OOO

Memaparkan catatan dengan label gath/jumpa member blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gath/jumpa member blog. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 30, 2011

Bertentang Mata Dengan Chef Yang Glam

Kami berkenalan di alam maya dalam tahun 2008 semasa akak mula-mula berjinak dengan pc dan masuk forum MY RESEPI.  Kebetulan kami berkongsi minat yang sama iaitu masak memasak dan mengumpul pinggan mangkuk lama. 

Memang dari dulu kepingin nak jumpa Mat,  tapi tak ada kesempatan nak ke Jay Bee sebab selalunya sampai ke Segamat ajer.

Alhamdulliah, akhirnya tertunailah hasrat di hati, dapat gak berkunjung ke rumah Chef yang fofolur yang mana resepi  masakan beliau telah di terbitkan di majalah-majalah fofolur di Malaysia.  

Seronoknya bila dapat menjamah sendiri hidangan dan pecuci mulut yang di sediakan oleh beliau.  Memang terbaiklah..kalau sapelah yang bertemu jodoh dengan beliau dah tentu korang beruntung.

Walaupun sampai agak lambat di sebabkan sesat kerana pergi ke tempat shopping yang tengah fofolur (nanti akak cerita kat mana yer) , beliau masih sudi menyambut kami dengan senyuman.

Dapat juga bertemu dengan bonda beliau yang di panggil Mak Yah, ayahanda dan kekanda beliau tapi cuma  sebentar sahaja kerana mereka hendak membawa Mak Yah ke klinik.  

Terasa rugi tak boleh berbual panjang dan bergambar dengan Mak Yah sebab masa tu tengah menikmati hidangan tengahari yang di masak oleh Mat Gebu.
Anak-anak akak memuji masakan yang dihidangkan terutama Imran.  Bila makan pencuci mulut  trifle buatan Mat Gebu dengan selamba Imran berkata..

Kalah mak masak...sabar ajerlah wahai anak..
Aduhai kereta kalau di baik pulih tentu cun kan...antik sungguh.

Memang kalau diikutkan tak puas berjumpa beliau tapi masa mencemburui kami, dengan berat hati kaki melangkah meninggalkan rumah beliau.
Sedapnya roti ini...gebu sungguh, terima kasih sebab Mat sudi memberi ole-ole dan roti  untuk di bawa  di Jay Bee.  Bangga sudi dapat berkenalan dengan Chef Fofolur Satu Malaysia.

p/s Datang ke rumah Mat hari Selasa lepas tapi disebabkan penat dan bzzz sikit baru dapat curi masa buat N3 ini.  Sayangnya sebab tak leh letak muka Mat kat sini sebab ada sebab tertentu.

Kalau korang nak baca N3 beliau boleh ke SINI

MAT GEBU ORANGNYA RAMAH
SERONOK BERBUAL TAK INGAT BALIK
TERIMA KASIH KERANA BAGI DATANG RUMAH
KALAU BOLEH TAK NAK BALIK

Ahad, September 11, 2011

Gi Umah Blogger Kawin

Kami sampai agak lambat sebab gi open kat umah member hb, pastu jalan kat MRR2 cam kura-kura jalan..tension dibuatnya.  Nak buat camner sebab tak tau jalan lain..redah ajerlah.
 Masa ni hujan mula turun..cepat-cepat ambil gambar pengantin Norfa pastu gi makan. Wah Norfa lawanya kamu..agak berbeza masa kita jumpa kali terakhir dulu.
 Tak sempat makan jumpa blogger Aus dengan ehemmm dia..bergambar lagi.
Oleh sebab Sumijelly agak bzz dengan anak kecik (baru lepas pantang...dapat lagi hero) kakak dia  UmmiArissa (blogger gak ni) dari Kuala Lipis Pahang layan akak.  Baru nak makan katanya...bila baru 2 suap kena panggil pulak sebab kena ambil gambar bersama pengantin. Terima kasih banyak yer.
 Bila dah siap makan, barulah CikLily Putih dan husband dia sampai. Jumpa gak 2 blogger yang lain.  Sebelum tu pun ada juga blogger yang lain datang juga. Terima kasih kepada Sumijelly dan Norfa sebab sudi jemput kami.

Khamis, Ogos 25, 2011

Bestnya Berbuka Puasa Di Restoran Enak KL (Nuffnang & Samsung)

Mata tak nampak nak masuk benang
Itu tandanya diri dah tua
Berbuka puasa bersama bloggers Nuffnang
Tentu seronok dapat bersua muka
Bulan puasa jalan jem di mana-mana
Mat rempit pun mula mencilok-cilok
RESTORAN ENAK KL nama tempatnya
Secantik nama tentu makanannya enak-enak
Seronoknya dapat makan-makan
Makanan pula sedap-sedap belaka
Team talibarut makan tak ingat dunia
Lepas makan semua rasa gembira
Monyet tengah sibuk berlatih
Harimau nak tumpang sekaki
Salah satu kesukaan Cik Lily Putih
Laksa Johor yang sedap sekali
Bean Mereno suka makan pulut
Eyriqazz bekerja di bank terkemuka
Beranika jenis kueh mueh dan pencuci mulut
Banyak pilihan tak tau nak pilih yang mana
Penaja berbuka puasa ialah SAMSUNG
Antara jenama yang popolur satu dunia
Susun kata sampai lintang pukang
Tahniah pada yang telah berjaya
Poojie suka hati nak balik raya
Mat Joe duk bersila atas tikar
Jualan Samsung Merdeka Raya
Sedang berlangsung sehingga 4 September
Bila dah kenyang makan-makan
Sampai mulut tak boleh telan
Bergabung tenaga jadi satu kumpulan
Main games sambil gelak ketawa
Bagi clue sambil cuba teka
Wah geng tali barut banyak yang berjaya
Dapat hadiah yang best juga
 Makan durian di Batu Kikir
Hari raya semua balik kampung
Senyum gembira terukir di bibir
Menang hadiah dari Samsung
Bloggers gembira dan senang hati
Bila dapat jemputan dan cenderahati
Semuga dapat berjumpa kembali
Lain kali jangan lupa jemput lagi
Pak Ali sakit terkena busung
Berubat sampai ke Tanjung Lumpur
Terima kasih Nuffnang dan Samsung
Jejai nak makan buah berangan
Cari merata satu taman
Zaid datang bersama teman
Manager akak jadi cameraman


Sape nak rasa masakan yang sedap dan enak bolehlah ke
LG2, Feast Floor Starhill Gallery
181 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur Malaysia
Tel : 03-21418973


p/s Terima kasih buat geng tali barut...akak cilok gambar ek

Isnin, Ogos 01, 2011

Terima Kasih Blogger Ummiross

Bila nak gi jejalan ke Kuching, kenalah cari info tentang tempat tu, supaya senang kita tau nak tuju ke mana.   Kebetulan kawan blogger Rozali, baru balik dari bercuti di Kuching dan beliau telah berjumpa dengan blogger yang tinggal di situ.  Rozali ada juga bercerita pengalaman beliau bercuti di Kuching di blog beliau.

Akak pun bertanya dengan Rozali, ok ker kalau akak bertanya dengan Ummiross pasal Kuching, Rozali kata Ummiross memang friendly.  Akak pun mula bersms dengan dia, tanya itu dan ini dan beliau telah sudi menawarkan diri untuk menjemput akak di airport.  (panjang cerita..kejap jadi..kejap tidak di sebabkan ada masalah)
tenguk gambar macam dah kenal lama kannnnnnnn
Akhirnya berjumpalah kami kali pertama di Airport Kuching dan alhamdulliah Ummiross pun ramah tamah cam akak.  Senang sikit nak berpot pet tapi sayangnya Ummiross tak nak muka dia masuk dalam blog. Tak perlah Ummiross, akak letak bunga ros yer..sesuai dengan nama panggilan kamu.Jangan marah yer..Ummiross pun ada cerita tentang pertemuan kami di SINI.

Jika akak nak ke mana-mana akak akan sms beliau dan beliau dengan senang hati akan membalasnya.
 Beliau yang datang bersama suami  telah sudi meluangkan masa menghantar kami semula ke airport pada hari Sabtu lepas.  Terharu rasanya di atas budi baik Ummiross, walaupun cuma kenal sebentar tapi masih sudi tolong akak.  Terima kasih sekali lagi.  Semuga persahabatan kita akan berterusan selamanya.

Oh yer..Ummiross ni ada jual macam-macam kat blog beliau.  Bolehlah jenguk kat situ, kalau tak dapa tke sana bolehlah beli secara on9 dengan beliau di http://salamborneo.blogspot.com/

p/s itulah untungnya berblogger sebab kalau nak gi ke mana-mana, boleh tanya apa yang patut.  Tapi jangan  ambil kesempatan yer, orang tak sukalah pulak.

Khamis, Julai 14, 2011

Gelagat Bloggers Di Digi WWWOW Award

Gi ke DIGI Wwwow naik kereta
Kereta di bawa oleh Pak Uda
Susan Lankester masih ceria
filem mekanik menaikkan namanya
Kononnya majlis 7.30 bermula
Tapi tu semua propa belaka
Sushi menjadi rebutan semua
Tapi akak tak boleh telanlah pula
Heldi tali barut yang paling muda
Cik Lily pula sudah berpunya
Geng Talibaruts memang ceria
Kalau hadir mesti gelak ketawa
Suka tenguk blogger yang menang
Tapi ada pula yang kata rasis
Akak pun tak lepaskan peluang
Ambil gak gambar dengan artis
Yana tengah gelak sakan
Ujang ashik gelak ceria
Cik Epal datang bawa pasangan
Shaizey Sham di beri nama
Nampak artis semua serbu
Blogger pun dah macam #retis
Heldi kat belakang rasa cemburu
Hazman ashik ambil gambar artis
Makanan kat sini ada class
Perut lapar mestilah di alas
Minum air bergelas-gelas
Pastu ashik gi ke tandas
Lepas habis makan, masuk dewan
Di Majlis DIGI Wwwow blogger di rai
Gadis cantik jadi buruan Hazman
Untuk dijadikan koleksi peribadi
Hazman asik gelak ketawa
Ezleyn pula senyum ceria
Ujang tak tahan nak ramas-ramas
Juliana Evans yang cantik jelita
Tenguklah muka si Ujang
Tak tentu arah sebelah Juliana
Yana yang tenguk rasa nak lempang
Bila tenguk tangan Ujang mula meraba
Berangan... akak baru ajer buat Fanpage
"www.kakinakl.com" silalah jenguk yer

Rabu, Jun 08, 2011

"Happy Smurfs Day"

Sempena menyambut Happy Smurfs Day telah di adakan pada 7 June, 2011 (Tuesday) di IPC Shopping Centre (dahulu dikenali Ikano Power Centre) bersama Movie Carnival 2011.
Dimana-mana ada figura Smurfs..tapi sayangnya tak boleh di bawa pulang.
Sesiapa yang nak memenangi 46" Sony Bravia LCD bolehlah menghantar gambar yang paling kreatif dengan watak Smurfs (Papa Smurf, Smurfette dan Clumsy).
Pertandingan akan berlangsung dari 7-10 Jun 2011. Untuk keterangan lanjut boleh ke Facebook Sony Pictures Malaysia.
The Smurfs akan mula di tayangkan di panggung wayang pada 1hb. September 2011..3D tu...jangan lupakan tarikh tu yer..reramai gi tenguk kat panggung wayang
ambik gambar dengan sape ni ek
Dapatlah merasa cc fondant ni dan air, tak kenyang makan cc ni, kami gi ke food court makan kat situ dengan geng blogger.

p/s Rasa rugi tak bawak anak-anak sebab ingatkan untuk media sahaja tapi open kat public, tentulah ramai jadi payah nak nak ambil gambar. Jumpa gak dengan blogger Ayu (nasib baik dia tegur, maaflah akak blurr masa tu)tapi lupa nak ambil gambar.

Sabtu, Jun 04, 2011

Jumpa artis/pelakun Jue Aziz di majlis perkawinan rakan blogger

Banyak sangat nak di ceritakan sampai tak terlupa pasal majlis perkawinan kawan blogger ni.

Majlis perkawinan kali di adakan di Saloma Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang di adakan pada 28hb. Mei 2011 yang lalu.
Cantikkan pelamin ni, suka betul tenguk
Kameral Putra dan Nur Amirah semuga berbahagia sehingga ke anak cucu.
Bersama wan, ibu pengantin perempuan..
bestnya dapat bergambar kat atas pelamin
Kat majlis nilah akak dapat peluk sakan dengan artis/pelakun Jue Aziz..
ibu pengantin perempuan tak sempat nak bergambar dengan Jue sebab sibuk melayan tetamu.

Bukan sajer ada Jue, ada gak Aril AF7 yang mendendangkan beberapa lagu (rakan pengantin lelaki) dan pelakun Sabrina Ali (nampak sikit kat belakang) tapi muka dia tak ceria, rasa seram pulak nak ambil gambar dengan dia.
Bukan akak ajer yang teruja dapat jumpa dengan Jue Aziz tapi member masak memasak akak si Noni (taukeh kek) pun sama gak. Best kan Nonnie ..glam jap dapat peluk dengan artis
Terima kasih yer Wan sebab menjemput akak dan suami,
tak lama dapatlah cucu..insyallah

Sabtu, Mei 28, 2011

Gedikss bersama bloggers di Maybelline Lauch Event

Semalam akak dan geng blogger dapat jemputan menghadiri pelancaran produk baru Maybelline Hypersharp Liner..bukan atas Nuffnang tapi pihak Maybelline sendiri yang jemput melalui email.
 dah jadi cam artislah pulak bila di suruh bergaya kat sini oleh
jurukamera pro dari Maybelline...perasan jap
bersama Jard dan Liyana Jasmay yang menjadi Duta Maybelline. 
Liyana yang cantik jelita dan peramah dan tak kekwat
Bersama Fara
Lama tak jumpa afra
Macam-macam yang kami letak...macamlah akak dan Zuriey ni pandai bebeno bermakeup. Semua nak tepek tak tau nak letak camner.  Letak ajer mana yang tau.
 kami yang gedikssss Zuriey, Afra, Cik Lilyputih (bila nak tukar jadi Puan ek) dan Fara..kelakao tenguk gambar ni..happenning bila jumpa sekali sekala..nak tiru gaya model hyperliner ni sebenarnya..

Nanti akak tunjuk gambar sekitar pelancaran produk terbaru ni yer.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...