OOO

Khamis, Mei 13, 2010

Pelaling Masak Taucu

Bila tekak rasa tak sedap ..buat masak taochu ni..garenti makan bertambah..tapi mesti makan bersama-sama nasi panas..barulah sodap..ambil resepi dari Ah Mat Gebu..
Buat adik-adik dan anak-anak yang tak pernah ke pasar, masak ataupun ke dapur..nilah rupa bentuk ikan pelaling yer..tak sama tau dengan ikan kembong..sebab perut dia kempis macam orang puasa/tengah bulan...kembong pulak perut kembong..tu sebab panggil ikan kembong.
 
 BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 - 6 ekor ikan gelama (atau apa2 ikan yang digemari)-akak guna pelaling
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 2 biji cili hijau, hiris-akak guna cili merah-belah 2 dan tambah cili padi..nak rasa pedas sikitlah..
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 1/2 camca besar taucho
  • 1/2 inci belacan + 1/2 cawan air, ramas hingga sebati-tak letak
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Siang ikan, cuci bersih, kelar2 dan lumur dengan kunyit dan sedikit garam, gaul rata dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggal kan dalam 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga harum, masukkan belacan + air, sos tiram dan juga taucho. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tuang air dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan ikan dan juga sedikit gula. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit, rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Angkat dan hidangkan segera.

13 ulasan:

  1. wah, masak taucu..teringatlak makanan mak kat umah ni..hehe

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. sodapnya masak tauchu!

    malangnya, saya tak suka ikan!!!

    ahahahaha

    saya hanya akan makan ikan pari, cencaru bakar, terubuk, siakap.

    BalasPadam
  4. .smlm bru mak kite masak taucu dgn ikan parang
    .sedappp!

    BalasPadam
  5. oh...pelaling ni ikan selar rupanya...huhu...ada juga org pnggil mabung..haih mcm2 nama.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ALAHAI VIVA BIRU

    BalasPadam
  6. salam kak ina..
    hehe.. comel sungguh ikan itu

    mak saya pun suka masak taucu. saya je tak suka sgt.. mcm masin sket bila letak taucu. tapi makan jugak.. hehe. kalau tak makan kang, kena belasah dgn mak ;)

    BalasPadam
  7. salam ina..macam mana akak bolih tak tau adenya ikan pelaling ni..first time..tau ni..ke ada nama lain untuk ikan ni..

    BalasPadam
  8. sedapnya kak..

    rasa lapar balik..hehehe..

    BalasPadam
  9. 1st time dengar nama ikan pelaling..

    BalasPadam
  10. Kak Ina... ni bukan ikan selar kuning ke? Cam serupa je? Kalau ikan selar kuning yang kecik-kecik tu, kalau digoreng, sedap ooo...

    Kita kalau tekak tak sedap, kita makan bubur nasi je kak...

    BalasPadam
  11. kak ina....
    kite baru tau ikn pelaling xsama ngn ikn kembong.
    ingtkan kat kmpng kite pggl ikn kembong kt sini pggl ikn pelaling..
    rupa2nya mmg 2 ikn yg berbeza ek..

    BalasPadam
  12. salam kak ina...
    Saya hari ni buat ikan masak tauco, tapi guna ikan pari....

    BalasPadam
  13. kak ikn pelaling ni ikn kembung aeh?1st time dngr name pelaling..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers