OOO

Jumaat, Julai 09, 2010

Jomlah Join Gathering Geng Blogger

 Mula-mula nak buat kat Taman Tasik Putra kat Putra Jaya..tapi dah ada perubahan di sebabkan masalah teknikal.

Akan di adakan di Putrajaya Challenge Park.



Aktiviti

Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 July 2010
Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya (Rujuk lampiran 1 untuk peta)
Masa : 9 am hingga 5 pm
Tentatif :
9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar
(Rujuk lampiran 2 untuk senarai penuh)






Lampiran 1 - Peta ke Lokasi Gathering GengBlogger

1)Bagi yang menaiki kereta, boleh menggunakan peta dibawah ini (dari Putrajaya International Convention Center (PICC), boleh ikut laluan ini)




2)Jika menggunakan kemudahan awam dari Kuala Lumpur
Bas - Menaiki bas rapid KL (rujuk sini) ke Putrajaya sentral
ERL - Menaiki ERL di KL Sentral ke Putrajaya Central. RM 18 return
Di putrajaya central, akan ada perkhidmatan yang akan mengambil anda untuk ke tempat program. Sila telefon/msg ke no ini 0169640972 selewat-lewatnya pukul 11.59 malam pada 9hb 7 2010 jika mahu menggunakan perkhidmatan ini.




Lampiran 2 - Tentatif program

9.00-10.00 am :
Pendaftaran peserta
Semua peserta termasuk tetamu yang hadir dikehendaki mendaftar nama untuk tujuan dokumentasi di tempat yang akan disediakan disana. Bagi yang telah menempah dan membayar baju, boleh menuntut baju anda di meja pendaftaran dan kepada yang ingin membeli baju (1st come 1st serve), juga boleh membelinya disana.


10.00-1.00 pm :
Aktiviti luar Blogger
Blogger-blogger akan berkumpul di suatu tempat untuk tujuan ice-breaking dalam satu kumpulan besar. Selepas itu semua peserta akan membentuk 3 kumpulan kecil untuk memulakan aktiviti dalam sukaneka. Sukaneka ini sesuai untuk semua lapisan umur bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara blogger-blogger. (tiada lari-lari, tiada tension-tension, hanya FUN)


1.00-3.00 pm :
Rehat, makan dan solat
Untuk makanan, Gathering GengBlogger kali ini hanya menyediakan minuman percuma (terhad) dan sedikit makanan ringan. Untuk makanan berat, boleh membawa sendiri makanan dari rumah (pot luck) dan ada juga jualan di cafe PCP (duit sendiri). Pihak kami sangat mengalu-alukan untuk setiap blogger membawa makanan sendiri agar kemesraan lebih terasa. Ruang solat disediakan dan kain sembahyang bagi perempuan adalah tanggungjawab masing-masing.


3.00-4.00 pm :
Perkongsian dari senior blogger
Gathering GengBlogger kali ini menjemput penulis di kujie2.com (kak jie) untuk menyampaikan perkongsian bagaimana mahu berjaya di bidang blog. Perkongsian berbentuk 'sempoi' ini dilakukan secara informal dan mana-mana blogger yang ingin berkongsi, boleh gunakan kesempatan sesi ini untuk berkongsi. Akan ada juga sesi soal jawab mengenai alexa dan pagerank dari Ariffshah.com (ariff shah).


4.00-5.00 pm :
Sesi bergambar
Semua blogger akan berkumpul dan mengambil gambar kenang-kenangan.


Lampiran 3 – No untuk dihubungi

Jika berlaku sebarang masalah atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi

joe – joegrimjow@gmail.com (0169640972)

Untuk lebih detail ke sini yer http://joegrimjow.blogspot.com/ (KLIK SINI AJER)


Kalau tak pergi rugi..sebab  boleh jumpa blogger satu malaysia..

akak ni di antara 2 persimpangan...antara family dan blogger..ishhhhhh fening..

17 ulasan:

  1. seronoknya tapi tak boleh pergi ada hal lain

    BalasPadam
  2. bestnye kalo dapat pegi.. tapi aiz dok langkawilah pula.. jauh gile.. macam nak ke pluto.. ^__^



    Aiz latest entry
    Babysitter pukul baby pula
    How to be profesional blogger
    babysitter attacked by a cat brutally!

    ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

    BalasPadam
  3. Visiting here friend..Nice..Special contest bring to u. Don’t Miss it!

    BalasPadam
  4. saya tak pergi. tapi harap2 semua yg pergi tu have fun kat sana.. :)


    Jeritan Gooall di pagi hari

    BalasPadam
  5. k ina kalau pegi cakap ek. baru kite ade geng. daydeck x de transport plak nak pegi

    BalasPadam
  6. salam kak ..

    lamo x singah , tenet xdak kt opis..

    oh ada geth ke?
    waaaaa samo cm akak le.. ada fmily nye plan .. adeh cmner ni ?

    BalasPadam
  7. aiyoo..takde kesempatan nak pegi..huhuhu

    BalasPadam
  8. kak buat keputusan yg terbaik kak apa yg penting dahulukan keluarga ye... ingat dia sumber ilham kita.

    BalasPadam
  9. saya ada pilih family kak..nak wat camna...kan..

    akak pg tak malam nie...saya pergi...
    akak dr mana yea nanti...
    YM saya klu akak free - reenynor3423@yahoo.com

    BalasPadam
  10. kak ni semua blogger leh pergi ke atau yang join geng blogger je leh pegi....kalau saya utamakan keluarga la kak....

    BalasPadam
  11. masa joe publish entri ni, saya belum pun minta izin dgn suami, kiranya belum dpt green light...tapi sbb dah mention nama serata alam..aishh... kena dtg le jug

    tak baik tau joe, main taktik mcm gini..hehe

    BalasPadam
  12. nk join!!!! tppppppp...segan..

    ahauuuuuuuuu :P

    BalasPadam
  13. kak kalau g halo2 eh..hehehe

    BalasPadam
  14. kak ina, thx u, dah update

    esok mau tgkap gambo banyak2 lepas tu kite tayang serata dunia, bagi GTO jeles
    hehe

    jumpa esokkk

    BalasPadam
  15. Huhuhuhu.. respek ngan kak ina.. boleh layan gak ngan bebudak2 ni kan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers