OOO

Rabu, Ogos 18, 2010

Serawa Durian aka Bubur Durian

 kredit:google


Aduhai letih dibuatnya..dari semalam Imran ashik muntah ajer..balik dari sekolah terus dia tidur sampai waktu berbuka.  Bila bangun , dia mengadu kepala pening.  Bila minum air panas , tak lama keluar balik.  Suruh makan buah kurma dan minum air milo, pun keluar balik.  Ishh  tak boleh jadi ni.  Dahlah dia puasa seharian..mana boleh tak makan.

Suruh pulak makan coklat dan minum air, pun keluar balik.  Akak bubuh minyak kat perut dan bagi dia makan nasi dengan sup.  Tahanlah dalam 1/2 jam, pastu keluar balik.  Kesian pulak, akak bagi Nesvita...alhamdulliah tak keluar lagi.  Pastu dia tidur, tengah malam suruh lagi minum nesvita ...dia tidur sampai pagi tapi badan dia sejuk.

Pagi tadi terus bawak gi hospital, takutlah macam arwah anak buah suami yang meninggal tak lama dulu.  Beringat sebelum kena....jadi Imran tak puasalah hari ni sebab sebelum pergi hospital akak suruh dia minum nesvita lagi.  Sampai hospital suhu badan naik dan terus doktor masukkan ubat dalam punggung dia nak turunkan suhu badan.  Doktor suruh jugak bagi minum air kacang soya dulu pastu makan ubat muntah.

Alhamdulliah dah ok dah..masih lagi suruh minum nesvita dan air soya sementara akak bersilat kat dapur.


Yang tak bestnya bila doc check akak...tekanan darah naik..kena datang lagi 2 hari...sabar ajerlah.
Yana yang request nak makan bubur durian ni..dia kata jangan bubuh biji sagu ataupun kacang hijau.  Akak ikut ajerlah kehendak dia...takut kempuan nanti di sana.  Dia nak cicah dengan roti ajer.
Bahan-bahan
  • 10 ulas buah durian-suka hatilah kalau nak tambah lagi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan-di siat dan di simpul
  • 1 biji gula melaka
  • secubit garam
  • 2-3 sudu makan gula
Cara-cara
1.  Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama semua bahan lain.
2.  Masak dengan api sederhana dengan mengacaunya selalau sehingga mendidih.
3.  Biarkan dalam 15 minit dan boleh di tutup api.
4.  Bolehlah dihidangkan bersama roti, pulut atau roti jala.

14 ulasan:

  1. alahaii kesiannyer imran... penat pose kot tu kak

    BalasPadam
  2. sedapnya serawa durian!!! moga imran dah makin baik.

    BalasPadam
  3. muntah2 sebab perut masuk angin ke kene cirit birit?kalo mak saya, dia suh minum air kelapa. kasi angin kluar semua baru ok.penah kene dulu, perut masuk angin sampai seminggu tak baik2. pg jumpa dr, dr kata nak tebuk. trus cabut balik kg mintak mak urut. Alhamdulillah, trus ok.

    BalasPadam
  4. hari tu balik rumah mak pun, request mak buat serawa durian. hmm.. mantap!! hehe

    semoga imran cepat sembuh.. ramai tul orang tak sihat skrg ni.. may be sbb cuaca jugak

    selamat berbuka kak ina :)

    BalasPadam
  5. kesian yg sakit, yg sihat selera xkesian..

    BalasPadam
  6. kesian yg sakit, yg sihat selera xkesian..

    BalasPadam
  7. liza durian nie makan kalau yg original jer kak, kalau buat bubur ke kuah ke, mmg tak minat...

    hope imran is feeling better kak

    BalasPadam
  8. pengat durian..wahhh sedapnya makan ngan roti..kak antar skit kat wangsa melawati ni..

    BalasPadam
  9. salam kak ina
    InsyaAllah.. semoga cepat sembuh
    kalau sakit lg asik nak muntah
    tak perlu puasa.. takut perut angin..

    serawa nampak sedap plak cicah roti
    selamar berserawa

    BalasPadam
  10. kenapa ek?doktor bagitau ape? memang kalau kena macam tu bulan puasa agak susah la kan..

    BalasPadam
  11. semoga imran cepat sembuh.siannya.

    sedap bubur durian tu:)

    BalasPadam
  12. macam macam durian ni boleh di buat rupanya

    BalasPadam
  13. salam kak,

    cian anak akak,saya pon rase anging tu...saya dgn hubby perut meragam.semoga dia lekas sembuh



    teringin la kak serawa durian,nak mkn dgn roti jala ehehe

    BalasPadam
  14. semoga imran cepat sembuh ye..
    firdaus pun tak sehat..risau saya ..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers