OOO

Rabu, September 15, 2010

Maafkan Akak Yer

Dek sebab nak guna SEO sangat...ingatkan naklah tarik trafik tinggi sebab ada 3 BE ...akak pun gunalah perkataan peguam India..rupernya ramai yang tak tak setuju.  Ada pulak kata akak macam-macam.  Terasa jugaklah hati bila membaca komen yang  agak pedas camtu.  Rupernya jika tersilap bermain dengan SEO pun boleh memakan diri sendiri.

Sebenarnya akak masa akak taip tu akak tak pun bermaksud nak pekenakan sesiapa pun. Tulah mungkin niat di hati kita lain tapi pandangan orang lain pulak lain.  Al maklumlah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. 

Nilah asam garam seorang blogger.  Ada masa orang tak suka dengan penulisan kita dan ada masa orang tak suka terutama bila kena isu hangat macam ni.  Sampai anak akak nasihatkan akak supaya berhati-hati bila mengulas isu hangat macam ni.  Tapi bangga gak sebab ada juga pembaca dari kaum lain sudi nak jenguk blog akak ni.

Akak berblogging ikut hati.  Tak best pulak bila kena hentam terutama dari Nina tu.  Tak perlah ..akak ni manusia biasa, mungkin tanpa sedar akak melakukan kesilapan.  Akak mohon maaf pada sape yang terasa.

Nasib baik N3 tu ada jugak orang nang..selama ni kat innit tak pernah nak merasa orang undi sebanyak ni.  Terima kasih buat yang sudi nang yer. 

Pembaca kaum lain memang suka menolong kaum mereka sendiri sampai kaum mereka ajer yang mendapat nang yang tertinggi.  Tapi tak kanlah kita nak paksa orang nang kalau kita tak rajin nang orang. Betul tak?

12 ulasan:

  1. salam kakina, slmt hari raya ye maaf zahir dan batin. senang jemput datang ke rumah, kakina tau lagi kan kat mana rumah yan..ehehe bawa tali barut pun takpe tapi calling dulu okies :)

    takpe kak pengajaran jugak buat yan...ehehe supaya jgn terkejar SEO sgt, yan pun ada gak BE running tu syukur dr pelbagai keywords :P

    BalasPadam
  2. he..23x

    sy xpernah pun tarhet nak nang kat innit.. xterlintas pun..

    if akak takut jadi kan nie... jgn jadikan ianya title.. fokus pada tag..

    If akak pakai wordpress senang sikit.. pasang SEO then bermain dengan seo...

    mungkin masalah cam nie xterjadi tetapi hasilnya tetap sama

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    BalasPadam
  3. sama-sama le kita belajar untuk menjaga sensitiviti masyarakat, respect kakina berani mengaku kesilapan

    BalasPadam
  4. ala kak ina, jangan terasa hati, bila berlaku orang tak suka ngan N3 kita, bermakna N3 yang kita ketengahkan sangat berkesan sebenarnya... cumanya ia perlukan masa untuk diterima secara total. Senyum2 selalu n selamat hari raya aidilfitri.. :D

    BalasPadam
  5. kaka ina mmg rock!
    berani bertanggungjawab =)

    BalasPadam
  6. Takapa ina..kita belajar dari kesilapan..Tabik spring kat ina..:)

    BalasPadam
  7. Saya rasa rendah diri sebab akak berani tampil memohon maaf.

    BalasPadam
  8. salam kak

    xper la,yg penting niat kite bkn nak hina siapa2

    saya xpandai SEO sume tu

    BalasPadam
  9. kadang2 apa yg kita tulis tu pada kita takde apa2 tp pada org yg baca it means something...takpe kak ina..your regular readers know U well enough.keep writing, just be careful.

    BalasPadam
  10. ala kak,jgn makan dalam pulak.awal2 lg sy mintak maaf,xmahu la sebab ni hari akak tercalar.and lg sy mintak maaf.bukan org tak suka,tp org terasa.

    bukan terasa ape,tp hidup keliling sy memang multiracial.selain agama,sy xpernah beza2kn sy dgn diorg.sy xpernah refer diorg "penny yg cina tu" atau 'lathi yg india tu".instead sy kata 'penny yg slim tu' and 'lathi yg rambut tocang tu'. ccubit peha kiri,kanan terasa.mcm tulah ibarat rapatny saya dgn diorg

    BalasPadam
  11. salam Kak Ina...dan Semalat Hari Raya

    respek Kak Ina..

    BalasPadam
  12. takpelah jadi kan ianya sebagai pengajaran. kena hati2 bila menulis..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers