OOO

Jumaat, Julai 30, 2010

Satay Goreng dan Kuah Kacang Ibunda (Jangan Luper Imam Muda Malam Ni Yer)

 Hari ni jangan luper yer tenguk Imam Muda di Oasis pukul 9.00 malam.  Kan malam ni episod final...Sapelah yang akan menang pada malam ni.  Akak pilih Hizbur.  Sebab suker tenguk muka dia ..ada karisma nak jadi imam muda fofolur.  Nanti kalau dia jadi Imam kat masjid kat Kuala Lumpur bolehlah akak suruh nikahkan anak akak nanti yer. (perahsantan)

Akak sajer ajer buat satay goreng...nak bagi sape lagi makan...anak dara akaklah.  Nasib baik dia kata sodap..Resepi dari Kak Mid Honda (apasal ada honda ek..entahlah)

Sumber: Kak Mid Honda   
A) Bahan perap perlu diblend halus:-
  • 2 batang serai, racik
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 inci lengkuas, hiris
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • serbuk kunyit secukup kuning
  • sedikit garam
  • gula secukup manis
  • minyak masak 1/2 cawan
  • sedikit air
Cara-cara
1.  Bahan atas blend halus, set aside. Boleh buat banyak2 dan simpan untuk guna kemudian kalau ada lebih.  Peraplah 2-3 jam.  Lagi lama lagi best.
2.  Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali. Goreng hingga airnya kering.
3.  Masukkan minyak dan goreng lagi sehingga masak. Hidang. 
Tak ada kuah kacang mana best kan..Ada jugak rebus ketupat segera...tapi lupa pulak nak ambil gambar.  Resepi asal dari blog Rinnchan.
Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
Dikisar dgn air:

  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering, direndam
  • Segenggam udang kering, direndam
  • Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 susu besar garam
  • Air anggaran 400ml - 500ml 
Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya. akak ikut jugak cara dia.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi-setuju 

6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya. 

9 ulasan:

  1. dah lama tak mkn satay ni kak, tau2 je serol teringin.. :D

    Tak mahu semua, jangan buang semua

    BalasPadam
  2. makan satay sambil tgk imam muda malam nti

    BalasPadam
  3. nasib baik buka blog ni..kita dah terlupakan Imam Muda tu...
    Nampak sedap kuah kcg kak ina tu..

    BalasPadam
  4. Kak Inaaa...adoii, selamat hari raya..tapi saya setuju, kalau letak santan mudah basi dah leer tu mcm lemak sangat kan, kacang tu sendiri dah lemak..lepas tu body ai pun lemak bertambah..erkkk no no no..hahaha..

    BalasPadam
  5. salam kak inna
    sy pon suka Hizbur..ade aura..ala2 Iman Worldlah..cool jer muka nyer..tenangkan.?/btw..satay tuh...ade lagi tak??nak jg..hhihiihih

    BalasPadam
  6. kak ina...sedap juga kalau goreng tak yah pakai lidi...lagipun untuk anak2 kecil selamat sikit.

    Kuah kacang tu, norma pernah buat resipi Mat Gebu...cili kering digoreng dengan minyak dulu baru blend...kuah tahan lama...

    BalasPadam
  7. Salam kak ina!
    Wah perst time jumpa reseipi satay goreng^_^ Nampak menarik.Tapi betul mak saye ajar wat kuah kacang pun takyah buh santan,tahan lama n lemak dari kacang tupun da cukup kasik kauh pecah minyak.
    Hihi,nanti kite pun nak tryla!

    BalasPadam
  8. Salam kak ina!
    Wah perst time jumpa reseipi satay goreng^_^ Nampak menarik.Tapi betul mak saye ajar wat kuah kacang pun takyah buh santan,tahan lama n lemak dari kacang tupun da cukup kasik kauh pecah minyak.
    Hihi,nanti kite pun nak tryla!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers