OOO

Isnin, Ogos 16, 2010

Udang Goreng Mentega (Versi Ke 2)

Ala sorrylah. Sebab tajuk pagi tadi macam gempak ajerkan..tu tajuk orang jiwang tu.

Dah sibuk ker ibu rumahtangga nak fikir masak apa yang best untuk suami dan anak-anak makan.
Dulu pernah cuba buat udang goreng mentega tapi stail lain. Kali ni akak ambil resepi kat suratkhabar Harian Metro. Resepi dari Chef Ibrahim Shiddiq dari Tanjung Seafoof, Ampang Waterfront kat sini.

Menurut Chef, udang tidak perlu di buang kulit kerana kulit udang adalah rahsia kesedapan serta kerangupannya.

Bahan-bahan
  • 300gm udang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih-dicincang halus
  • Cili api di hiris serong-ikut kepedasan yang di ingini
  • 2 biji telur (pukul sebentar)
  • Tepung Jagung (untuk di lumur pada udang)
  • 250gm mentega (akak guna buttercup)
  • Daun kari-ikut suker
  • Minyak untuk menggoreng.


Cara-caranya
1. Basuh udang dan toskan. Celupkan udang seekor demi seekor ke dalam tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas. Toskan.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan telur ke dalam mentega yang telah di panaskan, kacau campuran mentega dan telur (akak gunakan garpu..putar-putar banyak kali) sehingga campuran tadi bertukar warna dan menjadi buih yang banyak.
4. Masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari ke dalam campuran telur dan mentega tadi.
5. Setelah naik bau, campurkan udang yang sudah digoreng tadi dan kacau sehingga pekat dan bahan tadi tersalut pada udang.
6. Angkat dan toskan dalam penapis. Biarkan minyak udang mengalir dan campuran telur dan mentega melekat pada udang.
7. Bolehlah di hidangkan. Sedap di makan panas-panas.

17 ulasan:

  1. Salam kak Ina...da teliur tgk udang mentega...first time makan kat Island Red Cafe...time tu ingat nasi goreng ngan udang beso2. last2 dapt ns putih ngan udan biasa 3 ketul...hage takyah cakap ar. dapat dinerplate satu ngan cezy wedges!...sampai ari ni teliur nak rasa yang sedap.huhuhu...

    Jemput ke MyThought
    en3: Tau tak solat baik untuk jantung anda?

    BalasPadam
  2. akak tak buat kelas memasak tak? ehehe

    BalasPadam
  3. Nyum-nyum....
    macam sedp jer ni kak?
    Mintak sikit untuk lauk berbuka? Hehehehe.....

    BalasPadam
  4. wah!!! nak kena cuba nie... dlm peti ais dah ada udang... esok mesti cuba...

    BalasPadam
  5. salam kak ina
    sedap dimakan dgn nasi beras wangi

    kalau nur suka buat yg berkuah..
    ganteng n superb..

    selamat berbuka nanti kak ina

    BalasPadam
  6. Kak Ina, mintak sikit nak bukak puasa jap gi..heheh

    BalasPadam
  7. thnx for sharing the recipe.bleh la try esok.tgk gambar je dah kecur..huhu

    Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

    BalasPadam
  8. kak ina ni mmg pakar memasak ker mcm2 resipi da tgk, tak payah nk beli buku resipi lg...hehe tq.

    BalasPadam
  9. butter prawn nie faveret liza kak, tak penah buat, makan kat kedai jer

    BalasPadam
  10. senang jer rupanya, boleh suruh wife buat nie

    BalasPadam
  11. baruje beli udang tadi, so boleh lah try resipi nie kan

    BalasPadam
  12. akak saya dh try 2-3 hari lepas..tp sebab daun kari takder saya pakai serbuk kari jek..memang sedap ooo

    BalasPadam
  13. kak..ambik resepi ni yer..nak cuba..kalau menjadi nanti Lisa share...

    BalasPadam
  14. boleh test buat ni kak.. p nak gne sotong lah.. huuhu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers