OOO

Memaparkan catatan dengan label cara masak bubur/serawa durian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara masak bubur/serawa durian. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 18, 2010

Serawa Durian aka Bubur Durian

 kredit:google


Aduhai letih dibuatnya..dari semalam Imran ashik muntah ajer..balik dari sekolah terus dia tidur sampai waktu berbuka.  Bila bangun , dia mengadu kepala pening.  Bila minum air panas , tak lama keluar balik.  Suruh makan buah kurma dan minum air milo, pun keluar balik.  Ishh  tak boleh jadi ni.  Dahlah dia puasa seharian..mana boleh tak makan.

Suruh pulak makan coklat dan minum air, pun keluar balik.  Akak bubuh minyak kat perut dan bagi dia makan nasi dengan sup.  Tahanlah dalam 1/2 jam, pastu keluar balik.  Kesian pulak, akak bagi Nesvita...alhamdulliah tak keluar lagi.  Pastu dia tidur, tengah malam suruh lagi minum nesvita ...dia tidur sampai pagi tapi badan dia sejuk.

Pagi tadi terus bawak gi hospital, takutlah macam arwah anak buah suami yang meninggal tak lama dulu.  Beringat sebelum kena....jadi Imran tak puasalah hari ni sebab sebelum pergi hospital akak suruh dia minum nesvita lagi.  Sampai hospital suhu badan naik dan terus doktor masukkan ubat dalam punggung dia nak turunkan suhu badan.  Doktor suruh jugak bagi minum air kacang soya dulu pastu makan ubat muntah.

Alhamdulliah dah ok dah..masih lagi suruh minum nesvita dan air soya sementara akak bersilat kat dapur.


Yang tak bestnya bila doc check akak...tekanan darah naik..kena datang lagi 2 hari...sabar ajerlah.
Yana yang request nak makan bubur durian ni..dia kata jangan bubuh biji sagu ataupun kacang hijau.  Akak ikut ajerlah kehendak dia...takut kempuan nanti di sana.  Dia nak cicah dengan roti ajer.
Bahan-bahan
  • 10 ulas buah durian-suka hatilah kalau nak tambah lagi
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan-di siat dan di simpul
  • 1 biji gula melaka
  • secubit garam
  • 2-3 sudu makan gula
Cara-cara
1.  Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama semua bahan lain.
2.  Masak dengan api sederhana dengan mengacaunya selalau sehingga mendidih.
3.  Biarkan dalam 15 minit dan boleh di tutup api.
4.  Bolehlah dihidangkan bersama roti, pulut atau roti jala.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...