
Kalau nak diikutkan kalau gi makan ayam penyet kat kedai wong solo ker..memang tak ada sup dan nasi. Mereka hidangkan nasi biasa ajer.
Tapi kat umah akak ni kan..kalau tak ada kuah..lauk kering ajer..hb kata sakit tekak tak dak kuah. Jadi kenalah buat sup sikit.
Dulu dah pernah buat dah ayam penyet ni..tapi sambal akak ikut resepi lain..kali ni akak buat sambal ayam penyet ikut resepi Puan Asmalaili. Bahan-bahan
- 1 ekor ayam sederhana besar (potong 12)
- 1 liter air
- 2 helai daun salam
Bahan rebusan
- 4 ulas bawang putih-ketuk sedikit
- 1/2 sudu kecil ketumbar
- 3 cm halia-hiris leper
- 3cm lengkuas-hiris leper
- 1 1/2 kecil garam-ikut kemasinan sendiri yer
- 1 kiub ayam
Cara menyediakan Sup
1. Bahan rebusan di tumbuk lumat dan lumurkan pada ayam.
Masukkan ayam ke dalam periuk.
2. Masukkan sekali daun salam dan tuangkan air. Renehkan sehingga ayam empuk.
3. Apabila ayam empuk, angkat dan toskan ayam.
Toskan ayam.(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi.
Untuk menyediakan ayam goreng(dak Ijan punya resepi)
- ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
- 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
- 1 sudu besar Serbuk Kunyit
- ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
- 3 ulas Bawang putih
- 1cm Halia
- Sedikit Air
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara
- Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best. (akak perap 5 jam ajer)
- (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu)
- Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
- Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Nasi
- 1 labu bawang besar-hiris halus
- 2 biji bawang putih-hiris
- 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
- 4 1/2 cawan air rebusan ayam
- 1 batang kayu manis*
- 2 cengkih*
- 2 pelaga*
- 2 bunga lawang*
- 2 helai daun pandan
- sedikit butter/minyak/marjerin
Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak/marjerin. Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan daun pandan dan beras. Goreng beras sekejap.
3. Masukkan ke dalam periuk letrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.
Untuk Sup
- Tumis rempah 4 sekawan(1 bunga lawang, buah pelaga, 2 bunga cengkih dan 1 kulit kayu manis). Masukkan air rebusan ayam dan bubuh sup punjut.
- Biarkan merenih sebentar dan masukkan sedikit lada sulah.
- Masukkan garam secukup rasa
- Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. (kalau rajin buatlah bawang goreng yer)
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
- 2 keping tahu – potong2
- 2 bungkus tempe-hiris tipis
- Sedikit tepung beras.
- Minyak masak untuk menggoreng.
Cara-cara
- Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
- Goreng hingga garing.
Untuk Sambal (akak buah 1/2 dari resepi)
- Sedikit minyak masak
- 20 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji cili padi
- 10 biji bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji bawang putih, hiris
- 5 biji tomato, potong 4
- 5 cm belacan
- 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
- 3 sudu gula merah/secukup rasa
- akak letak air limau nipis sikit dan garam
Cara-cara
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.(Akak guna food processor ajer)
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
- * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Cara hidangan-
Sebelum di hidang, ketuk ayam dengan chopper 2 kali (tu sebab panggil ayam penyet...kena penyet sebelum di makan..kalau idak taklah di panggil ayam penyet kan..)
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi. (akak letak timun ajer)
nak tenguk gambar lagi sila gi ke sini
http://www.kakinakl.com/2009/05/ayam-penyetnasi-ayam-penyet-palembang.html
19 comments
Semalam, teringat nak makan ayam penyet. Hari ni, tengok2 muncul pula kat blog akak. Alamak! Tiba2 terasa lapar ;p
Kak, baca dari atas, dalam hati cakap, "Oooo..senang je ni, boleh buat."
Tiba sampai kat bawah, "Alamak, banyak sangat nak kena buat ni."
Kalau orang yang mula belajar masak macam saya, mau habis satu hari semata2 nak masak ayam penyet ni ;p
Akan ku usaha kan walaupun lambat. Banyak lagi resepi akak under waiting list. Satu-persat nak cuba.
by aZLiNa aZiZ on 31 Ogos 2010 4:58 PTG. #
Ishh...renyahnya nak masak nasi ayam penyet ni.Tapi I tengok sedap and tergoda nak buat. Nanti I defrost ayam dulu. Thank you for the recipe.
by Shereen on 31 Ogos 2010 5:48 PTG. #
Adui..sedapnya nie..Terliur nak makan..Nasib baik buka puasa tak lama lagi..hehehe
by ARM on 31 Ogos 2010 5:59 PTG. #
bila nak ajak berbuka kat umah kak ina ni?? nyam nyam...
by hamzah ian on 31 Ogos 2010 6:11 PTG. #
woh boleh tutup kedai ayam penyet camni...hehehe
by Kancilbiru on 31 Ogos 2010 6:18 PTG. #
kemain sedap ni..klo kak ini wat open house raya ni mmg wajib datang..
Emas Ganti Duit Raya ?
by velasrizal on 31 Ogos 2010 6:50 PTG. #
salam Ina..kebetulan kita pun masak ayam penyet jugak sebab si abang belum pernah makan nasi ayam penyet yang mama nya bikin hehe.selamat berbuka:)
by cikmanggis on 31 Ogos 2010 7:00 PTG. #
Salam kak ina...
Urghhh lama tak p jenjalan kat umah akak ni..huhuhu...Aritu balik msia tapi xsempat nak calling2 akak. Tgk resepi nasi ayam penyet ni teringat masa balik cuti aritu...
by REENAZ on 31 Ogos 2010 7:10 PTG. #
FULAMAKK .. mantop menu akak ni ...
bley zura try nnt ..
SELAMAT HARI MERDEKA
by fazilzura on 31 Ogos 2010 8:50 PTG. #
kat sri gombak ada baru bukak kedai ayam penyet hari ni. mungkin akan pegi rasa gak sekali nanti kat situ
by eelobor on 31 Ogos 2010 10:22 PTG. #
Sedapnya nasi ayam penyet...tengok sup tuh...sedaaappp mmmm...
by elly on 31 Ogos 2010 10:42 PTG. #
wah akak buat nasik ayam lagi ya...tak jemu2 style lain pulak ye...dgn ayam penyet lagi...heheeh..memang busy kak nak jahit baju lagi nak masak buka pose lagi...ni nak buat kuih raya lak...hmmm.kat ofis lak tak sempat nak update sebab bebudak nak konvo bulan sepuluh nih banyak benda nak buat hehehe.mengomen blog orang je la...
by shiori_LA on 31 Ogos 2010 11:12 PTG. #
Salam ziarah..Kak Ina..
Hmm..bestnyaa..tgk nasi ayam penyet akak tuh.. sungguh menyelerakan.. :)
by Rinna on 1 September 2010 8:05 PG. #
memang sedap ayam ni
by Sharinginfoz on 1 September 2010 8:46 PG. #
dah bapa ploh kali saya try buat sup tp nape tk menjadi rupa mcam sup kt kedai..heran betoi..hehehe
akak, raya ni buat open house nak p mkn nasi ayam..hehehehe
by MrS. F!zA on 1 September 2010 9:41 PG. #
owh, cmni rupenya nak buat ayam penyet. nak tryla nnt kt rmh.
Jom Baca Saya jumpa Redmummy
by stormz on 1 September 2010 10:32 PG. #
wahh!! skali K'Ina punyer penyet.. mabeles sungguhhh aksi nyerr..
by ohoeya858.blogspot.com on 1 September 2010 11:15 PG. #
sedapnya...nak try la
by m.q on 1 September 2010 11:34 PG. #
Wah..sedapnya! lagi2 bulan puasa ni,bila nak berbuka mesti cari Nasi Ayam Penyet. Hari2 makan pun tak jemu. Anyway just to share to everyone a new location in Johor Bahru for an awesome Nasi Ayam Penyet. Larkin Perdana, depan kedai Jamm & Jus. A-Must-Try! give it a 10-10.
by Ekin Jamal on 11 Ogos 2011 6:25 PTG. #
Catat Ulasan