OOO

Selasa, Mei 18, 2010

Roti Saj dan Kima Daging

Mula-mula cam pelik dengar nama roti ni..tapi macam sodap ajer..Akak nampak roti ni kat rumah Ummi..Ummi ambil dari rumah Madihaa dan beliau pulak ambil dariblog Rusnah..dah puas dah jejalan resepi ni.  Akak c & p dari rumah Madihaa.
Bahan-bahan
1 sb yis mauripan
1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ MaDiHaA pun ikut sama)
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung (MaDiHaA tambah lagi sebab adunan agak lembik.. tak taulah kot tersilap sukat bahan coz menguli subuh2 hari.. hehe)
1/2 st garam
sedikit minyak
 

Cara membuatnya:
1.  Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
2.  Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.

3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada (9 - 10ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut dengan minyak zaitun macam gambar kat atas)
4.  Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....

Nota MaDiHaA
: Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer (akak gunakan minyak zaitun) semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

 Kalau buat roti nan..takkan nak makan mcm tu aje kan..kenalah ada benda yang nak di cicah...dulu akak selalu buat kari sardin...oleh sebab anak-anak ada kat rumah...jadi virus M terhapus..sebab seronok bila masak semua juadah habis...berbaloilah masak macam tu kan...resepi ni ambil dari rumah chef ah mat gebu...resepi yang boleh di percayai...oleh sebab malas...akak c & p aje dari rumah dia..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji kentang, kupas, potong dadu sederhana besar, dan rendam
200 g daging kisar
1/2 batang lobak merah, kupas dan potong dadu sederhana besar-akak tak letak
2 biji tomato (sederhana besar), didadu kasar
2 biji bawang besar, didadu
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 camca besar rempah kari
1 biji cili merah, potong kasar2
1 biji cili hijau, potong kasar2
2 camca besar tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar minyak masak
500 ml air (atau secukupnya)
2 biji cili hijau*
3 ulas bawang putih*
3 cm halia*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bahan kisar, tomato puree bersama rempah kari. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak (gunakan api kecil).
  2. Masukkan daging, kentang dan lobak merah, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan kecilkan api. Terus memasak hingga kentang/lobak merah lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). Masukkan sekali kacang hijau dalam tin ek..
  3. Tambah tomato, cili merah, cili hijau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama roti arab, atau roti putih biasa....
      
    Imran tak suka cicah..dia nak letak cheese kat atas roti saj ni..
    pastu bakar dalam oven guna api atas ajer..

    13 ulasan:

    1. petang..ujan2 nie jadik lapar perut..nengok kima daging & roti saj nie

      BalasPadam
    2. Assalamualaikum Kak Ina

      salam ziarah

      Wassalam

      BalasPadam
    3. cam sdap je..lapo lak ujan2 tngok..

      BalasPadam
    4. roti saj ni popular betul ye sini sana!!

      BalasPadam
    5. kak ina, saya bab bab ni saya pakat makan jer, ahaks

      BalasPadam
    6. erk..bley la saya try..lgpon tgh cuti kt umah ni.hehe

      BalasPadam
    7. ina...saya suka kima daging...memang sedap makan dengan roti arab...terim akasih kerana bagi resepi...

      BalasPadam
    8. kak ina

      sedapnyerrr...saya suka sangat makan daging2 ni tapi kat sini mahal..kalau nak beli tu, kena pk banyak kali..kalau kambing tu murah, tapi tak suker ada bau..

      BalasPadam

    Adsense

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...