OOO

Khamis, Ogos 26, 2010

Pecah Kaca Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas

Ingat tak perkataan ni masa kita bersekolah dulu...masa tu mana ada internet dan email ataupun sms macam sekarang ni....masa tu bila dapat kad raya macam dapat duit raya.  Happy bukan main.


Hendak-hendak bila posmen tiba bawak kad..kami tiga beradik sibuk nak ambil dan tenguk sape yang terima kad raya pada hari tersebut.


Lagi 2 minggu nak raya..sibuklah gi ke kedai cari kad raya..Ingat lagi..masa sekolah dulu..sape yang dapat kad hari raya yang paling banyak kira macam orang glam lah..ibarat seleberiti kat sekolah.  Hendak-hendak  pulak  kad dapat dari budak lelaki.  Perasanlah kononnya orang suka kat kita.


Akak sanggup simpan duit semata-mata nak beli kad hari raya.  Oleh sebab akak dulu ada member dari Indonesia sebab berkenalan ambil alamat kat majallah URTV...ala Kembang Setaman namanya..mungkin yang sebaya dengan akak tau kot tentang ni....kalau dapat kad dari Indonesia memanglah bangga satu kampung.  Ala kira cam dapat kad dari oversealah tu.
ambil dari google..lebih kurang camnilah tapi guna ranting pokok jambu
Lepas tu  sibuk nak gantung kad yang di terima.  Selalunya ambil ranting pokok terutama pokok buah jambu..kemudian di cat. Selalunya warna terang..merah ataupun oren.  Bila dah kering cat..sibuk pulang cari benang nak jahit kat kad dan nak buat pengikat.  Pastu gantung kat setiap ranting.  Cantik tau..tak percaya buatlah.
ataupun buat camni tapi kat dinding rumah
Ataupun gantung berangkai dan lekat kat dinding.  Memang seronok bila kad raya bergantungan sebagai hiasan di ruang tamu. Dan lebih bangga sebab ada tetamu yang datang sibuk belek kad raya kami.


Kami berlawan 3 beradik...sape yang dapat kad lebih banyak di kira pemenang.  Selalunya kalau gantung kat ranting tu..sape yang paling banyak akan di letak paling atas..lepas tu baru di letak kad yang lain.  Boleh bergaduh tau sebab hal ni...selalunya mak yang aturkan balik kad raya tu....selalunya berselang seli ..misalnya akak punya dulu, pastu kak long dan adik lelaki akak.


Kenangan yang tak di lupakan...memang seronoklah bila kenangkan balik kenangan lalu mengenai kad raya ni.
Bila akak dapat kad raya semalam dari Zool...gembiranya sebab dah jarang dah dapat kad raya ni...dan 
Zool merupakan orang pertama yang bagi akak kad raya buat tahun ni. Terima kasih yer di atas ingatan kamu tu.Yang best tu kad hari raya ciptaan sendiri.
Bila dah terima kad dari dia kenalah ingat..


PECAH KACA PECAH GELAS,
SUDAH BACA HARAP BALAS.
Macam dalam iklan POS MALAYSIA
Kembalikan nostalgia menulis dan menghantar kad Hari Raya kepada yang tersayang.
Sambutlah lebaran tahun ini, tulus dari hati.
Bukan Kad yang di pita tetapi keikhlasan mencoret tinta.


Apa kata..kita ikut balik macam zaman dulu-dulu...tak payah e mail ataupun sms...tapikan..masih relevan ker?  Rasanya budak sekolah rendah dan menengah yang masih bagi kad tapi dah tak gantung dah..

p/s kita tukar ayat untuk orang yang suka baca blog kita


Pecah Kaca, Pecah Pinggan
Sudah Baca, Sila Komen

16 ulasan:

  1. nostalgia btl kan kak. Ela senyum sorang2 baca n3 akak nih. Hehe ..

    BalasPadam
  2. Salam Kak,

    memang seronok dpt kad raya,sekarang ni kedai cermin mata jer rajin bagi hihi

    kite dulu,tangguh2 nak bls..last2 dah raye.

    memang gune ayt tu,pecah kace pecah gelas..nostalgia sungguh

    BalasPadam
  3. kak, memang ingat sangat, hahaha

    sy selalu kad raya sangkut kat tali bubuh kat ruang tamu, tapi this year belum dpt seketul pun agik, huhuhu

    kak, yang meninggal tu kakak saya

    BalasPadam
  4. hehe..kita pom dpt kad raya dr anak jgk..sentimental sgguh ayatnya..

    BalasPadam
  5. wah akak dapat kad raya...seronok la kak..bestnya kalau dapat kad raya kan...

    BalasPadam
  6. salam kak ina, mmg nostalgia tuh... lumba2 lagi sapa dpt byk kad raya...hihihi

    BalasPadam
  7. salam kak ina, mmg nostalgia tuh... lumba2 lagi sapa dpt byk kad raya...hihihi

    BalasPadam
  8. salam kak ina,
    dulu2 sayalah paling byk dpt kad raya, sebab selalu pindah randah sekolah, jd kawan2 ramai yg hantar kad raya, paling best, mak yg spoting tolong gantung utk kita..tp sekrang mane ade lagi dah..

    BalasPadam
  9. Hmm..mmg nostalgia kalau teringat zaman2 sekolah dulu.. Kalau terima kad raya seronok sesangat.. Betul laa tuh.. kalau byk dpt kad raya.. selalunya org yang glamer..heheh.. skg nie dah tak de dah.. suma guna kad internet ngan sms je sebagai penganti diri..

    BalasPadam
  10. kikikikikiki kak ina...kamu mmg mengingatkan nosltalgia raya ku dulu.. arghhh sagt2 indah... baru rasa sgt2 rayanya kan... gnatung kad raya.....best best best

    BalasPadam
  11. budak sekarang mesti ramai yg tak penah dpt kad raya..huhu.saya tahun ni rasanya masih dpt kad raya sebab ada org mintak alamat.


    kad raya yg org bg saya tahun2 lepas pulak...belum berbalass.haha

    BalasPadam
  12. hahahah , kak ina . trgt la pasal ni , hahahak .tbe2 rase mcm nk tulis pasal ni , kekekeke .

    dlu2 masuk je mggu ke 2 puase , sbk tggu abg posmen dpn pagar , hahahak

    BalasPadam
  13. huhuh..teringat nostalgia masa skool pasal kad raya... :) tahun ni ada dapat jugak..dari kedai optical..

    BalasPadam
  14. Salam Ramadhan Kak Ina

    kad raya sekarang ni dah payah nak jumpa

    Wassalam

    BalasPadam
  15. Hahahahaha....
    Zaman sekarang guna sms dan mms jer kak.
    lagi murah. kad sekarang dah mahal.

    BalasPadam
  16. He hehe.. tq.... takpe pun kalau tak balas.. tadehal

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...