OOO

Ahad, Jun 20, 2010

Spageti Daging

 Kali ni buat yang simple dimple ajer..ada dah tau kan...orang kata sos yang tu ada t...utt..tapi tak tahulah betul ataupun salah...tapi memang akak dah tak beli dah...akak masak sendiri.

Bahan-bahan
  •   1 paket  spageti
  •   500gm daging kisar
  •   1 tin  besar pati tomato (puree)
  •   1 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
  •   3 biji bawang putih
  •   2 biji tomato yang besar
  •   1 sudu teh oregano
  •   1 sudu teh thyme
  •   garam (ikut citarasa masing-masing)
  •   5 sudu makan tomato sos
  •   2 sudu makan sos cili 
  •   sedikit minyak zaiton/minyak masak/minyak jagung

Cara Untuk Buat Sos
1. Rebus spageti bersama sedikit minyak sehingga lembut..
kemudian  biarkan dalam periuk dan alirkan air sampai air rebusan sejuk dan toskan lepas tu  bubuh sedikit minyak/minyak zaiton.
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih
3. Tomato di mesin tanpa air....
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
5.  Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak dan masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan  pula tomato puree dan 1 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme dan  cili sos dan sos tomato dan biarkan mendidih perlahan.
9. Biarkan sos mendidih sehingga 10-20 minit (pekat) dan rasa dulu (agak-agaklah yer) barulah di padamkan api dan makan bersama spageti.

6 ulasan:

  1. Sedapnya spegethi kak...Bilalah nak try ni...Org2 kat rumah ni mana reti nak mkn spegethi..huhuhu

    BalasPadam
  2. kurang minat spageti,biaselah sy ni org kampung.hehehe

    BalasPadam
  3. mum saya selalu masak ini untuk sya!

    favourite la untie!!!

    haih, rindu pulak kat rumah~
    hak3

    BalasPadam
  4. salam...sue..apasal tak boleh masuk ke blog kamu..boleh bagi link yang betul tak?

    BalasPadam
  5. bestnya..jarang je makan spageti..

    takut jugak ek kita termakan yang dikatakan ada t..u..tttt tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers