OOO

Ahad, Julai 04, 2010

Juara Mentor 4- Zaina Zain/Mohd

 Hebat Mentor 4 malam ni..
Mula-mula sekali.. Nani/Azmeer menyanyi lagu Ramli Sarip.
  Mohd dan Ziana menyanyi lagu Maria Marian..kelakar bila seorang penonton wanita berbaju kuning mengikut gaya Ziana menyanyi..rasanya setiap  minggu dia ada..mungkin fanatik dengan Zaina kot..
Adi/Dayang menyanyi lagu Nakal.

Juri pro malam ni ialah Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikal dari Singapore.
Pada pusingan pertama..Adi memulakan persaingan dengan menyampaikan lagu Sesuatu Janji.
Nani dan papa rock Ramli Sarip pula menyanyi lagu Istilah Bercinta dan lagu Jikalau Berkasih..suara Ramli memang best giler..akak dan suami memang minat dengan nyanyian dia.
Mohd pula menyanyi lagu baru bertajuk Cinta dan selepas habis menyanyi beliau  menyebut..I love you Mak...dan turun ke bawah lalu memberikan ibunya se kuntum bunga..riang ajer muka ibu dia bila Mohd menciumnya.

Pada pusingan ke 2 pula yang paling syok sebab Aizat berduet dengan Adi lagu Hanya Kau Yang Mampu..memang tak di nafikan suara Aizat memang best.
 Nani menyanyikan lagu baru ciptaan Azmeer bertajuk Terhenti di Tanda Koma...siap ada katil atas pentas..
Mohd pula menyanyi lagu Awie Tragedi Oktober dan lagu Itu Kamu.

Pusingan Ketiga pula Adi menyanyi lagu baru   bertajuk Tafsirkan Cinta dan di beri markah juri awam sebanyak 11 markah.
Nani pula menyanyi lagu Iklim Suci Dalam Debu dan lagu Ricky Martin ...ala lagu De Lova.. dan mendapat markah sebanyak 19.
Mohd pula menyanyi lagu bersama Fiq (Mentor 2) 3 malam tanpa cinta dan Bujang Senang dan juri awam memberi markah yang sama iaitu 19. 

Merah yang menyanyi lagu rock Langit & Bumi di umumkan sebagai Juara Uji Bakat Mentor 4 dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sejambak bunga.  Semua juri pro memilih merah di sebabkan vokal dan persembahan beliau yang mantap.

Sementara Saiful dari Melaka menyanyikan lagu Pulangkan (Misha Omar)..beliau yang boleh menggunakan 2 suara..lelaki dan wanita tetapi tidak cukup untuk menarik perhatian juri walaupun  di beri sorakan oleh penonton di situ.
Akhirnya Ziana Zain/Mohd menjadi Juara Mentor 4 dengan mendapat markah sebanyak 71 markah dan berjaya membolot RM100,000 dan trofi.
Dayang/Adi pula mendapat tempat ke 2 dan membawa pulang RM30,000 bersama trofi..
Azmeer/Nani mendapat tempat ke 3 dan mendapat wang tunai dan trofi sebanyak RM10,000.00

Gambar dari Facebook Mentor

10 ulasan:

  1. oh Mohd yang menang ye. thks for info k ina. kite malas nak tengok sebab sibuk layan youtube nie..

    BalasPadam
  2. mesti mas idayu geleng kepala sebab dulu reject mohd..hehe

    BalasPadam
  3. saya minat Ila, proteget Joe Too Phat, dia tak masuk final so malas nak tgk

    BalasPadam
  4. salam kak;
    tahniah kepada mohammad...dah jangka dia menang...gigih tengok mentor..walaupun kepala sakit hehehe...nak jugak tengok sape yang menang kan? huhuhu

    BalasPadam
  5. ooo...menang jugak akak Ziana yer..saya tak tgk sampai abis, dh mengantuk sangat..tp undi dari awal lagi..

    BalasPadam
  6. kak ziana kn byk fan. depa dok tolong vote

    BalasPadam
  7. tengok gak semalam walaupun ila terkeluar...

    BalasPadam
  8. org kata rezeki anak kan kak ina...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers