pagi..

Ingatkan nak cari daging kerbau..jumpa kat simpang ampat, alor gajah..tapi sayang dah habis.  Terlambat sebab dia cuma potong seekor ajer.  Daging lembu pun dah habis.  Beli kat tempat lain.

Cari tulang selangka pun habis..sampai suami akak kata....dia org ni raya makan tulang lembu ker?

Akhirnya jumpa gak tulang tapi bukan tulang selangka ..tulang bahagian lain..takut kempunan..belilah juga.  Pastu jumpa pulak ayam kampung salai di Pekan Gemenceh.  Lepas tu cari santan..tapi semua santan dah habis terjual.

Nasib baik ada kelapa kat rumah fil.  Dapatlah merendang daging.  Sampai ajer operasi masak memasak bermula.  Cuma 3 keluarga yang ada.  Yang lain tak balik hari tu.  Bila lepas buka akak pengsan kepenatan.


Macam biasalah di pagi raya..ada rendang daging (akak masak), ayam masak merah (sil masak), kuah lodeh dan kuah kacang (sil masak) dan ketupat.  Oleh sebab ashik berborak lupa lak nak ambil gambar.
Hati gembira bila Yana dapat balik beraya dengan kami...taklah macam tahun lepas..macam tak best ajer beraya.  Walaupun pulang hanya sekejap tapi kepulangan yang sunggu bermakna.

Duk kat umah ajer..makan...lepak...makan..lepak..cepatlah naik badan lepas ni..Belah petang  4 keluarga lagi sampai dan kami pergi beraya ke rumah abang ipar di segamat.  Habis licin kueh raya dibuatnya. Biras pun rajin masak nasi.

Lepas tu ke Hospital Segamat sebab anak buah akak masuk wad sebab demam tak baik-baik.  Fil yang sibuk nak tenguk sebab cucu dia ni duk sama.  Oleh sebab dah malam tak bolehlah naik ramai-ramai.
Suami dan fil ajer yang gi jenguk dlm wad..akak dan yang lain lepak kat luar tempat kecemasan...duit raya banyak..Imran dan Ira sibuklah gi ke peti minuman..sajer nak buang duit...
Tengah lepak ..terkezutt dengar bunyi siren..ni no ni nooo... pastu bawak macam nak merempit..laju bebeno..
 OOO patutulah driver ambulan pandu giler-giler ...rupernya ada orang perempuan nak bersalin dari Batu Anam (dkt umah fil)..bestkan dapat bersalin pada hari raya..tentu ramai yang datang melawat nanti.
Teruk tul gambar ni (gambar lain tak dak)...tak perlah sekali-sekali muka kelakar..bergaya dengan handbag baru..Yana yang sponsor...oleh sebab ada yang boring dah makan lauk raya..malam tu ramai yang makan maggilah pulak.

Khamis, Ogos 05, 2010

Nasib baik...kalau idak???.....Spekulasi kematian Mantan Adun

 Gambar dari Jurukamera NST
 Heboh jugak ek kisah mantan Adun dengan PA dia yang kena tembak tu.  Polis dah kata jangan buat spekulasi.  Tapi adatlah manusia ni, bila polis kata jangan..lagi ramai yang seronok bercerita.  Kes hangat mestilah best buat andaian.  

Ada yang kata, mantan Adun ( arwah Datuk Aziz) tu tembak PA (Arwah Siti Rohana) dulu, pastu dia tembak diri sendiri(macam kes bunuh dirilah pulak).


Ada pulak yang kata ada orang ke 3 dalam kereta yang tembak mereka berdua, pastu melarikan diri dengan menaiki kereta yang mengekori kereta yang di pandu oleh Datuk tapi kepunyaan Rohana.   Entahlah..tak berani nak bagi andaian.

Dalam Harian Metro pulak hari ni, pihak keluarga bekas Adun menafikan PA tu adalah isteri ke 2 beliau. Ibu arwah pun menafikan cerita yang mengatakan mereka berdua ada hubungan kerana sejak dari dulu lagi orang cakap macam tu.Mereka rapat kerana kerja..ingat yer keroje....(jangan fikir macam-macam)  Iyerlah hubungan sebagai seorang boss dan pekerja kenalah ikut boss ke sana ke sini.  Dah nama pun personal assistant.

Isteri arwah  pun tidak diberitau perkara sebenar  oleh anak-anak arwah sebab beliau masih trauma dan terkejut .  Cuma beliau  diberitau yang arwah meninggal di sebabkan kemalangan jalanraya. Kalaulah isteri beliau tau cerita sebenar....entahlah.....ishhh tak berani nak komen.

Pihak polis pulak mengambil masa seminggu untuk menyiapkan lapuran penuh.  Kita tunggulah  ajer kesudahan kes yang menggemparkan ni......Al fatihah buat mereka berdua.


 Dalam Kosmo pulak camni..


SHAH ALAM - Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.


Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.


"Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
(lain suratkhabar lain versi)


akak bawak keta serius yer..tak main-main..pemandu berhemahlah katakan
budak-budak kat belakang tu cam biasalah...terover...
Pagi-pagi bila hantar Imran ke sekolah..macam-macam ragam pemandu ...
ada yang bawak macam siput....memang akak potong sebab tak sanggup nak ikut keta dia....slow sungguhlah...macam bawak penggiling jalan tar tu..
ada yang bawak macam orang giler..tergesa-gesa, tak bagi isyarat...nak belok ikut suker dia ajer..mula lah mulut akak berbunyi..


stupid ...bengal ..sengal...badigol ....geram betul lah..(mungkin ada orang lain cakap lagi teruk dari akak kot)



Tadi  masa balik dari hantar imran kat sekolah..bila sampai satu simpang  kat taman melewar...ada pulak minah indonesia bawa basikal ..dia boleh keluar simpang ikut suker dia....tak pandang kiri dan kanan....dia ingat macam tempat dia kot...
nasib baik akak  sempat brake..kalau idak tentu jadi macam katun ni......akak  jerit...


nak mati ker..geram sungguhlah.


Kalaulah akak terlanggar dia ataupun dia lteranggar kereta akak..mesti jadi cerita lain dan mesti leceh dibuatnya.  Bersyukur sesangat walaupun jantung akak berdegup kuat tadi.

Yang akak geram tu...dia boleh buat muka toya aka muka sadin.....isshhhhh rasa nak bagi pelempang ajer kat muka dia...

Gambar dari google.com

Rabu, Ogos 04, 2010

Akak bukan Macam Mak Khairudin ! Akak nak pot pet pot pet pasal halal dan haram

Akak ni bukanlah macam Mak  Mohd Khairudin yang membebel  dalam video kat anak dia suruh simpan duit tu kat Youtube dan Youthsays sejak 2 minggu yang lalu.  Akak nak pot pet macam biasalah..ishhhhHeboh jugak ek kisah video Mak Khairudin ni.  

Rupernya cuma iklan ajer  ek..ada tak yang tertipu?  Percayakan video tu!  Masa akak tenguk kat youtube, akak memang perasan yang mata dia ashik ajer pandang kat depan..macam baca skrip..jadi akak tak teruja..kalaulah akak pot pet buat video untuk Yana ..agaknya Yana malu kot...apasalah mak dia ni kerek sangat... pandai sungguhlah orang sekarang buat iklan yang kreatif.

Oklah tujuan sebenarnya anak  nak pot pet pot pet pasal haram dan halal.  Ada yang komen bila akak buat ataupun beli bahan masak memasak tu, ala  makanan yang pelik cam ayam belanda  bakar, takoyaki  dan jugak bahan perapan Mister Potato tu.  Dia boleh komen  kata halal ker?  Benganglah akak.

sebelum akak beli bahan-bahan ni akak dah tanya 
dah kat member yang pandai berbahasa jepun dan tinggal di sana..
dan juga member yang dah pernah buat takoyaki yang duk kat sini..

boleh ker kita beli bahan-bahan ni..halal ker? sebab akak memang tak pandai nak baca tulisan  jepun kat bungkusan
alhamdulliah mereka kata memang halal..kalau mereka dah kata halal ...akak tak ragu-ragu dan was-was lagi nak beli dan nak buat sebab anak akak ramai..tak sanggup nak beli kat Jaya Jusco..mahallah..baik akak beli bahan dan buat ajer..

Bahan perapan Mister Potato tu akak dah suruh dah member yang duduk kat Australia tolong check.  Apa guna kita ada member cyber kan..minta ajerlah mereka tolong tenguk bahan tu ada alkohol ker ataupun idak?  Haram atau pun idak?

Bila akak beli ayam belanda pun ada yang pertikaikan jugak..halal ker ayam belanda tu?  Aduhai ..sabar ajerlah..takkanlah akak yang nak setengah abad ni masih tak tau halal atau haram sesuatu benda tu,  Walaupun akak tak belajar agama tinggi tapi akak masih lagi ambil  berat tentang makanan yang akak sajikan kepada anak-anak akak.  

Takkanlah akak nak bagi makanan haram kat anak-anak ..kan benda tu nanti akak menjadi darah daging..dan akan melibatkan juga kelakuan, pelajaran dan benda yang lain.  Insyallah akak akan sentiasa mengingatkan diri bila akak nak beli benda macam ni lagi. 


Akak berterus terang supaya taklah lagi ada yang nak komen pasal ni lagi.  Maaf jika ada yang terasa dan ampun maaf di pinta dengan huluran sepuluh jari.

Sabtu, Julai 31, 2010

Curi gambar tak bagitau (gambar isteri Imam Muda)

Geram tullah kan..bila orang ambil gambar dari blog kita tanpa keizinan...bukan apa..penatlah berdiri depan tv ambil gambar. Sampai sanggup duk depan tv pakai kerusi tau semata-mata nak ambil gambar siaran langsung tu..

Ni semua dek penangan imam muda semalam KAT SINI YER  .rupernya ramai yang nak tenguk gambar wife imam muda  tu.

Dek nak dapat trafik tinggi sanggup curi tanpa izin..sekurang-kurangnya bagitaulah...akak dah dapat tau dah blog sape?  Sabar ajerlah..Jangan buat lagi yer.

Walaupun akak snap dari tv ajer tapi kiranya akak ada hak kan.ada yang akak luper bubuh trademark sebab update tengah malam.

Tak apalah..akak tak saman yer...

p/s macam cikmin dia minta izin dulu..jadi akak tak marah...sayang min..muahhhhhh dan buaya merah yang dah link kan akak walaupun tak beritahu..tq

Rabu, Julai 28, 2010

Kelalaian Membawa Padah

Berderau akak dengar cerita budak perempuan 2 orang yang jadi tawanan 3 orang yang tidak di kenali bila mereka tinggal  dalam kereta pastu enjin tak di matikan dan pintu pulak tak berkunci kat Kuala Kangsar kelmarin.  

Masa tu teringatkan  pulak kat anak perempuan akak ...kalaulah kena kat akak mesti kelam kabut di buatnya kan....tentu akak boleh terduduk ataupun meleleh air mata....sape yang tak panik bila anak tak kiralah anak lelaki ataupun anak perempuan  di larikan macam tu.   Mesti kita terfikir perkara-perkara yang bukan-bukan.
 Ibubapa mereka pergi ke kedai gambar ..dengar dalam Hot Fm adik Siti Haidar 6 tahun tengah tidur jadi kakak dia Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 16  tahun kesian pulak nak kejutkan adik dia.  Ia lah malam kan ..masa tu pukul 9.30 malam. Mak dan ayah mereka gi ke kedai gambar.  Tak sampai 15 minit (dlm kosmo)..(dalam harian metro 5 minit..mana satu yang betul ek) ..bila mereka nak gi ke kereta...kereta  bersama anak mereka dah hilang. 

Camnerlah agaknya keadaan mereka berdua tu..mestilah gabrakan bila orang tak di kenali tiba-tiba masuk ke dalam kereta itu.

Jauh jugak mereka di larikan dalam 20km sebelum di tinggalkan kat tempat gelap di Liman Kati kat situ.  Nasib baiklah pada kira-kira 11.20 malam, mereka di jumpai oleh seorang lelaki yang baik hati kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar. Ishhhhhh..serun rasanya.

Nasib baik juga  pencuri tu masih punya timbang rasa siap kata,

" Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka."

Siap bagi duit lagi, kunci rumah dan lampu picit. 

Kalaulah pencuri tu berhati kering..tentulah terjadi benda yang buruk..al maklumlah anak dara sunti ada dalam kereta tu..kalaulah di r.....o..g..o..l...mesti dah jadi cerita lain.  Bertuah sungguh nasib  mereka berdua.  Kereta bapa mereka di jumpai di Rantau Panjang, Kelantan.

Itulah pasal kalau suami atau akak pergi beli barang kat kedai runcit ataupun isi minyak kami bising suruh anak-anak lock  pintu terutama bila ada Imran dan Ira.  Takut betullah bila jadi benda camni.  Kadang-kadang budak-budak ni degil..tak nak cakap kita.

Dia kata ...ala tak ada orang nak curi keta murah ni...

bila dengar camtu..mulalah kami berdua pot pet..pot pet..

Mak dan ayah tak kisah  harta  benda di curi...tapi nyawa anak-anak yang lebih utama sebab harta benda boleh di cari...jika anak jika hilang..ishhhh di jauhkan dari mala petaka.

Semuga selepas ni kita semua haruslah berhati-hati dan semuga kisah ni akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Kelalaian memang membawa padah.  Lepas ni kalau anak-anak kata macam tu lagi...akak celepuk ajer mulut mereka.

Ahad, Julai 25, 2010

Tak puas hati selagi tak tertunailah hasrat dihati

Manusia memang selalu tak puas hati .

Macam akak..pertama pasal unik visitors .....

Tak puas hati bila unik visitors tak sampai 100 orang seorang.

Bila unik visitors dah 500 orang pun...masih tak puas hati.

Bila unik visitors 800 pun masih tak puas hati.

Akak pun gila-gila update sampai 3 kali..tapi masih tak puas hati sebab bilangan unik visitors pun tak sampai 4,000...
 (cisss ingat senang nak dapat sebanyak tu...bukan fofolur cam Redmummy ataupun Adik Nara tu)

Sekarang ni tak kisahlah berapa orang unik visitor...sebab memang tak boleh jadi macam  eyriqazz ....

Sekarang ni lantaklah ...malas nak kejar trafik...berblog bila suker dan ada mood....

Taklah  macam dulu...tak dapat berblog boleh meroyan...

Tak kisahlah kan ...berapa orang yang datang pun akak tak kisah....janji akak puas hati sebab dapat kawan baru...dapat menimba resepi baru.

Kedua..pasal alexa pulak...

Dulu tak puas hati sebab masa pakai blogspot ranking alexa 1 juta.

Bila dah tukar ke dot com ranking pun  naik mencanak naik 3 juta...lagilah akak tak puas hati.

Bila dah turun ke bawah 2 juta pun masih tak puas hati.

Sekarang ni dah puas hati sebab ranking dah bawah 300,000 sebab kat malaysia pulak dah bawah 1,000..alhamdulliah ..

Ketiga pasal pagerank..

Tapi ada lagi yang akak tak puas hati sebab pagerank masih lagi 0.  Dulu sebelum tukar ke dot com pagerank dah 3. 

Tulah manusia kan takkan puas hati selagi belum tertunailah hasrat dihati.


p/s ada tak yang tak puas hati dengan akak?


Sila bagitau pasal apa?

Rabu, Julai 21, 2010

Like Mother Like Daughter

Mak minat cerita korea...tengah layan cerita Personal Taste..
 Hero Lee Min-ho dan heroin Sohn Ye-jin



Anak minat lagu korea...walaupun tak faham senikata ..

baju pun ada  stail korea gak..

 Nak buat camner kan...dah minat..tak boleh kata apa... like mother like daughter..

Isnin, Julai 12, 2010

Welcome back Yana

Lepas habis ajer sessi dengan Nuffnang..kami bertolak ke LCCT sebab nak ambil Yana kat sana.  Sampai kat sana tunggu tak lama walaupun flight delay.
Naik ajer penerbangan Air Asia..Mas mahal giler..baik duit tu 
buat shopping beli baju raya kat sini.
Sampai umah pukul lebih kurang pukul 2.00 lebih..borak-borak dan sampai pukul 3 lebih dah mengantuk ...baru tidur..besoknya bangun pukul 6.00 pagi sebab buat sarapan dan kerja rumah sebab nak gi ke gathering geng blogger kat Putrajaya.

Sibuk betullah minggu ni..

Lepas ni ashik menjengkitlah dengan Yana..banyak yang dia nak beli.

Khamis, Julai 08, 2010

Menjengkit seharian (cerita pasal penat semalam)

Semalam penat sebab..
Dari pagi keluar hantar Imran ke sekolah...pastu dalam perjalanan nak ke Putrajaya..biasalah jalan jem arah nak ke Kuala Lumpur....perut pulak lapar ..ajak anak isi  perut  kat sini dulu..ala kat nasi lemak Tanglin kat Jalan Cenderasari....sebab kat Putrajaya tak tahu mana nak cari makan..
 bukan akak ajer shopping..cik abang ni pun sama..penuh  2 tangan
Kebetulan ada pulak Pasar Tani ...apa lagi..dompet tengah tebal..semua nak di beli...beli cempedak, pisang tanduk, umbut kelapa, nanas dan  segala macam kerepek....nasib baik Russhdi kata....

Dah mak..jomlah pergi cepat...nanti terlambat...

kalau idak mesti lagi keluar duit akak..nasib baik tak beli segala udang dan ikan kat situ..takkan nak beli sebab nak gi jalan jauh...nanti busuk pulak ikan tu.
Gi ke Putrajaya sebab nak buat passport anak sulung akak ni..pejabat imigrisen sebelah istana kehakiman  kat Presint 2..sesat barat dibuatnya sebab tak tahu jalan..

Dia tak boleh buat kat Wangsa Maju sebab special kes...(hilang passport).kena gi ke Hq samada ke Putrajaya ataupun ke Pusat Bandar Damansara..malas nak gi ke PBD tu...parking mahal pastu tpt tak selesa.

Masa Russhdi call... pegawai kat situ mula-mula  kata pergi  kat Presint 14..pusing-pusing cari tak jumpa...tanya dengan pengawal kat Blok D  dia kata dekat dgn mydin...cari-cari tak jumpa..tanya lagi orang kat bank..barulah jumpa tempat tu...rupernya  pejabat imigresen tu baru ajer di buka..ramai orang tak tau.

Bila sampai dan tanya  dengan pengawal kat situ..kat sini boleh ker buat passport baru kalau hilang..dia kata boleh..akak pun parking.  Tapi dah masuk kat dalam pejabat imigresen..dia kata tak boleh...terpaksa  juga kena buat  kat HQ kat Precint 2..Aduhai..geram tul..
Keluar balik dari tempat parking dan terus tuju ke Presint 2...Sampai kat sini dah pukul 11.00 lebih..nasib baik semua dokumen dah lengkap...tu pun kena ambil masa jugak nak buat ...sebab tunggu no naik...passport dia dulu nak tau hilang kat mana?

Hilang kat Jakarta pada tahun 2005..baru tahun ni baru nak buat...Nanti akak cerita camner boleh hilang yer.
Bila  dah settle..Russhdi bagitau kena penalti RM300.00...mak datuk mahalnya..sabar ajerlah..kena pulak tunggu 1 jam baru boleh siap...
akak pun ambil kesempatan jumpa member Amy yang kerja kat area sini..sebab nak ambil fridge magnet dari Jepun yang akak kirim tahun lepas.

Kalau tak posing mesti tak ada kenangan..jadi mestilah posingkan..walaupun orang pandang..apa kami peduli..lepas tu  gi makan..pusing balik ke pejabat Imigresen...sampai kena tunggu lagi sebab office buka balik pukul 2.00 petang...sabar ajerlah

 
Nak dekat pukul 3.00 baru siap semua..dengan hujan lebat kami pulang semula ke Gombak..terus ambil Imran kat sekolah..dan balik terus lepak..
Malam akak goreng nasi goreng kampung  stail akak..tumbuk cili api sebanyak  yang suker dengan bawang putih dan ikan bilis.   Goreng sikit ikan bilis dan bawang kecil.  Toskan.

Pastu tumis bahan tumbuk tadi..masukkan kicap cair dan sos tiram bersama lada putih..pastu masuk nasi...kacau-kacau ...rasalah..kalau tawar masukkan garam...guna api besar...kacau-kacau sampai nasi garing  sikit barulah ...masukkan telur (pukul sikit) kat tengah nasi (ketepikan nasi ke tepi) ...kacau kasi hancur.....dah jadi..tabur dengan daun sup dan hirisan cili merah bersama ikan bilis.
Pastu terus buat telur dadar macam Sheila Rusly ajar tu. ambik telur 3 biji..pukul kembang..pastu masukkan hirisan  bawang besar, sedikit garam dan lada putih, hirisan  cili merah, daun sup dan daun bawang....pastu campurkan mayonis...cedap weiii ..cuberlah..tapi terhitam sikitlah..nak cepat punyer pasal.

Lepas tu pengsanlah...

Selasa, Julai 06, 2010

Wahai anak-anak..sape tak sayangkan kamu

Memang menarik topik di hot fm hari ni..tentu membawa diri.

Mula-mula suria membaca e mail dari seorang anak yang merajuk membawa diri ke uk selama 10 tahun..

Pastu ada yang tak balik kg sebab merajuk dengan keluarga sendiri.

Ada pulak yang  kata...ibu bapa melebihkan  anak yang ini...tak sayang yang ni..

Ada yang kata ibubapa masih lagi  kontrol anak-anak ..kena ikut kata ibubapa..sampai dah kawin pun kena ikut juga cakap  ibubapa...

rasanya tak salah kan ibubapa menegur yang betul tu betul..kalau salah memang salah..memanglah ibubapa ego tinggi...sebab mereka dah tau asam garam kehidupan.

Entahlah..susah nak kata lah pasal isu ni..
Wahai anak-anakku..bukan kalau mak dan ayah marah tanda kami tak sayang dengan kamu...menegur tu tanda sayang..menjadi peringatan supaya tak mengikut darah muda...memang masa ni kalau kena tegur..sikit-sikit nak marah ataupun merajuk.  Janganlah cam tu yer..

Suami akakkan..dia  memang tak pandai menunjukkan kasih sayang  spt peluk dan cium anak-anak...sebab mungkin ibubapa beliau tak pernah memeluk, membelai dan memberi penghargaan bila anak berjaya..mereka sibuk mencari rezeki untuk anak-anak yang ramai..

Tetapi arwah mil bila anak (terutama anak lelaki yang bijak) nak melanjutkan pelajaran ...beliau akan bergolok gadai mencari duit.  Beliau akan membuat kuih, menjahit baju dan pernah beliau gadaikan barang kemas semata-mata nak bagi peluang anak gi belajar....akak memang salute dengan pengorbanan arwah...

Bagi family akak pulak...bila kami berjaya dalam pelajaran macam pas SRP dan SPM....kami akan di beri wang dan di beri pelukan dan ciuman ..walaupun tak banyak sebab abah bukan kerja gaji mahal....tapi kami suker....sekarang ni.tu yang akak praktikkan kepada anak-anak bila mereka bersekolah .  

Suami memang tak  pernah memeluk dan mencium anak-anak..tapi akak tau dia memang sayangkan anak-anak dia...sebab dia bertanggungjawab dan ambil berat pasal pelajaran mereka.  Dia tak pernah pukul anak-anak tapi bila dia sound ajer terus anak-anak dengar kata dia.
Akak yang selalu pukul anak-anak...tapi tak selalulah...akak pukul bila tahap kesabaran dah sampai ke kemuncak...yang besar tu jarang kena pukul...Ira dan Im selalu kena...sebab mulut banyak cakap...tak sabar akak bila dengar bila mereka lawan cakap akak.

Alhamdulliah sampai sekarang ni kami berdua taklah nak sampai nak melebihkan anak yang ini...dan tak suker dengan yang ini...kalau makan sedap kalau boleh semua mesti ada...tapi memang payah sekarang ni..sebab masing-masing dah kerja dan praktikal dan ada yang duduk di asrama..termasuk Yana yang paling jauh.
Tapi mestilah sebagai ibubapa akak dan suami berbangga bila ada anak-anak yang berjaya..semua ibubapa cam tu kan..kalau yang tak berapa cemerlang..akak tak marah..mungkin setakat itu pencapaian mereka..akak akak guide ajer mereka..apa yang perlu di buat..cuma jangan mereka terbabit dengan perkara yang tak elok ajer yang akak takut..
 Untuk anak-anak mak...

Ingat yer..mak bukan tak suker kamu..tapi mak tak suker kelakuan kamu....taklah bermakna kalau pot pet.pot pett tu bermakna mak benci.  

Walaupun belajar tak pandai..(kalau semua pandai sape pulak nak kerja bawahan kan)..tapi akhlak dan kelakuan mesti baik..kalau orang tenguk perangai tak elok...nama mak ayah jugak yang di sebut....

Memang cabaran sungguh nak membesarkan anak-anak di zaman teknologi ni..mereka terdedah dengan jalur lebar...kenalah peratikan sikit bila imran dan ira duduk depan pc..beringat sebelum kena.

p/s..kadang-kadang nak merajuk jugak sebab kecik hati...nak bawa diri..selalunya kat Imranlah...bila akak geram akak pura-pura ambil beg besar...isi kain baju...selalunya dia minta maaf dan melalak..

Sabtu, Julai 03, 2010

Janji yang telah di tepati

Ingat kan akak ada buat contest yang hadiah susu tu..2 orang yang masuk contest akak tu akak dah janji nak belanja makan.  Tapi oleh sebab masing-masing ada hal ajer..baru hari Rabu tertunailah hasrat di hati .
 dah jumpa masa Gatsby tapi masa tu masing-masing sibuk main games ajer
Beliau ialah  shiorila seorang ibu beranak lima.  Katanya dia dah lama masuk  ke blog akak..tapi jadi silent reader ajer..hairan ek..

Kenapa nak jadi silent reader..rugilah..nanti masing-masing tak dapat kenal..oleh itu sape yang sudi masuk ke blog akak..silalah bagi komen ...kalau boleh...jangan kat shoutbox..kat bawah N3 lah yer.

Kalau akak rajin akak gilah jenguk ke blog kamu...tapi oleh sebab akak tengah layan cerita korea..jadi akak cuma pergi ke blog member yang bagi komen ajer yer..kalau yang dah kenal tu dan pernah jumpa..dan bila dia bagi salam kat shoutbox..terpaksalah pergi jugak ke blog mereka....takut kang ada yang kecik hatilah pulak.
 layak gamaknya kalau naik moto besar ni...balance dengan saiz badan akak..
Sebab kat umah tak  ada internet akak gilah ke library..lepak kat situ...pastu janji dengan shiori nak ajak makan kat Restoren Yusuf Haslam...borak punya borak..luper nak ambil gambar..

lagipun orang ramai lah pulak masa tu..lepas habis makan dan nak sampai kat tempat parking..baru teringat  nak ambil gambar..kebetulan ada pulak motor besar milik  polis trafik..jadi kami pun posinglah kat sini.

Maaf yer shiori jika ada tersilap kata masa kita lepak sambil makan yer..dia kata dia berdebar nak jumpa akak hari tu...apasal ..akak bukan harimau lah..tak makan orang per....

p/s alamak sorrylah shiori akak tak bagi apa-apa..tq bagi gift tu yer..

Jumaat, Julai 02, 2010

Saje nak buang duit

Entahlah..buat facial kiranya membazir duit ker?  Rasanya tak kot? Kiranya macam memanjakan diri ajer.....Bukan selalu buat pun..
lagipun buat facial ni bukannya kat tempat spa yang mahal yer..spa kecik ajer tempat orang melayu....syoklah bila muka kena stim
spa kecik ni  kat greenwood ajer..tu pun entah mimpi apa nak buat...bila ambil imran balik sekolah selalu lalu kat depan spa ni...
last akak buat tahun 2007...dah berapa lama kan...
banyak betul kekotoran kat muka.
memang berbaloi rasanya..baru RM50.00 untuk satu setengah jam...kat sini dia pakai product Sendayu Tinggi..tu yang akak berani nak buat..kalau sape nak buat facial bolehlah pergi ke Greenwood.  

Nama Spa dia Zalin Spa bersebelahan dengan kedai Nasi Ayam Kukus..
 ada jugak perkhidmatan potong rambut (tempat tertutup harga RM12.00)..nak rebonding ker,  nak perm pun ada....nak lulur pun ada..dulu ada perkhidmatan urutan...lepas minah indonesia tu kerja 2 tahun dan dia dah buatkan permit..terus orang indonesia melarikan diri.  Sabar ajelah.

Akak promosi secara sukarela yer..no komisyen..biar bisnes dia berkembang maju..seronok tenguk orang melayu berniaga.

Khamis, Julai 01, 2010

Kruppp Krappp Makan Mee Siput Batu Pahat

Sejak kawin dengan orang Johor..macam-macam makanan tradisional dari Johor yang akak tau..macam mee siput ni...dulu masa anak dara mana ada jumpa..yang jumpa selalunya cencaluk, belacan dan dodol ajer..dulu susah nak berjalan sebab abah tak ada kereta.
Mula-mula belajar makan mee siput ni pun dari adik ipar yang memang ibubapa orang Muar, Johor..pelik tenguk dia beli mee siput ni tiap kali baru balik beraya kat Muar..dia pun bagi akak satu peket buat rasa.

kena minyak betul-betul panas baru masukkan mee siput ni...
kalau idak berminyak dan tak berapa sedap nak krukkkk krakkkkk

Kalau nak lagi sedap makanlah dengan sambal tumis..tak kira sambal tumis udang ker ataupun sambal tumis ikan bilis...waduh enak bangat dong...
beli kat segamat...dulu akak pernah beli kat taman yayasan di segamat..tapi tak sedap..keras sampai nak tercabut gigi akak dibuatnya..sekarang ni dah tau yang mana mee siput yang sedap..akak rekomen yang ni..

Yesss orang Batu Pahat..nanti habis stok tolong belikan...tak kan nak gi jejauh semata-mata nak beli mee siput ni...rugi minyak dan tol...tak pun suruh ajer anak akak cari orang Batu Pahat..balik kampung boleh tolong beli kan..(ishhhhh melalutlah pulak akak ni..mana boleh paksa-paksa anak-anak kannnn)


p/s ingatkan hero Winter Sonata yang mati tu...rupernya second hero..

Rabu, Jun 30, 2010

Bila tangan kiri ashik gatal ajer

Orang tua-tua kata..kalau tangan kiri ashik gatai ajer..maknanya duit nak keluar..

Betullah tu....memang kena keluar duit sebab nak beli power supply yang di sambar petir.  Tak sangka ada petir..sebab petang semalam cuaca cuma mendung ajer..akak pulak tengah layan ceta korea....ingatkan bila habis satu part ...nak stop..pasal nak ambil Imran kat sekolah.
Tiba-tiba..pang...dan bau hangit..kelam kabut tutup semua...tapi dah terlambat..dah memang nak kena...selalunya kalau petir yang pertama, insyallah tak apa-apa....redha ajerlah
Nasib baik cuma power supply yang tak sampai RM100.00...bila dah beli baru..wayar nak masuk pula tak sama saiz...bila nak tukar tak ada stok...kena tunggu lagi..ishhhh tension akak dibuatnya..nasib baik memang rancang nak gi ke Perpustakaan Negara..bolehlah lepak sambil jawab komen kat situ..foc...best kan..tapi tak leh buat N3...lepas ada janji dengan member dan pastu ada hal lain lagi sampailah masa ambil Imran kat sekolah..balik lepak tenguk orang minyak....goreng nasi ajer pasal dah penat...lepas maghrib Firdaus gi tukar power supply..alhamdulliah dah okey dah...dugaan kannnnn
 .tapi kan....kalau kena mother board lagi haru...beratus-ratus..habislah duit nuffnang bulan ni...kena beringat lepas ni...sebab ni dah 2 kali dah..

Selasa, Jun 29, 2010

Beza memang berbeza

Beza betul lah zaman akak dulu dengan zaman anak-anak ...bila di kenang balik memang berbeza sungguh.
Dulu lepas bangun sembahyang subuh, terus tolong mak basuh kain kat perigi. Selalunya akak basuh dengan kak long akak... Walaupun camtu..seronoklah sebab basuh ramai-ramai.  Gosip menggosip mestilah ada.

Kalau ada orang bujang handsome mandi..mesti malu-malu kucing. Tapi taklah berani nak bertegur sapa.  Sebab kalau basuh kain mesti ada makcik-makcik..kalau kita layan ..mesti hebuh satu kampung..

Kau tau mah, anak kau lina tu gatal...borak dengan jantan...

....dulu memang orang kampung suker ambil tau pasal hal camni....ala busy body......tu yang bagus..sebab ada tukang sampai ataupun tegur bila kita buat perkara yang tak elok.

...jadi taklah kita ni lupa diri..taklah macam sekarang ni..hal maksiat pun di diamkan...nak tegur anak orang pun takut..sebab selalunya family dia orang selalu kat...

ehh..jangan jaga rumah tangga orang...jaga rumah tangga sendiri sudah..

Lepas basuh,  kena pulak perah kuat-kuat terutama bila basuh selimut ataupun cadar.  Kena sidai kena  cepat-cepat takut nanti kain baju tak kering.

Bila dah bekerja pulak, mana boleh nak bangun tidur lambat  atas alasan penat bekerja.  Mesti mak  marah sebab kata mak...

Anak dara tak elok bangun meninggi hari, tak elok.  Nanti rezeki susah nak masuk.

Pastu kena tolong mak kemas rumah, tolong mak masak.  Potong bawang, cili ataupun siang ikan walaupun masa tu sekolah rendah lagi.  Bila sekolah menengah pulak kena  belajar giling cili.  Mana ada elektrik masa tu.
 Tertonggeklah punggung yang masih cun nak bagi cili tu lumat.  Tapi masa buat tu tak adalah fikirkan malas ker, penat ker..buat suka rela.  Dan tak berani nak lawan cakap mak sebab nanti selalunya mak cakap...
Jawab..jawab...nak kena cili mulut tu....
ishhhh memang dah pernah kena.
 .ampun ...sampai menangis dibuatnya..tobat tak nak jawab lagi lepas tu.

Lepas tu mak ajar serba sikit camner nak masak ni ataupun masak tu...oleh sebab masa tu abah suker makan masak lemak cili api..akak dan kak long kenalah jaga santan jangan sampai naik minyak ataupun melimpah.

Anak dara sekarang ni pulak....boleh tidur balik lepas sembahyang subuh.  Bila kejut ada ajer alasan dia..

Ala mak, bagilah rehat sikit..penatlah..bla...bla... ada ajer alasan mereka.

Kalau nak harapkan sidai kain, entah pukul  berapa kain boleh kering walaupun guna mesin basuh.
Kalau suruh potong bawang.,  Ala mak tak naklah..pedih biji mata.  Bau busuk.

Kalau suruh potong cili.....Ala tak tahanlah, pijar tangan.


Kalau suruh siang ikan...Ala busuklah..tak pandailah...bla....bla...
Kalau suruh goreng ikan, Ala mak...meletuplah, kena tangan nanti (takut bebeno cacat sikit tangan tu)

Kalau suruh buat kerja..............kejaplah...kejaplah...kejaplah...tak habis dengan sekejap..

Kalau nak suruh masak...ada ajer alasan dia..padahal dah senang dah sekarang ni...petik ajer suis..



nasi dah masak...tak adalah nasi hangit macam zaman dulu ..kena lapik dengan tudung periuk lepas nasi kering..kalau tak jaga-jaga boleh hangit.
petik suis ajer.. cili dah hancur..tu pun tak rajin jugak nak ke dapur...
ada ajer alasan tak nak memasak

Akak selalu kata...

Kalau tak nak belajar masak sekarang ni...mesti susah bila dah kawin.  Kalau belajar tinggi pun mesti ke dapur jugak. Kalau dapat suami yang tak nak makan luar lagi payah.  Macamana penat balik kerja pun mesti masak. Bla..bla..bla..

Yang paling tak tahan...bila masak, tenguk tv mesti tangan tu tak lepas dari handphone...geram betul lah.  Duit tu habis beli top up ajer..bila tenguk apa yang dia orang sms..

Dah makan...satu sms

Dah siap...satu sms

Tak boleh ker...tulis ajer panjang-panjang sekali..

.sayang dah makan..nak mandi dah minum....kan senang.  Tak membazir duit top up tu.

Bila pot pet...pot pet...dia boleh jawab..

Ala mak zaman dah berubah..sabar ajerlah..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...