OOO

Isnin, Ogos 16, 2010

Ku Relakan Pemergianmu... Kami Redha

 Imran kalau Yana nak balik ke sana..mesti muka monyok
Akak demam semalam..tak larat nak pandang computer...badan rasa sakit-sakit..

tapi dek kerana Yana nak balik ke India, akak gagahkan juga pergi ke lcct (naik air asia ajer..murahkan), walaupun suami akak tak bagi pergi.  Mana boleh tak ikut...
Beg bukan penuh dengan pakaian...tapi makanan..biasalahkan, sape yang duk merantau ker, ataupun gi belajar jauh, mesti tau apa benda yang selalu di bawa ke sana...suami akak tanya, 

kenapa sampai bawak tisu sampai kesana, tak dak jual ker kat situ?
Mahallah ayah, satu kotak RM4.00..

Naik air asia ni memanglah kena bayar lebih untuk tambahan berat beg...kalau idak mesti kena bayar denda.  Yana ambil 30kg ..tapi bila di timbang kat umah macam nak dekat 30kg, terpaksalah kena keluarkan kicap, sos tiram, air kotak dan cencaluk (tu pun bawak jugak ..sebab ada keturunan darah melaka) dan susu kotak.
 Ashik pakai baju ni ajer..Yana yang belikan kat India
Masa check in, bila di timbang baru 25kg...akak dah suruh bawak benda  kat atas tu, dia tak nak bawak.  Kalau masih kurang kg, bolehlah masukkan semula. Kan dah rugi dah.  Tulah, cakak mak tak nak dengar.
Sorrylah, gambar jadi camni..gara-gara ira yang tangkap..
kecoh sebelum masuk kedalam
Lepas tu terus ke Rawang, nak hantar Ira pulak balik ke asrama.  Kenalah tukar baju sekolah dulu kat Masjid Jamik Rawang.  Kebetulan ada pulak orang masak bubur lambuk.  Suami akak kan peramah, sementara tunggu Ira salin baju, dia sempat temuramah.  Akhirnya dapat bawak balik 2 mangkuk bubur lambuk. 

Oleh sebab dah petang, memang tak sempat nak masak.  Beli ajer kat Bazar Ramadhan kat kedai di perumahan kat sekolah Ira.  Beli kueh, nasi ayam dan nasi tomato.  Nasib baiklah sedap.

Sampai kat umah, akak dah tak larat, terus lepak.  Suruh anak-anak lelaki tolong prepare nak buka puasa.

Lepas buka puasa, makan ubat ..terus lepak.   Alhamdulliah bangun sahur dah ok.  Goreng telur dadar dan ikan bilis berkicap ajer untuk sahur pagi tadi.
Bagi yang nak beli ataupun nak  rasa  pes soto tu (sebab ada yang tak nampak tulisan kat pack ni)..ni alamat dia...pembungkus dah campak dalam tong sampah.

Lorong Ishak, Jalan Peserai, (Depan Minyak Shell Peserai),8300 Batu Pahat.
No. Tel -07-4138490/010-7787240

26 ulasan:

  1. cepat sihat ye kak ina!
    :)

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh... alahai cian anak dara tu puasa diperantauan.... mcm2 dibawaknyer ha..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah k.ina dah sehat.

    BalasPadam
  4. mahalnya tisu... 4 hinggit sekotak..... kak ina semoga sihat ya hari ni...

    BalasPadam
  5. salam kak ina...alhamdulillah dah sihat.sian tengok muka imran..sedih jer.tahun ni yana raya kat India lah ye?

    BalasPadam
  6. uu..dah balik india dah anak kak ina tuh..
    patutlah mak nya demam..

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan Kak Ina

    kesian Imran, tak dapat lama bermanja dgn kakanya

    moga kak ina cepat sembuh
    supaya dapat beribadat dgn lebih sempurna

    Wassalam

    BalasPadam
  8. Kesihatan kena jaga kak ina...abih anak tak raya sini ker?? Cian

    BalasPadam
  9. saspen sungguh tajuk n3 akak ni :D

    BalasPadam
  10. kak ina..cepat sihat ok..x per la..yana beraya di perantauan la yer...kesian dia...

    BalasPadam
  11. Ina...cepat sembuh ye...tak dpt beraya kat sini dia kan...? Tapi nak buat camaner?

    BalasPadam
  12. siannya..agaknya demam sb yana nak balik ni.Ingatkan Yana sempat beraya kat Msia tp tak apalah demi masa depan.Anak akak balik ireland lepas raya.

    BalasPadam
  13. salam kak

    kite pon demam

    semoga cpt sembuh

    ha'ah tajuk agak mengejutkan

    BalasPadam
  14. uruskan anak2.. hehe...

    akak punya menu untuk sahur saya paling suka. terangkat!

    BalasPadam
  15. tak sempat rayalah yana yek...moga selamat dalam perjalanan :D

    BalasPadam
  16. Salam Kak Ina,
    Raya kat India la Yana tahun ni ye... takpelah sekurang kurangnya dia sempat puasa kat rumah walaupun sekejap... Kak Ina cepat sembuh ye.. :)

    BalasPadam
  17. alahai..yana dah balik India. akak tu cepat2 sembuh ye. take care..

    BalasPadam
  18. Salam kak. Tajuk entri ni buat saya suspen je. Hehe..apapun, semoga cepat sembuh ;p

    p/s: Peserai tu dekat dengan kampung saya. Hehhe...nanti balik, boleh saya terjah kat sana! :P

    BalasPadam
  19. Tak kesampaian Yana nak mkn cencaluk kat India, tak pe lps ni akk tlg pos pula yer..

    BalasPadam
  20. hari raya mesti sedih ingat yana kat India nnti...

    BalasPadam
  21. macam manalah liza nanti kak bila anak2 dah mula tinggalkan rumah, sure syahdu punyer....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers