OOO

Isnin, Julai 19, 2010

Jom Kita Pekena Itik aka Bebek Panggang di Restoran Haji Sharin Low, Bukit Antarabangsa

Bila anak-anak ada kat rumah..akak ajak  suami belanja makan kat luar..bukan senang nak dapat berkumpul macam ni. Mula-mula nak makan masakan arab..tapi akak cadangkan makan kat sini.  
Tempat dia di Bukit Antarabangsa.  Memang agak tersorok tapi kami dah call dan mereka bagi arahan macamana nak ke sana.  Bila sampai simpang Jalan Wangsa 9 dah ada dah petunjuk nak gi ke sini.  Insyallah tak sesat lah.
Mula-mula sampai macam tak ada orang.  Suami kata tak sedap kot.  Akak benganglah sebab akak yang cadangkan gi ke sana selepas baca feed back yang baik dari member blog tentang tempat ni.
Pelayan yang sudi melayan setiap pertanyaan tentang menu.  Tak lama kemudian orang makin ramai.elok jugak kami datang masa orang tak ramai sebab cepat sikit dapat makan..

oh yer..luper pulak...kalau hari gaji..mungkin ramai yang datang..jadi sebaiknya buat tempahan dahulu..takut tak ada tempat duduk nanti.

macam-macam ada..cuma siapkan wang tunai yer....no credit card tau..kalau tak duit dalam dompet baik gi cucuk dulu..
Signature Roast Duck..nilah sebabnya akak cadangkan supaya makan kat sini..nak makan itik aka bebek..memang sedap..tak hanyir..sos nampak macam entah apa-apa ...tapi bila dah rasa..semua kata sedap.

Turut kelihatan nasi goreng kampung dan tofu..akak bagi 9/10..memang menepati selera kami semua.
 "Mungkin sebilangan kaum Melayu berkeinginan mencuba itik panggang tetapi disebabkan ia tidak halal, niat itu terpaksa dilupakan. Itik biasanya dimasak rendang oleh orang Melayu tetapi orang Cina lebih suka panggang..(review dari pelanggan)

Betul kata suami akak..dia kata tertunailah hasrat dihati nak makan itik panggang bila lalu kedai cina..sekarang ni barulah dia merasa masakan yang lazat ni.
Air Lo Han Guo mengandungi tiga jenis buah iaitu longan, Lo Han Guo (sejenis buah dari China) dan kundur antara minuman popular di restoran itu. Disediakan hasil resipi Sharin, minuman itu membantu menyejukkan dan membuang kahak.
Bersama tuan punyer kedai Hj Sharin Low...baguslah beliau..sebab
memang dia layan customer..siap angkat kerusi lagi bila tempat penuh..
Aksi terlampau..cium mulut itik
Imran mula-mula hairan tenguk mulut itik tu...
akak suruhlah dia buat aksi terlampau
habis licin di kerjakan dek kami anak-beranak
Terima kasih suamiku ...sudi membelanja kami...
seronok tenguk semua tersenyum kekenyangan.
 Lepas ni insyallah nak datang lagi..sebab banyak lagi yang belum kami rasa..harga  berbaloi..tunggu poket hb penuh balik bila hari gaji dan sebelum Yana balik semula ke India...

Yang best tu suami akak kata..Ina ni barulah makan sedap..berbaloi dengan RM yang keluar.  Akak senyum sebab bukan duit akak yang keluar dan akak gantung periuk hari Sabtu lepas.

Untuk keterangan lanjut gi ajer ke http://www.facebook.com/HjSharinLow

21 ulasan:

  1. wahh memang teringin nak makan itik panggang yang halal nih...kat area mana ni kak?leh gak ajak cik abang gi sana...

    BalasPadam
  2. tak pernah makan itik. mungkin boleh cuba nanti.

    Entry terbaru dari Hazzy,
    Inception-mimpi dalam mimpi

    BalasPadam
  3. cam best je itik tu...kalau gulai itik serati (kat kelantan) penah makan..itik xmerasa lagi ni..huhuhu

    BalasPadam
  4. matjoe sekarang mmg suka makan itik. 1 meal rm9.50, almost everyday lak tu. adoii, that explain badan yg semakin membulat

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Ina

    dengan mulut itik tu dia panggang

    kak ina belum makan dah nak lentuk tu

    Wassalam

    BalasPadam
  6. kat area umah saya nih. sy kan kak ina, mmg xpandai mkn itik. maaf kata siap geli.. masalah nye pas baca review kak ina meluap2 pulak tingin makannn ya allahh nmpak sedap aje sume2 tuuu hahahha. papi mmg selalu ajak sy mkn kt sini tapi sy bolayan sbb sy andaikan menu xsedap dan mahal.. pas nih kompom sy cuba..

    BalasPadam
  7. teringin2..sebelum sarat nanti mau terjah sana..hehe..

    so ada 7 bulan lagi..haha

    BalasPadam
  8. salam kak ina...pnh mkn itik msk kicap berempah agaknyer la sbb warna dia hitam :D ms kecik2 mane nak tau masak apakan...ok gak rasenye..yg panggang ni x pnh lg tp klu x hanyir nak gak cuba rase :)

    BalasPadam
  9. salam kak ina!!!lama x jengok2 kak ina kat sini..huhuh..maklum la..mak yong.malasss je skrg ni.huhuh..kak ina,saye hari2 lalu kat sighboard hj.shahrin low ni..sbb sye dok uk perdana..mmg susur ke bukit antarabangsa..huhuh..tapi x terfikir nak ajak hubby gi restoran tu..hubby mmg suke mkn makanan cina muslim ni..insyaallah nanti 1 hari nak ajak dia pegi la..tapi kena make sure poket penuh dgn cash kan??no ccard..hehehe

    BalasPadam
  10. pernah tgk di tv pasal kedai ni kak...tp x pergi2 lagi...mesti mahal kan kak...sebab klu emak beli itik mentah di pasar pun cecah rm50 gitu...ni klu da masak..ermmm...baper ek harganyer...

    BalasPadam
  11. tak pernah makan itik..seronoknya tgok famili akak..ceria je

    BalasPadam
  12. comel anak dara kak ina yer... hehehe

    mas cukup minat masakan cina... kalau ada masa, leh la pergi nanti...

    BalasPadam
  13. besh3.....nak gi gakk laaaaaaa......

    BalasPadam
  14. nampak sedap tp teringat donald duck la plak :P

    BalasPadam
  15. kalau dekat harus liza pegi kak, jauh skit nak sampai sana

    BalasPadam
  16. itik panggang!!! akhirnyerr.... tq, k ina coz buat review neh... mmg dh glemer restoran neh

    BalasPadam
  17. salam dan selamat pagi.itik ni makanan kegemaran suami cm.walau pun agak mahal tapi berbaloi-baloi.

    BalasPadam
  18. nak try jugaklah suatu hari nanti..

    BalasPadam
  19. salam kak

    mmg teringin nak rase itik panggang tu,nti nak bwk keluarga ke sana lah,terima kasih kak memang xtau jln dia..tersorok

    BalasPadam
  20. wahh..perluuu cubee nii....elya mmg sukeee chinese food....:D

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers