Hendak-hendak bila posmen tiba bawak kad..kami tiga beradik sibuk nak ambil dan tenguk sape yang terima kad raya pada hari tersebut.
Lagi 2 minggu nak raya..sibuklah gi ke kedai cari kad raya..Ingat lagi..masa sekolah dulu..sape yang dapat kad hari raya yang paling banyak kira macam orang glam lah..ibarat seleberiti kat sekolah. Hendak-hendak pulak kad dapat dari budak lelaki. Perasanlah kononnya orang suka kat kita.
Akak sanggup simpan duit semata-mata nak beli kad hari raya. Oleh sebab akak dulu ada member dari Indonesia sebab berkenalan ambil alamat kat majallah URTV...ala Kembang Setaman namanya..mungkin yang sebaya dengan akak tau kot tentang ni....kalau dapat kad dari Indonesia memanglah bangga satu kampung. Ala kira cam dapat kad dari oversealah tu.
ambil dari google..lebih kurang camnilah tapi guna ranting pokok jambu
Lepas tu sibuk nak gantung kad yang di terima. Selalunya ambil ranting pokok terutama pokok buah jambu..kemudian di cat. Selalunya warna terang..merah ataupun oren. Bila dah kering cat..sibuk pulang cari benang nak jahit kat kad dan nak buat pengikat. Pastu gantung kat setiap ranting. Cantik tau..tak percaya buatlah.ataupun buat camni tapi kat dinding rumah
Ataupun gantung berangkai dan lekat kat dinding. Memang seronok bila kad raya bergantungan sebagai hiasan di ruang tamu. Dan lebih bangga sebab ada tetamu yang datang sibuk belek kad raya kami.Kami berlawan 3 beradik...sape yang dapat kad lebih banyak di kira pemenang. Selalunya kalau gantung kat ranting tu..sape yang paling banyak akan di letak paling atas..lepas tu baru di letak kad yang lain. Boleh bergaduh tau sebab hal ni...selalunya mak yang aturkan balik kad raya tu....selalunya berselang seli ..misalnya akak punya dulu, pastu kak long dan adik lelaki akak.
Kenangan yang tak di lupakan...memang seronoklah bila kenangkan balik kenangan lalu mengenai kad raya ni.
Bila akak dapat kad raya semalam dari Zool...gembiranya sebab dah jarang dah dapat kad raya ni...dan
Zool merupakan orang pertama yang bagi akak kad raya buat tahun ni. Terima kasih yer di atas ingatan kamu tu.Yang best tu kad hari raya ciptaan sendiri.
Bila dah terima kad dari dia kenalah ingat..
PECAH KACA PECAH GELAS,
SUDAH BACA HARAP BALAS.
Macam dalam iklan POS MALAYSIA
Kembalikan nostalgia menulis dan menghantar kad Hari Raya kepada yang tersayang.
Sambutlah lebaran tahun ini, tulus dari hati.
Bukan Kad yang di pita tetapi keikhlasan mencoret tinta.
Apa kata..kita ikut balik macam zaman dulu-dulu...tak payah e mail ataupun sms...tapikan..masih relevan ker? Rasanya budak sekolah rendah dan menengah yang masih bagi kad tapi dah tak gantung dah..
p/s kita tukar ayat untuk orang yang suka baca blog kita
Pecah Kaca, Pecah Pinggan
Sudah Baca, Sila Komen

