OOO

Memaparkan catatan dengan label udang sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang sedap. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 25, 2011

Resepi Udang Goreng Bersos


Dah lama tak show resepi. Kali ni masak udang. Udang kalau makan banyak dah tua-tua ni senang naik kolestrol dalam badan..kalau orang lelaki makan selalunya dapat gout. 

Ambil resepi ni dari blog DayangJack.  Senang nak buat udang goreng bersos ni. Sekejap ajer dah siapKalau yang baru balik kerja nak buat  pun ada masa.  Terima kasih Dayang.

Bahan-bahan : anggaran
  • 400 gm udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)\
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Jumaat, November 05, 2010

Resepi Udang Serai

Ambil resepi ni dari blog Aidah.  Dia ambil dari resepi Chef Sabri
Bahan-bahan:
800 gm udang (digoreng terlebih dahulu hingga garing)
minyak masak
2 batang serai
20 gm baanwg putih (dicincang)
60 gm bawang merah (dicincang)
20 gm daun kunyit (dihiris halus)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
3 sudu makan sos tiram
30 gm cili kering (direndam dan dihiris tanpa biji)
2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
1 biji air limau nipis
Sedikit tepung jagung dicampur sedikit air (saya tak letak)
Garam &amp gula secukup rasa

** Bahan-bahan  seperti serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, cili kering - kesemuanya saya kisar terlebih dahulu.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau. Masukkan jintan manis, serai, daun kunyit, cili kering dan kacau hingga rata (saya lak masuk je terus kesemua bahan kisar tadi hingga pecah minyak)
2. Masukkan udang, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, air dan kacau seketika.
3. Masukkan air limau nipis, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan bacuhan tepung jagung (saya tak letak sebab kurang gemar dengan masakkan yang menggunakan tepung jagung)

Isnin, Ogos 16, 2010

Udang Goreng Mentega (Versi Ke 2)

Ala sorrylah. Sebab tajuk pagi tadi macam gempak ajerkan..tu tajuk orang jiwang tu.

Dah sibuk ker ibu rumahtangga nak fikir masak apa yang best untuk suami dan anak-anak makan.
Dulu pernah cuba buat udang goreng mentega tapi stail lain. Kali ni akak ambil resepi kat suratkhabar Harian Metro. Resepi dari Chef Ibrahim Shiddiq dari Tanjung Seafoof, Ampang Waterfront kat sini.

Menurut Chef, udang tidak perlu di buang kulit kerana kulit udang adalah rahsia kesedapan serta kerangupannya.

Bahan-bahan
  • 300gm udang sederhana besar
  • 3 biji bawang putih-dicincang halus
  • Cili api di hiris serong-ikut kepedasan yang di ingini
  • 2 biji telur (pukul sebentar)
  • Tepung Jagung (untuk di lumur pada udang)
  • 250gm mentega (akak guna buttercup)
  • Daun kari-ikut suker
  • Minyak untuk menggoreng.


Cara-caranya
1. Basuh udang dan toskan. Celupkan udang seekor demi seekor ke dalam tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas. Toskan.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan mentega dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan telur ke dalam mentega yang telah di panaskan, kacau campuran mentega dan telur (akak gunakan garpu..putar-putar banyak kali) sehingga campuran tadi bertukar warna dan menjadi buih yang banyak.
4. Masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari ke dalam campuran telur dan mentega tadi.
5. Setelah naik bau, campurkan udang yang sudah digoreng tadi dan kacau sehingga pekat dan bahan tadi tersalut pada udang.
6. Angkat dan toskan dalam penapis. Biarkan minyak udang mengalir dan campuran telur dan mentega melekat pada udang.
7. Bolehlah di hidangkan. Sedap di makan panas-panas.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...