OOO

Khamis, Jun 10, 2010

Kisah arwah Harith

Aduhai internet ni...fening dibuatnya. ..ada orang komen kata susah nak masuk ke blog akak lah sejak akhir-akhir..jadi akak terpaksalah buat template baru..ni sementara dulu...sementara my manager senang nak buat template baru.  Komen pun yang mana akak sempat akak jawab dulu yer..

Akak nak cerita serba sedikit tentang arwah cucu saudara (maaf..mula-mula tulis anak saudara..kelam kelibutlah) yang meninggal pada hari Jumaat yang mulia minggu lepas.Sebelum arwah di masukkan ke hospital segamat pada hari Rabu..arwah sekeluarga sempat pergi ke Melaka bersama ibubapa dia sebab ada family day office ibu dia.  Lepas tu mereka gi pulak rumah saudara kat Johor.

Masa lepas balik..arwah demam dah...gi ke klinik..doktor tak dapat detect lagi..cuma ambil darah.  Bila dah tau ..terus aje ibubapa arwah bawak gi ke Hospital Segamat pada hari Rabu.  Masa pergi tu dia masih lagi boleh gelak dan bermain-main.  Tapi bila sampai hospital dan terus di pasang segala wayar tu..mulalah dia tak sedarkan diri.  Terus di masukkan ke ccu...tak lama dia dah tak sedarkan diri.  Kesian kan.

Pada hari Khamis...dia dah teruk dah....disebabkan Hospital Segamat tak cukup kelengkapan akhirnya di bawak ke Hospital Johor Bharu.  Arwah ada adik perempuan ..akak panggil Hana...sebelum  arwah gi naik ambulan bersama-sama ibubapa..Hana menangis nak ikut..tapi nenek dan atok dia tak bagi ikut..dia menangis..sebut...nak ikut abang long...nak ikut abang long...

Sampai dia baling semua benda kat rumah nenek dia..mengamuk..padahal selama ni Hana tak pernah berkelakuan begitu.
Bila sampai kat Jay Bee...doktor dah kata 50..50 dan di masukkan ke icu...ibubapa arwah berjaga-jaga tak nak tinggalkan arwah keseorangan..mereka berjaga siang dan malam...sape kan yang sampai hati nak tinggalkan anak bila dah macam tu keadaan dia.

Hari Jumaat yang mulia, ayah arwah call fil bagitau yang darah dah mula keluar dari mulut dan hidung arwah..dan akhirnya lebih kurang pukul 1.00 tengahari arwah telah meninggalkan kesemua orang yang menyayangi beliau.

Oleh sebab bapa arwah panik..sebab kat sana dia tak ada orang yang tolong settlekan segala-galanya...dia terlambat nak bagitau kat atok dan nenek yang menjaga arwah sejak dari baby lagi...sementara ibu arwah dah tak berdaya nak menjawab segala call yang masuk..dia dah lembek..

Kebetulan selepas sembahyang Jumaat atuk dan nenek arwah dalam perjalanan nak ke Hospital Jay Bee nak tenguk arwah kat sana (cucu sulung)..tapi bila nak sampai kat area Tol Yong Peng, bapa arwah call bagitau tak payah ke Jay Bee..sebab arwah dah meninggal.  Terpaksalah mereka berpatah balik ke Segamat dan menguruskan upacara kebumian.

Suami akak dapat berita pukul 4.00 petang...balik kerja..kemas apa yang patut..keluar dari rumah dalam pukul 7.00 petang...tersekat kat jalan yang jem kat Kuala Lumpur dekat 1 jam...masuk highway sungai besi pun jalan sesak sampai ke Simpang Ampat..akhirnya tak sempat nak tenguk arwah buat kali terakhir.

Baru sampai kat Nilai, sil call bagitau mayat dah sampai sebelum maghrib dan akan dikebumikan selepas sembahyang isyak.  Memang tak sempat..kami tersekat dalam kesesakan jalanraya.  Sampai di Gemas, hb call , sil bagitau mereka dalam perjalanan balik ke Batu Anam semula.

Sampai kat rumah fil..dekat pukul 12.00 tengahmalam.  Memang tak ada rezeki nak jumpa arwah.  Menurut kata biras yang menurunkan jenazah di liang lahad...muka arwah bengkak..dah tak ada rupa arwah lagi..mulut, hidung dan telinga dah keluar darah tak berhenti..

Sementara kat liang roma arwah dah kemerahan...dah jenazah arwah telah di balut dengan plastik..takut keluar darah dari anggota badan.  Kesiankan.  Tu sebab tak boleh tunggu lama..kena kebumikan secepat mungkin.

Dah tersurat arwah hendak meninggal cara camtu..semuga arwah tenang di sana. Al fatihah.

p/s suami akak kata kena beli balik ubat nyamuk berasap ...sebab yang sembur tu kurang berkesan..ishhh fening bau asap ubat nyamuk ni..lagi satu orang kata kalau dah kena denggi berdarah ....payah nak baik...sekejapan ajer boleh meninggal..



16 ulasan:

  1. dia sakit ape kak?

    BalasPadam
  2. nice n3..visit mine if free k.;D

    BalasPadam
  3. Kita kena pastikan kawasan rumah terlepas dari pembiakan nyamuk...

    Kalau tak silap mas, arwah kena demam denggi kan?

    BalasPadam
  4. kena sentiasa berwaspada dgn nyamuk aedes ni. bahaya betul kalau dh kena gigit.

    al-fatihah utk arwah harith..

    BalasPadam
  5. takziah untuk keluarga arwah =)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Ina

    semoga arwah masuk dlm gulungan orang² yg soleh

    Wassalam

    BalasPadam
  7. kakak dia sakit apa sebenanye..kesian..sedih..

    takziah untuk keluarge arwah =(

    BalasPadam
  8. alfatihah buat cucu saudara akak....memang bahaya dan takut kan kak...demam denggi berdarah nih........ada juga yang berminggu2 lamanya dalam ICU pun ada...

    BalasPadam
  9. Salam kak ina,
    Takziah buat family kak ina, dan ibubapa arwah. Al Fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri Rahmat Allah. kasihan dia. Moga2 kita dijauhkan penyakit denggi ni. Na'uzubillah min zalik..

    BalasPadam
  10. salam kakina.
    Al-Fatihah untuk arwah Harith. moga rohnya dicucuri rahmat.
    saya pernah kena denggi berdarah sekitar awal tahun 90an dulu. masuk spital pakar. sib baik masih peringkat awal. alhamdulillah...xde apa2 yg berlaku...

    BalasPadam
  11. takziah kepada keluarga arwah

    BalasPadam
  12. Takziah buat keluarga arwah..
    Semoga arwah ditempatkan bersama golongan2 yg beriman, insyallah..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    BalasPadam
  13. denggi ni tak boleh lepa sikit.
    mesti stiap masa nak kena beringat.

    BalasPadam
  14. Adohai.. :(
    tp mmg betol. denggi berdarah bahaya sungguh. ai pon merisau ni kak. anak org tkt 9 dah kene denggi. ai duk kt tkt 10. minggu ni je dah 2 kali MPS sembur nyamuk kt tingkat kami..isk..risau..

    semoga roh arwah tenang di sana...amin..

    BalasPadam
  15. kak ina...takziah buat keluarga arwah.
    pasal ubat nyamuk ..saya guna ridsect yg lipat tu..takde asap & takde bau...nyamuk pun takde.

    BalasPadam
  16. salam...passerby ...arwah sakit demam denggi berdarah.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers