OOO

Jumaat, Ogos 27, 2010

Resepi Ayam Goreng Berempah (Versi Lain)

Apasallah internet ni ashik buat pasal ajer bulan puasa ni...ashik meragam ajer..sabar ajerlah kan..

Dah lama dah tak buat ayam goreng berempah. Imran sibuk nak ayam goreng. Ayam goreng tandori baru buat rasanya. Jadi tukar seleralah pulak.

Kali ni akak buat cara lain sikit. Akak tambah tepung kentucky dan bubuh serbuk cili/cili kisar. sajer ajer nak rasa kelainannya. Alhamdulliah sedap.

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 3 batang serai*
  • 4 biji bawang putih*
  • 4 bawang merah*
  • 1 sudu serbuk kunyit*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1/2 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan rempah kari babas
  • 1 sudu makan serbuk cili (cili kisar pun boleh)
  • 2 sudu makan tepung kentucy
  • sedikit garam
  • 4-6 tangkai daun kari
Cara-caranya
1. Basuh ayam dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
3. Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan gaul rata semua bahan kisar.
4. Masukkan serbuk rempah kari, serbuk cili (cili kisar) dan tepung kentucky (tak kisahlah brand apa).
5. Garam letak sedikit ajer sebab tepung kentucy dah masin dan peraplah selama mana yang boleh tapi sekurang-kurangnya 1 jam.
6. Goreng dalam minyak yang banyak secara deep fry dan masukkan bersama se tangkai daun kari. Sedap di makan panas-panas.

12 ulasan:

  1. Salam kak. ;p

    Kalau dah pro, boleh adjust2 resepi kan. Heheh. Kak, pedas tak? Kalau tak pedas, still boleh buat lagi sebab husb tak berapa suka pedas. Huhu.

    Dulu, saya penah makan ayam goreng, macam ada rasa lemon, ayam pon lembut je, kat hotel, mesti la sedap masakan dia kan.

    Sekarang ni, rasa nak buat tapi pikir2 resepi, takkan perap dengan lemon je. Nak buat takut salah. Eheh, masih tak pandai lagi nak
    adjust ni. *malu.

    Kalau akak ada idea, kongsi2 la ya ;p

    BalasPadam
  2. Tengok tu sape kata akak tak pandai masak...kreatif tu ada tambah2 lagi...

    BalasPadam
  3. saya pernah tersalah beli ayam berempah ni,entah orang tu tak pandai masak ke apa agaknya,kat luar tepungnya bukan main pedas semacam..tapi isi ayamnya tak macam ayam berempah pun..

    tapi kalau yang kak ina buat mesti sedap punyaa..cayalah kak ina.

    BalasPadam
  4. kak ina. nak mintak tolong! huhu...
    saya selalu kalau guna tepung kentucky nih, mesti belah dalam ayam terutamnya yang banyak isi cam dada tuh tak masak sangat la. mungkin sebab tepung tuh tebal sangat kot bubuh. hehehe...
    macam mana nak kasik dalam dier pon masak betul-betul gak eh?

    BalasPadam
  5. boleh dimakan begitu sajaa!!! buat coleslaw dengan mash potato.
    petang ni apa rancangan untuk berbuka..

    BalasPadam
  6. hai kak ina cayang ...

    cam sedap je. kena cuba ni. anak ela suka ayam goreng.

    BalasPadam
  7. Salam. Tu dia resepi K'Ina.. Mau 3 ketui baru cukup nih.. Kalau puyuh goreng cmni pon sedap gak nye eik K'Ina..

    BalasPadam
  8. Peh..meleleh air liur nengok ayam berempah nie...lebih2 lg time posa nie..

    BalasPadam
  9. Lisa fail buat ayam berempah..selalunya bahagian luar je rasa rempah..kat dalam x pun..naper erk kak?

    BalasPadam
  10. Maybe kena goreng deep fry dgn api yg sederhana kot..cer buat camtu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers