OOO

Memaparkan catatan dengan label Mentor 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mentor 4. Papar semua catatan

Ahad, Julai 04, 2010

Juara Mentor 4- Zaina Zain/Mohd

 Hebat Mentor 4 malam ni..
Mula-mula sekali.. Nani/Azmeer menyanyi lagu Ramli Sarip.
  Mohd dan Ziana menyanyi lagu Maria Marian..kelakar bila seorang penonton wanita berbaju kuning mengikut gaya Ziana menyanyi..rasanya setiap  minggu dia ada..mungkin fanatik dengan Zaina kot..
Adi/Dayang menyanyi lagu Nakal.

Juri pro malam ni ialah Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikal dari Singapore.
Pada pusingan pertama..Adi memulakan persaingan dengan menyampaikan lagu Sesuatu Janji.
Nani dan papa rock Ramli Sarip pula menyanyi lagu Istilah Bercinta dan lagu Jikalau Berkasih..suara Ramli memang best giler..akak dan suami memang minat dengan nyanyian dia.
Mohd pula menyanyi lagu baru bertajuk Cinta dan selepas habis menyanyi beliau  menyebut..I love you Mak...dan turun ke bawah lalu memberikan ibunya se kuntum bunga..riang ajer muka ibu dia bila Mohd menciumnya.

Pada pusingan ke 2 pula yang paling syok sebab Aizat berduet dengan Adi lagu Hanya Kau Yang Mampu..memang tak di nafikan suara Aizat memang best.
 Nani menyanyikan lagu baru ciptaan Azmeer bertajuk Terhenti di Tanda Koma...siap ada katil atas pentas..
Mohd pula menyanyi lagu Awie Tragedi Oktober dan lagu Itu Kamu.

Pusingan Ketiga pula Adi menyanyi lagu baru   bertajuk Tafsirkan Cinta dan di beri markah juri awam sebanyak 11 markah.
Nani pula menyanyi lagu Iklim Suci Dalam Debu dan lagu Ricky Martin ...ala lagu De Lova.. dan mendapat markah sebanyak 19.
Mohd pula menyanyi lagu bersama Fiq (Mentor 2) 3 malam tanpa cinta dan Bujang Senang dan juri awam memberi markah yang sama iaitu 19. 

Merah yang menyanyi lagu rock Langit & Bumi di umumkan sebagai Juara Uji Bakat Mentor 4 dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sejambak bunga.  Semua juri pro memilih merah di sebabkan vokal dan persembahan beliau yang mantap.

Sementara Saiful dari Melaka menyanyikan lagu Pulangkan (Misha Omar)..beliau yang boleh menggunakan 2 suara..lelaki dan wanita tetapi tidak cukup untuk menarik perhatian juri walaupun  di beri sorakan oleh penonton di situ.
Akhirnya Ziana Zain/Mohd menjadi Juara Mentor 4 dengan mendapat markah sebanyak 71 markah dan berjaya membolot RM100,000 dan trofi.
Dayang/Adi pula mendapat tempat ke 2 dan membawa pulang RM30,000 bersama trofi..
Azmeer/Nani mendapat tempat ke 3 dan mendapat wang tunai dan trofi sebanyak RM10,000.00

Gambar dari Facebook Mentor

Ahad, Jun 20, 2010

Konsert Separuh Akhir Pertama (Mentor 4)

 Pada malam ni juri pro ialah Liza Hanim (yang dah pakai tudung..bertambah cun) dan pakcik yang susah nak senyum si Ramli MS.
masa latihan Adi dan Dayang
Mula mengambil giliran menyanyi ialah Dayang/Adi. 
 Mula-mula Adi buat gimik main paino sambil menyanyi..
 Mereka menyanyi duet lagi Kris Dayanti /Mencintaimu.
 Ila dan Joe menyanyi lagu Rap 2 Dunia dan Kau Ku Punya (?) di iringi oleh penari raplah kan...takkanlah penari joget.
 Bila sampai giliran Ziana/Mohd..akak tak tenguklah pulak...tapi nyanyi lagu rock..
 Lepas tu Nani dan Azmeer nyanyi lagu Hero..
ada versi Inggeris dan Bahasa Melayu.   
 Yang buat best bila Ila menyanyi lagi Beyonce/Hello..siap naik buai macam baby tidur..tapi taklah terlentang..duduk ajer..best vokal Ila..akak suker. 
Ila mendapat markah dari juri awam sebanyak 18 markah.
Adi/Dayang menyanyi lagu Ella/Dua Insan Bercinta di iringi oleh 4  orang pemain biola perempuan. Mereka mendapat 15 markah dari juri awam.

Nani menyanyi solo lagu Di langit ke Tujuh dan Dibawah Pohon Asmara dan beliau cuma mendapat marah sebanyak 14 dari juri awam.
Malam tadi Mohd  menyanyi sambil  duduk atas motor besar..beliau bersama Ziana menyanyi lagu dari filem Ziana  berlakun iaitu Maria Mariana dan juga Korban Cinta dan mendapat markah tertinggi sebanyak 19 markah.
masa ni semua menyanyi lagu Awie..di akhirnya Awie di beri sejambak bunga..

Yang lebih menarik perserta ujibakat yang telah menyanyi lagu di sepanjang konsert yang lalu pun boleh di undi sebanyak 2 orang untuk bersama dengan 2 protage di final nanti...sape yang akan di pilih...samada Saiful (nyanyi suara perempuan/lelaki) Damian, Hafiz dan 3 lagi.luperlah nama mereka..tapi akak suker peserta yang cacat tangan sebelah tu..

Kali semua peserta tidak diberi markah oleh juri pro...cuma bila di tanya pada Liza Hanim beliau memilih peserta terbaik Mohd dan yang kurang menyerlah ialah Adi.

Ramli MS pula memilih Nani dan tidak mau menyatakan sape yang kurang menyerlah. oleh sebab itu kita kena tunggulah pulak peringkat ke 2 nanti nak tahu keputusan penuh.

p/s Semua gambar di ambil dari Facebook Mentor 4...masa raptai.

Ahad, Jun 13, 2010

Mentor 4-Keputusan Kumpulan B (Mus/Ayim-tersingkir)

Akhirnya Mus dan protagenya Ayim terkeluar hari ini dengan markah keseluruhan 98 markah (38,32,28)

Sementara Ziana dan protagenya Mohd mendapat markah paling tinggi sebanyak 102 (30,31,41) dan Dayang Norfaezah , protagenya Adi mendapat 100 markah (32,37,31).

Juri pro pada malam ni ialah Audi Mok dan Faizal Tahir.

Pada separuh masa pertama akak sempat tenguk Ayim menyanyi lagu Getaran Jiwa sambil main piano dan Adi menyanyi lagu Wondergirl.

Pada separuh masa ke dua pula Ayim dan Tom menyanyi lagu Situasi (Bunkface).

Mohd menyanyi lagu Usang dan Adi berduet dengan Tam Spider lagu Mentera Semerah Padi.

Persaingan memang sengit sebab markah yang diperolehi cuma jarak 2 mata sahaja.

Ahad, Jun 06, 2010

Mentor 4-Keputusan Separuh Akhir Kumpulan A

Akhirnya    Shaq/Mas Idayu terkeluar dari Kumpulan A  dengan mendapat markah terendah setelah di campur ketiga-tiga konsert sebanyak 96 markah.  
Mesti Mas Idayu terasa kecewa kan..ala takkanlah dia ajer nak jadi juara..kasi camlah orang lain pulak kan.

Ila/Joe pula mendapat markah yang tertinggi sebanyak 105 markah dari 3 konsert.Ila memang vokal dia mantap..mengancam.

Manakala Nani/Azmer pula mendapat markah sebanyak 99 markah

Persembahan pertama dari Nani yang menyanyi solo lagu melayu.

Kedua oleh Ila yang berduet bersama NOH Hujan..Best betul lagi Ila bila menyanyi lagu Kau Harus Ada dan Aku Skandal bedua. Bestlah vokal dia orang ni.

Ketiga pula giliran Shaq pula solo.  Di waktu yang ke 2..Nani menyanyi lagu inggeris bersama Sarah Raisuddin.  

Kemudian Ila menyanyi lagu Teruskanlah (Agnes Nonica). Juri pro pada malam ni Edry dari KRU dan Lah Ahmad banyak memuji Ila.

Akhir sekali Shaq menyanyi lagu bersama Black..satu lagu lama dan satu lagu rock.  Di pertengahan lagu..Black terkantoi sebab ter off mike..langsung tak dengar suara dia.

Tak perlah Shaq..semuga berjaya di kemudian hari.  Mas Idayu tak canlah nak melibas si Shaq lagi.  Kesian tenguk minggu lepas sampai dia dan Shaq menangis selepas konsert ke 2.

Ahad, Mei 30, 2010

Mentor 4-Minggu Ke 2-Kumpulan B

Malam ni..giliran Kumpulan B pula menunjukkan skill masing-masing.

Peserta pertama..Mohd.  protege Ziana Zain menyanyi solo menyanyikan lagu Madu Tiga  Best jugak..

Kedua.  Ayim portege Mus meyanyi lagu Teman bersama Shaq.memang best lagu rock yang mereka nayanyikan tadi.

Ketiga..Adi portage Dayang pun hebat jugak persembahan beliau.

Yang menarik bila ada persembahan jemputan yang di panggil Merah menyanyikan lagu Pawana oleh Search.

Untuk peringkat ke 2 pulak Mohd menyanyi pula bersama-sama Nani lagu - Jangan Pisahkan.

Kemudian Ayim menyanyi lagu solo sambil bermain gitar lagu Sebenarnya dan Memburu Impian.

Yang menarik bila Adi dan Ila yang merupakan adik beradik menyanyi berduet lagu Kini Bebas.

Ketiga-tiga protege kali ni berkongsi markah yang sama dari juri awam sebanyak 12 Markah.

Selepas tu mereka bertiga menyanyi bersama-sama Noraniza Idris.

Kali ini giliran protege Dayang-Adi pula menjuarai minggu ke 2 dengan markah 37.
Protege Mus-Ayim  pula di tempat ke 2 sebanyak 32 markah dan tempat ke 3 protege Ziana-Mohd dengan markah 31.

Ahad, Mei 23, 2010

Mentor 4-Juara Konsert Ke 2 Kumpulan A

Baru ajer habis Konsert ke 2..
 bilalah si ally ni nak naik pelamin????
markah minggu pertama
 Malam ni giliran Joe dan Ila pula meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 37, 
 manakala Nani dan Azmeer 36 markah dan
  Mas Idayu dan Shaq 27 markah.
Juri pro malam ni ialah Audrey Suwento 
 dan Yassin.
Memang bestlah masa Ila menyanyikan lagi Jeritan Batinku lagu arwah P.Ramlee secara R & B dan beliau mendapat pujian.

Dan setelah di campur semua markah dari konsert yang lalu..mata keseluruhan ialah..
Ila dan Joe 70 markah, Mas Idayu dan Shaq 69 markah dan Nani dan Azmeer cuma 61 markah.
Kali ni semua peserta menyanyikan lagu Dato' A Rahman Hasan..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...